SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Jan 31, 2009

Mencari khusyuk dalam solat

Sesungguhnya hati yang takut kepada Allah adalah hati yang khusyuk dalam beribadah, lembut ketika melakukan ketaatan, menangis ketika bermunajat, pilu ketika merendah diri kepada Allah, itulah hati yang hidup dalam setiap ibadah. Khusyuk ialah ketetapan hati ketika beribadah kepada Allah dan merendah diri serta rasa hina di depan Allah dan tenang segala anggota badan.
Khusyuk adalah roh kepada solat dan cahayanya, dengan khusyuk, solat akan sampai ke langit, hati yang khusyuk diikuti dengan fikiran yang sentiasa sedar dan diikuti dengan anggota yang tenang. Saad Bin Muaz Pernah berkata; “Aku tak pernah menyibukkan diri dengan perkara lain dalam solat”.

Allah memuji orang yang solat dalam keadaan khusyuk,
Firman Allah s.w.t :al-Mukminuun :1-2
“1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;

Khusyuk dalam solat ialah menghadirkan hati di hadapan Allah kerana mendekatkan diri kepadanya, dengan itu hati menjadi tenang, jiwa menjadi tenang, anggota menjadi tenang, tidak banyak menoleh ke kiri dan ke kanan kerana beradab dengan Allah, sentiasa sedar dengan apa yang dibaca dan segala pergerakan dari awal hingga akhir, tidak ada was-was dan fikiran yang buruk di dalamnya. Inilah roh solat yang yang perlu ada pada seorang mukmin.

solat yang tidak khusyuk anggota tubuh dan hati, walaupun sah dan diberi pahala, tapi pahala terebut berpandukan setakat mana hadirnya hati ketika solat terebut. Oleh itu tingkatkan khusyuk ketika solat setakat mana yang kita mampu ,hilangkan lintasan hati yang mengganggu, dengarlah apa yang dibaca, berfikirlah apa yang sedang kita sedang lakukan, kerana tidak ada solat kecuali apa yang kita fikirkan dan tidak ditulis kecuali apa yang dihadirkan oleh hati. Dimana hati kita ketika solat? sedang berenang dalam lautan dunia atau sedang tenggelam dalam angan-angan dunia sehingga tidak terfikir langsung yang kita sedang solat.

Ulama-ulama salaf ada membuat perbandingan solat dengan seorang hamba perempuan yang dihadiahkan kepada seorang raja. Bagaimana boleh kita menghadiahkan kepada seorang raja seorang hamba perempuan yang cacat, buta, bisu, pekak dan kudung tangan atau kaki, atau mati tanpa roh. Begitu juga solat yang nak dipersembahkan kepada Allah mestilah yang terbaik. Allah itu baik, dia tidak akan menerima kecuali yang baik, bukanlah satu amalan yang baik, jika solat tanpa roh.

Apabila kita hendak menunaikan solat maka ingatlah kepada siapa dan di hadapan siapa, kita sedang berdiri, waktu sedang solat hilangkan segala lintasan hati yang tidak baik, apabila selesai solat mintalah ampun kepada Allah kerana Allah menerima yang awal dan akhir dan mengampunkan kesalahan antara keduanya dengan rahmatNya,jangan berpaling dari qiblat dan jangan meninggalkan ingatan kepada Allah. Bayangkan keagungan Allah, sentiasa tadabbur ketika solat pada bacaannya,pergerakannya dari awal hingga akhir. wajib bagi seorang muslim, apabila dia takbiratul ihram-(Allahu akbar-Allah maha besar),menjadikan ingatan kepada Allah adalah lebih besar dan lebih agung daripada selainnNya atau melupakan yang selain Allah sebagai satu penghormatan kepadaNya.

Kerana maksud takbiratul ihram ialah mengharamkan ke atas diri melakukan perkara yang harus sebelum solat dari segala kesibukan dunia dan isinya. Maka sesiapa yang menyibukkan diri dengan urusan dunia ketika solat, sebenarnya dia tidak bertakbiratul ihram kerana masih lagi mengingati dunia.

Abdullah Bin Zubair apabila solat, keadannya seperti sebatang kayu kerana khuyuk.

Mansor Bin Mu’tamar apabila solat seolah-olah terhentinya masa.

Habib Bin Abi Thabit apabila solat seolah-olah seperti mayat.

Jundub Bin Abdullah berpesan; “apabila kamu solat jadikan syurga dan neraka berada di hadapan kamu dan titian sirat berada di sekitar kamu seolah-olah kamu berkata seperti firman Allah:as-sajdah :12 "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin". Umar al-Khattab apabila solat, beliau menangis sehingga boleh didengar oleh tiga sof di belakangnya.

Di antara cara untuk mencapai khusyuk dalam solat ialah;

1) Membuat persediaan untuk solat seperti mengetahui masuk waktu solat, azan dan iqamah dan wudu’ yang sempurna.

2) Menjauhkan segala maksiat, kerana maksiat merosakkan hati dan menghilangkan toma’ninah.

3) Menjauhkan diri dari apa yang boleh mengganggu ketika solat, jangan solat ketika sangat lapar, ketika ingin qada’ hajat, ketika meninggalkan masakan yang sedang dimasak di dapur atau anak kecil diletakkan di tempat yang tidak selamat.

4) Solat jamaah boleh membantu untuk khusyuk

5) Mengetahui hukum hakam solat, fardunya, sunatnya, makruhnya dan adab-adabnya.

6) Jika solat di rumah pastikan tempat solat jauh dari segala gangguan, suara manusia, radio dan TV.

7) Memandang ke tempat sujud tanpa menoleh ke kanan dan ke kiri.

8) Sentiasa memerhati makna ayat-ayat yang dibaca, begitu juga zikir, tasbih dan takbir.

9) Membayangkan Allah sedang melihat sewaktu sedang solat.

10) Menghayati setiap pergerakan solat, berdiri, ruku’ dan sujud serta membayangkan keagungan Allah s.w.t.

11) Merasakan solat yang sedang ditunaikan adalah yang terakhir dan mungkin akan mati selepas solat.

12) Memberi perhatian serius kepada doa iftitah dan taawwuz.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 30, 2009

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza

DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”

“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut. - AFP
Rujuk SINI




Komen saya
Berani ialah kekuatan jiwa yang hebat yang diperolehi oleh seorang mukmin, kerana keimanan kepada Allah s.w.t, kerana kebenaran yang dipertahankan, kerana keyakinan dengan akhirat yang kekal abadi, kerana penyerahan diri kepada Allah s.w.t, kerana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan kerana tarbiah yang mendidiknya supaya menjadi manusia yang berani menyatakan kebenaran.

Dari sini kita dapat lihat bahawa,kelebihan berani adalah salah satu jihad yang sangat besar dan agong.
Sabda nabi s.a.w;
" Sebaik-baik jihad ialah bercakap benar di hadapan pemerintah yang zalim". (riwayat Abu Daud,at-Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Dari sini juga kita dapat lihat bahawa, orang yang mati kerana bercakap benar menegakkan keadilan ialah penghulu syuhada'.
Sabda nabi s.a.w;
"Penghulu syuhada' ialah Hamzah Bin Abdul Mutalib dan orang yang dibunuh kerana menegakkan keadilan oleh pemerintah yang zalim". (riwayat al-Hakim)

Nabi s.a.w telah mengikat perjanjian dengan para sahabat supaya mereka bercakap benar di mana sahaja mereka berada.

Ubadah Bin Somit berkata; Kami berbai'ah dengan rasulullah s.a.w untuk dengar dan taat waktu senang dan susah, suka atau benci.........dan untuk bercakap benar di mana sahaja kami berada, kami tidak takut kerana Allah s.w.t kepada celaan orang yang mencela".

Allah s.w.t memuji orang-orang yang menyampaikan risalahNya dan tidak takut kepada sesiapun kecuali Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t:al-Ahzab : 39
"(Nabi-nabi Yang telah lalu itu) ialah orang-orang Yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. dan cukuplah Allah menjadi penghitung (segala Yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka)".

Apabila kita melihat sejarah keberanian pejuang-pejuang islam kita dapati satu angkatan pahlawan-pahlawan islam yang berjuang penuh keberanian menyatakan kebenaran.

Antara kisah keberanian pahlawan islam ialah;

1) al-Iz Bin Abdus Salam
Beliau pernah menegur pemerintah Mesir (Najmuddin Ayyub)sewaktu dalam majlis persidangan menteri-menteri katanya; "wahai Ayyub!, Apa alasan kamu di depan Allah, ketika Allah bertanya kepada kamu;"tidak kah aku telah melantik kamu menjadi pemerintah Mesir, kemudian kamu mengharuskan arak?".Najmuddin Ayyub bertanya kepada al-Iz Bin Abdus Salam; " adakah itu berlaku di Mesir ini?Jawab Iz ya, Satu kedai telah menjual arak dan menghalalkan kemungkaran berlaku, sedangkan kamu bergembira menikmati kekayaan hasil dari kerajaan kamu", jawab Najmuddin; " Itu berlaku zaman bapa saya dahulu", jawab Iz; ' kamu termasuk dalam golongan orang yang berkata seperti firman Allah s.w.t :az-Zukhruf :13

"(tidak ada sebarang Bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya Kami telah mendapati datuk nenek Kami menurut satu jalan ugama, dan Sesungguhnya Kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja".

Selepas itu Najmuddin Ayyub telah menutup kedai arak tersebut.
Itulah hebatnya keberanian ulama silam dalam menyampaikan kebenaran, mereka tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t.

Dunia islam hari ini memerlukan pemimpin yang berani dan tegas begitu lebih-lebih lagi terhadap pemimpin Israel laknatullah.Kita harapkan Turki selepas ini akan membatalkan hubungan diplomatiknya dengan Israel. Kita bukan memuji Erdogan tapi kita mahu pemimpin dunia islam lain bersikap seperti itu apabila berhadapan dengan Israel bukan takut menikus atau sembunyi kuku.Sebenarnya Israel adalah bangsa yang penakut sebagaimana dinaskan oleh al-Quran tapi mereka akan jadi berani jika orang lain takut kepada mereka, bukti penakutnya Yahudi ialah apabila mereka akan dikalahkan nanti oleh orang-orang islam sebagaimana janji nabi s.a.w dalam hadisnya; tidak akan berlaku qiamat sehingga orang-orang islam memerangi Yahudi sehingga Yahudi lari bersembunyi di sebalik batu dan pokok. Perbuatan lari bersembunyi ketika peperangan adalah satu sifat bacul Yahudi. Mudah-mudahan peristiwa ini boleh menjadi satu titik permulaan kepada pemimpin islam sedunia untuk bangun menentang Yahudi laknatullah. Syabas Erdogan.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 29, 2009

Boikot adalah jihad

Selemah-lemah jihad adalah memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Zionis

Musilimin dan Muslimat ! kita mampu melakukan banyak perkara, jika kita tidak mampu untuk berjihad secara ketenteraan yang menjadi fardu ain ke atas yang mampu, maka di sana ada jihad dalam bentuk yang lain yang mampu kita lakukan. Antaranya ialah jihad politik dan sekurang-kurang jihad ini ialah kita memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Zionis samaada ekonomi,perniagaan,politik,kebudayaan,pelancongan dan sebagainya. Menjalinkan hubungan ini dengan mereka adalah dosa dan aib; dosa dari segi agama dan aib dari segi bangsa. Tidak perlu wujud hubungan samaada Negara Arab atau Negara muslim lain dengan Yahudi Zionis dalam apa bentuk sekalipun, walaupun hubungan diplomasi. Kita tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan mereka dan wajib memutuskan hubungan dengan mereka, mesti menghalau duta mereka dan mesti menutup pejabat kedutaan mereka dan menarik balik kedutaan kita dari Negara mereka. Ini merupakan permulaan jihad dan selemah-lemah iman yang boleh dilakukan oleh umat islam sedunia. Ini dinamakan jihad politik.

Membeli barangan Yahudi dan Amerika termasuk dosa besar

Di sana ada lagi jihad iaitu jihad ekonomi. Berpandukan fatwa yang dikeluarkan oleh kebanyakan ulama atas pengharaman berurusniaga dengan barang-barang Yahudi dan Amerika. Oleh itu memboikot barangan Yahudi dan Amerika adalah wajib ke atas umat islam seluruh dunia. Maka wajib kita memboikot apa sahaja barangan yang ada kaitan dengan mereka bermula dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti rokok dan Cola hingga yang sebesar-besarnya seperti kapal terbang. Kita minta kerajaan, rakyat dan media elektronik dan cetak supaya memboikot barangan mereka mengikut keutamaan, setiap barangan yang boleh diganti dengan barang lain wajib diboikot seperti kereta, belilah kereta tempatan atau Jepun dan Korea begitu juga barangan lain dan kita tidak akan rugi apa-apa. Boikot adalah wajib, pastikan tidak ada barangan Yahudi dan Amerika di dalam rumah kita, sesiapa yang mengetahui barangan mereka hendaklah memboikotnya. Haram bahkan dosa besar saat dan waktu ini kita membeli dan menggunakan barangan mereka kerana ini adalah sebahagian daripada jihad yang perlu dilaksanakan.

Petikan Khutbah
Prof. Dr yusuf al-Qaradhawi
Rujukan asal SINI

Kesan boikot ke atas Starbuck
Inilah kuasa boikot yang boleh dilakukan oleh kita umat Islam di seluruh dunia bagi menyatakan kemarahan kita dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah dan sikap Amerika yang membisu dengan serangan Yahudi kepada umat islam Gaza. Boikot perlu dilakukan secara berterusan bukan bermusim sahaja kerana permusuhan kita dengan Yahudi adalah permusuhan atas nama agama dan ia akan berlangsung hingga hari qiamat. Kalau Yahudi dan Nasrani boleh berterusan bermusuh dengan orang islam dan mereka sekali-kali tidak reda kepada kita melalui firman Allah s.w.t : al-Baqarah :120
"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".

Kita juga boleh berkata kepada mereka melalui firman Allah s.w.t : al-Kafiruun :6
. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Marilah sama-sama kita mengistiharkan perang dengan Yahudi Laknatullah hingga hari qiamat, sehingga Allah s.w.t mewariskan bumi ini kepada hamba-hambanya yang soleh.

Firman Allah s.w.t : al-Anbiaa':105
"dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 27, 2009

Renungan Buat Para Daie

Sarawak sudah menerima Islam sejak awal abad ke15 lagi, iaitu pada zaman Kesultanan Brunei yang memerintah hampir keseluruhan bahagian Barat dan Utara Borneo.Walaupun sudah beratus tahun Islam telah bertapak di sini tetapi institusi pendidikan tradisional seperti sekolah pondok seperti yang ada di Semenanjung dan pasentren di Indonesia, tidak tumbuh seperti yang sepatutnya.

Kemungkinan pengaruh Rajah Putih Brooke yang memerintah Sarawak dari 1842 sehinga 1946, adalah terlalu kuat sehingga evolusi pendidikan Islam terbantut. Sebaliknya Sekolah Missionary pula tumbuh macam cendawan di serata Sarawak.

Hasil program pendidikan dan kebajikan yang berterusan oleh pihak gereja, agama Kristian menjadi satu agama besar di bumi Sarawak. Dari zaman Brooke lagi, mubaligh2 Kristian tidak putus-putus berkampung di kawasan pendalaman. Orang-orang Pribumi Sarawak diuliti dengan program welfare gereja dan anak-anak mereka diajar tentang agama Kristian di sekolah2 missionary. Sidang Injil Borneo (SIB) yang lahir dari mazhab Avenglical bergiat cergas di kalangan kaun-kaum Orang Ulu (Kelabit, Kenyah, Kayan, Punan, Penan dll). Bermula dengan hanya 3, 4 orang pada tahun 70an, kini hampir semua Orang Ulu adalah Kristian.

Pada masayang sama agama Islam hanya tertumpu di kalangan masyarakat Melayu. Mungkin asakan dari pengembangan Kristian di sekeliling, Islam jadi terhadang di kawasan majoriti Melayu dan sebahagian masyarakat Melanau sahaja. Sistem pendidikan Islam tradisional hanya berkisar pada pembelajaran membaca al Quran sahaja. Sistem Pondok tidak wujud di Sarawak. Olehitu tidak ada ulama besar lahir di sini. Tidak seperti di semenanjung, kita ada Tok Kenali, Tuan Tulis, Al Fatani dll. Begitu juga di Pulau Jawa, Indonesia telah lahir ulamak Wali Songo.

Samada perwujudan sistem pendidikan Islam disekat atau memang tidak ada individu yang sanggup menubuhkannya, tidaklah diketahui. Penyelikan yang rinci perlu dilakukan untuk menyiasat kenapa sistem pondok atau pasentran tidak tumbuh di Sarawak.

Pemahaman mengenai Islam penduduk setempat yang mempunyai sekolah pondok biasanya lebih tinggi berbanding dari tempat-tempat yang tiada sekolah pondok. Sebagai contoh, kita lihat di Champa (komboja/Laos/Vietnam), masyarakat Islam di sana terpelihara budaya Islamnya walau dihimpit oleh ideologi komunis dan Budha/Hindu, kerana di sana, sistem pondoknya subur.

Mungkin sebab yang lain adalah para Pemimpin Islam yang tidak bersungguh untuk menyebarkan syiar Islam. Jabatan Agama Islam misalnya terlalu lesu sehingga banyak kebajikan Islam terabai. Orang politik Melayu/Islam lebih gemar mengumpul harta dari mengumpul saudara (baru) Islam. Entah apa yang merasuk, mereka hanya sibuk dengan projek balak dan menjarah kantung negeri.

Walaubagaimanapun satu ketika dulu, ada usaha untuk membina madrasah tahfiz di Kuching di bawah kelolaan orang politik tetapi usaha itu tidak berapa menjadi kerana ia menjadi medan percaturan politik daripada mendaulatkan sistem pendidikan Islam. Akhirnya madrasah entah ke mana, program tahfiz entah ke mana.

Walaupun begitu kesedaran bahawa asakan dari program kristianisasi yang mengancam kesinambungan Islam di Sarawak tetap ada. Bermula dari kesedaran ini, tidak berapa lama dahulu, sekumpulan professional muda muslim di Bintulu bertekad untuk mendirikan sebuah "Sekolah Pondok Moden" di Bintulu bagi melahirankan ulama yang dapat membela Islam.

Maka pada tahun 2004 telah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa untuk memikir, merencana dan membuahkan satu institusi tempatan yang akan melahirkan ulama yang hafaz al Quran serta berilmu modeni. Hasil titik peluh dan pengorbanan para pelopor Islam tempatan, maka akhirnya pada 10 Januari 2009 Institut Tahfiz Bintulu (ITB) berjaya dibuka dengan pengambilan 12 orang pelajar pertama. Di samping program sepenuh masa yang dilalui oleh 12 pelajar tersebut, ITB juga membuka kursus hafiz tidak sepenuh masa bagi mereka yang berminat.

Program Tahfiz (sepenuh masa) adalah selama 3 tahun, yang akan menjana lahirnya para hufaz dari institusi tempatan. Selepas 3 tahun para pelajar ini akan mula belajar kilmu-ilmu Islami dan juga ilmu-ilmu akademik yang lain termasuk pembelajaran komputer. Mereka akan disediakan untuk mengambil pepriksaan SPM pada tahun ke-5. Di akhir program ITB itu nanti akan lahirlah para ulama Islam yang bukan sahaja hafaz al Quran bahkan mempunyai kemahiran ilmu-ilmu dunia juga.

Marlah kita sama-sama doakan agar ITB akan berjaya dan cemerlang dalam mengeluarkan para ulama yang lahir dari bumi Sarawak, yang akan melebarkan hidayah Allah ke seluruh pelusuk bumi Kenyalang. Amin.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Tn Hj Yaacop melalui: mdyacop@gmail.com
 sumber
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=1674&mode=thread&order=0&thold=0

Komen saya

Sesungguhnya bumi Sarawak adalah bumi dakwah. Bumi yang sangat mengharapkan dakwah dari para daie khususnya ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dari semenanjung Malaysia.Penguasaan ilmu Fardu Ain, asas membaca al-Quran, ilmu Aqidah, Feqh dan sebagainya masih di peringkat yang tidak membanggakan. Komen saya ini bukan untuk merendahkan penduduk Sarawak khususnya di bandar Kuching bandar tempatku menyuburkan benih-benih islam, tapi sebagai satu motivasi kepada para Daie ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang berkelana di bumi Sarawak samaada di Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Bintulu, Miri atau Limbang untuk bergerak menyampaikan dakwah islam di bumi Sarawak ini.

Jumlah ustaz uztazah di bumi Sarawak ini mencecah ribuan orang, tapi persoalannya adakah para Daie ini datang ke Sarawak untuk menyuburkan dakwah atau bagaimana?atau sekadar datang kerana terpaksa datang dan menunggu peluang untuk kembali semula ke semenanjung. Tidak seperti suatu ketika dulu, di mana para Daie datang ke Sarawak bukan sekadar menjadi ustaz ustazah di sekolah-sekolah bahkan mereka menjadi imam surau dan masjid, menjadi pakar rujuk persoalan agama sekadar ilmu yang ada, menjadi tenaga pengajar di surau dan masjid, mengajar al-Quran dan sebagainya, oleh itu banyak perubahan kefahaman islam dapat disalurkan kepada warga muslim Sarawak.

Bukan semua ustaz ustazah yang tidur, ramai dalam kalangan mereka yang telah berdakwah dan sedang berdakwah untuk menyuburkan islam di Sarawak, tahniah kepada mereka dengan komitmen yang telah diberikan. Kepada ustaz-ustazah yang belum menunaikan kewajipan berdakwah ini marilah sama-sama kita menyumpang sedikit ilmu atau kemahiran yang kita ada untuk sama-sama menunaikan kewajiban berdakwah.Perlu diingat bahawa berdakwah bukan di sekolah sahaja, ia juga perlu dilakukan di luar sekolah. Di sekolah kita mengajar anak-anak didik kita dalam masa yang sama bapa-bapa dan ibu-ibu didik juga jangan dilupakan.

Masih banyak lagi surau dan masjid yang memerlukan bimbingan dari para ustaz ustazah yang belum terisi dengan program ilmiah, ayuh penuhkan permintaan, tunaikan amanah dan tanggungjawab kepada masysrakat dan kepada Allah s.w.t. Saya memberi keutamaan kepada surau dan masjid terlebih dahulu selain sekolah, bukan bererti dakwah hanya tertumpu di situ, dakwah boleh berlaku dalam bentuk-bentuk yang lain termasuklah dakwah bil lisan, dakwah bil kitab dan dan bil hal. Apabila surau dan masjid sudah terisi barulah kita boleh bercakap tentang dakwah dalam bentuk yang lain. Yang menjadi masalah sekarang surau dan masjid belum penuh terisi, samaada kuliah maghrib, subuh dan ceramah umum, kalau nak dibandingkan jumlah surau dan masjid yang ada di Kuching ini,terlalu sedikit daripada jumlah para Daie yang ada, tapi bila tenaga Daie diperlukan ia tidak mencukupi.

Kepada ustaz ustazah yang tidak mampu untuk mengajar ilmu atau berceramah, sebab mungkin tidak ada kemahiran untuk berbuat demikian, mereka juga perlu menyumbang kepada dakwah islam dengan komitmen mereka, mereka boleh menjadi orang tengah kepada masyarakat setempat untuk mengadakan majlis ilmu dengan menjemput kawan-kawan para Daie yang mampu untuk memberi kuliah dan ceramah di tempat mereka. Tapi bagi saya, di sinilah tempatnya, di bumi Sarawak inilah tempat kita belajar membina kemahiran berdakwah, sebab tidak ada orang lain lagi selain kita, kata orang tidak ada rotan, akar pun jadilah, insyaallah mudah-mudahan akar akan menjadi rotan suatu hari nanti.

Antara kesilapan yang sering berlaku dalam konteks dakwah adalah menanti kesempurnaan diri sebelum melaksanakan dakwah, ramai yang berkata; ilmu saya masih sedikit, masih belum sempurna, baru nak start, saya tak layak, saya pun tak buat lagi macamana nak ajak orang lain buat dan macam-macam alasan lain lagi. Dengan kefahaman ini, orang yang mampu melaksanakan dakwah tidak berdakwah kerana merasakan ilmunya belum cukup mantap dan masih banyak kelemahan.

Berkaitan dengan isu ini, Imam Said Bin Jubair berkata; "Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada maaruf dan mencegah mungkar sehingga keadaannya menjadi sempurna maka tidak ada sesiapapun yang akan mengajak kepada maaruf dan mencegah mungkar". Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan menambah; "Siapakah di antara kita yang lengkap dan sempurna?".Imam al-Hassan pula menambah; "Siapakah di antara kita yang telah melaksanakan kesemua perkara yang diserunya?Syaitan amat suka jika manusia diperdayakan dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapapun yang mangajak kepada maaruf dan mencegah mungkar".

Para Daie yang dihormati sekelian ! jika kita merasa kita tidak sempurna dan belum cukup ilmu, maka jawapannya bukan duduk berpeluk tubuh menunggu kita menjadi sempurna bahkan apa yang perlu dibuat ialah mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran. Dakwah ialah medan jihad dan ijtihad yang tidak boleh dilakukan dengan senang dan mudah, perancangan serta persiapan perlu dilakukan dari masa ke semasa bagi menjamin kejayaan dakwah, sabda nabi s.a.w; " sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah dialah yang berjuang pada jalan Allah". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Imam al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin menjelaskan berdakwah memerlukan persiapan dan adab ia terbahagi kepada tiga;
1) Ilmu
2) Warak
3) Akhlak yang baik

Imam Abu Laith as-Samarqandi menyebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin bahawa persiapan umum dakwah ada lima
1) Ilmu
2) Keikhlasan
3) Kasih sayang dan kelembutan
4) Kesabaran
5) Mengamalkan apa yang disampaikan

Bagi mencapai matlamat ini para pendakwah perlu mempersiapkan diri melalui manhaj tarbiah yang kemas dan teratur untuk mencapai matlamat menjadi pendakwah yang sesuai dengan zamannya. imam al-Ghazali ada menyebut; "Wasilah atau pendekatan umum dakwah tidak berubah dan ia terbahagi kepada tiga;
1) Iman yang mendalam
2) Pembentukan yang rapi dan kemas
3) Usaha dan amal yang berterusan

Firman Allah s.w.t : an-Nahl :125
"serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk".

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lali

Jan 26, 2009

Gerhana Aqidah dan Akhlak

Black Metal keseronokan membawa syirik.

APAKAH anda peminat fanatik filem, buku, drama seram mengagungkan syaitan serta aksesori dengan lambang iblis?

Jika ya, ini bukan lagi satu hobi, keseronokan atau mainan perasaan semata-mata tetapi lebih membimbangkan ini boleh menjerumuskan seseorang kepada masalah lebih serius iaitu syirik.

Inilah kebimbangan sekumpulan 10 pensyarah tiga fakulti Universiti Malaya menerusi kajian terbaru mereka mendapati ramai belia Islam memuja syaitan menerusi pelbagai filem dan drama, pengaruh muzik khususnya Black Metal, permainan video yang mengetengahkan nama wira syaitan serta kebanjiran majalah, buku serta komik asing dan dihasilkan syarikat tempatan.

Malah, pengaruh yang secara fizikalnya dianggap satu bentuk hiburan, sebenarnya sebahagian ajaran sesat satanisme dari Barat yang mahukan pengikutnya sesat dengan memuja dan mengabdikan diri kepada syaitan dan seterusnya membolehkan seseorang Muslim terpesong akidahnya.

Ajaran satanisme itu dipelopori Church of Satan yang mempunyai ramai penganut di Barat. Ciri utama ajaran sesat yang mengagungkan syaitan itu disebarkan menerusi pengaruh muzik dan kumpulan Black Metal, filem dan drama asing, laman web serta buku Church of Satan yang diseludup masuk ke Malaysia.

"Lebih menakutkan, atas alasan 'sekadar suka-suka, terpengaruh dengan rakan-rakan,' tindakan belia yang juga responden berusia 13 hingga 30 tahun ini, amat serius. Ini kerana ia boleh menyebabkan mereka menjurus kepada pengamal dan seterusnya penganut dan mungkin berakhir sebagai 'pader' satanisme," tegas salah seorang penyelidik kajian yang juga pensyarah Akademi Pengajian Islam, Prof Madya Dr Che Zarrina Sa'ari kepada Berita Minggu.

Kajian bertajuk Elemen Satanisme Dalam Trend Kepenggunaan Media Di Kalangan Belia Islam itu yang turut meraih dua anugerah di Ekspo Penyelidikan UM baru-baru ini, dijalankan selama setahun mulai September 2007 hingga akhir Disember lalu.

Selain Che Zarrina, pensyarah dan pakar dalam bidang Pengajian Islam, Psikologi dan Ekonomi Islam UM yang terbabit dalam kajian itu ialah Prof Dr Joni Tamkin Borhan, Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali, Dr Lihanna Borhan, Noor Hasnoor Mohamad Nor, Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman, Faizuri Abdul Latif, Muhammed Yusof, Hazman Hassan dan Basri Hussein.

Buat permulaan, kajian itu membabitkan 682 responden di sekitar Lembah Klang dan dijangka diperluaskan ke seluruh negara jika mendapat dana mencukupi.

"Satanisme bukan hiburan semata-mata tetapi satu ancaman jelas kerana menonjolkan syaitan sebagai wira. Malah syaitan itu dianggap amat berkuasa hinggakan perlu digeruni oleh semua. Inilah yang boleh menyebabkan seseorang itu syirik," katanya.

Che Zarrina berkata, pandangan sedemikian sememangnya salah kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.

"Islam sememangnya mengakui kewujudan syaitan. Tetapi syaitan lebih berperanan sebagai gangguan yang harus dilawan bukan digeruni atau diagungkan lebih daripada Tuhan.

"Lebih membahayakan, ada filem Hollywood menunjukkan unsur syaitan ini hanya boleh diperangi menerusi salib dan ini menunjukkan seolah-olah itulah cara paling berkesan bagi mengatasi masalah itu. Bayangkan jika adegan itu ditonton berulang kali yang boleh menyebabkan remaja beranggapan itulah cara yang sesuai dilakukan bagi melawan hantu," katanya.

Che Zarrina berkata, apa dikesali, syarikat produksi tempatan juga berlumba-lumba menghasilkan filem dan drama seram bagi menarik minat ramai.

"Mereka perlu sedar kerana filem serta drama itu bukan sekadar hiburan tetapi ada implikasinya yang jauh lebih bahaya daripada elemen seram berkenaan. Elemen yang mempengaruhi penonton, khususnya golongan muda supaya takutkan syaitan lebih daripada Tuhan.

"Ada pula yang mempersendakan Islam apabila menunjukkan seolah-olah syaitan dan hantu ini tidak takutkan ayat suci al-Quran," katanya.

Mengenai punca utama penularan ancaman satanisme itu, Che Zarrina berkata, majoriti atau 56 peratus responden mengakui terpengaruh dengan rakan selain menggilai filem seram.

Katanya, apa yang menyedihkan, ramai belia Islam yang ditemui dalam kajian sekitar Lembah Klang itu, mengakui mereka tidak menganggap satanisme itu satu ancaman atau tahu cara untuk menanganinya.

"Mereka mengakui mempunyai pendidikan asas Islam, tetapi tidak tahu tindakan menyamai penganut satanisme itu salah di sisi agama. Mereka juga tidak sedar yang diri mereka diperalatkan dalang yang mahukan remaja Islam itu sesat.

"Inilah yang kita bimbangkan kerana masyarakat, terutama ibu bapa serta kerajaan tidak menganggapnya sebagai ancaman serius seperti dadah dan gejala mat rempit yang diakui ramai.

"Sebagai penyelidik, kami juga bimbang jika ancaman satanisme tidak diendahkan, ia boleh mencetuskan masalah serius pada 10 atau 20 tahun akan datang kerana trend ke arah itu sudah pun ada," katanya.

Berikutan itu, Che Zarrina dan semua penyelidik lain berpendapat antara cara berkesan menangani masalah itu adalah dengan meminda silibus pendidikan agama di sekolah supaya turut menyenaraikan satanisme sebagai antara ancaman utama yang boleh menyebabkan syirik.

Tidak ketinggalan, pembabitan dan peranan ibu bapa untuk memastikan siapa rakan anak serta bahan bacaan serta laman web yang dilayari golongan muda itu bagi mengelak mereka terpengaruh dengan elemen satanisme yang menyesatkan ini.
sumber
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Rencana/20090124222832/Article/


Komen saya
Kalau kita melihat kepada tulisan di atas ada dua perenggan yang menyebut tentang peranan ibu bapa yang agak longgar dalam pendidikan anak-anak dan tidak serius dalam menunaikan amanah pendidikan anak-anak yang diamanahkan oleh Allah s.w.t, cuba kita perhatikan tulisan berikut;
"Inilah yang kita bimbangkan kerana masyarakat, terutama ibu bapa serta kerajaan tidak menganggapnya sebagai ancaman serius seperti dadah dan gejala mat rempit yang diakui ramai.

Tidak ketinggalan, pembabitan dan peranan ibu bapa untuk memastikan siapa rakan anak serta bahan bacaan serta laman web yang dilayari golongan muda itu bagi mengelak mereka terpengaruh dengan elemen satanisme yang menyesatkan ini.

Ada 3 faktor penting yang disentuh dalam penulisan ini;

Pertama : Pengabaian ibu bapa dalam pendidikan anak-anak
Kedua   : Pengaruh rakan-rakan
Ketiga   : Pengaruh filem

Untuk membincangkan 3 faktor ini anda boleh merujuk kepada kitab Tarbiah Aulad yang saya terjemahkan dan sudah dipostkan dalam blog My Kuliah saya.
sila rujuk sini

Saya akan mengulas faktor pengabaian ibu bapa dalam pendidikan anak-anak menurut apa yang ditulis oleh Abdullah Naseh Ulwan dalam kitab Tarbiah Aulad Fil Islam.

Ibu bapa adalah pendidik pertama dalam kehidupan seorang manusia. Merekalah yang akan mencorakkan masa depan dan cara hidup anak-anak mereka, sebagaimana mafhum daripada hadis nabi s.a.w bahawa setiap bayi dilahirkan putih bersih, maka ibu bapa mereka yang yang akan menentukan samaada mereka akan menjadi Yahudi,Nasara atau Majusi.

Kita tidak boleh melupakan peranan ibu dalam menunaikan amanah pendidikan anak.
Seorang penyair ada menyebut;

"Ibu merupakan sekolah, apabila kamu menyediakannya,
Kamu telah menyediakan satu generasi yang unggul"

Maksudnya; seorang ibu ibarat sebuah sekolah untuk anak-anak, apabila seorang suami atau bapa telah menyediakan seorang ibu yang terbaik kepada anak-anak mereka, maka anak-anak akan mendapat pendidikan yang terbaik dan akan menjadi manusia yang berguna. Oleh itu di antara kewajiban seorang bapa terhadap anaknya ialah memilih ibu yang baik untuk mereka.

Ibu dalam menunaikan tanggungjawab sama sahaja dengan bapa bahkan lebih penting dan utama, kerana ibu sentiasa mendampingi anak-anak sejak mereka dilahirkan sehingga mereka meningkat dewasa. Nabi s.a.w pernah mengasingkan peranan ibu dalam pendidikan anak-anak dalam sabda baginda;

"Dan ibu sebagai penjaga dalam rumah suaminya dan akan disoal oleh Allah s.w.t tentang anak-anak yang dibawah jagaannya".

Semua ini bertujuan untuk wujud kerjasama antara suami isteri dalam membina generasi berguna. Apabila seorang ibu mengabaikan amanah ini, kerana menyibukkan diri bersama rakan-rakannya, menghabiskan masa dengan rakan-rakannya dan keluar dari rumah berfoya-foya meninggalkan anak-anak dengan  pembantu rumah sahaja, begitu juga bapa,apabila mengabaikan amanah ini dengan menghabiskan masa di kedai-kedai kopi, bermain Dam dan Catur bersama kroni-kroninya maka tidak syak lagi anak-anak akan membesar seperti anak yatim piatu yang kematian ibu bapanya dan hidup seperti pelarian dan inilah yang menyumbang kepada kerosakan dan jenayah.

Seorang pujangga berkata;

Bukanlah yatim itu orang yang kematian ibu bapanya,
Dari kehidupannya dan meninggalkannya dalam kehinaan,
Tetapi yatim itu ialah seorang anak yang ada ibu bapa,
Tapi ditinggalkan kerana kesibukan ibu bapanya.

Tidaklah tumbuhan yang tumbuh di taman
Seperti tumbuhan yang tumbuh di padang
Bagaimana kita mengharapkan generasi yang sempurna
Sedang mereka menyusu dari seorang ibu yang kurang

Kepada ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka maka renungkanlah amaran Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t : at-Tahrim : 6
"Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan".

Pesan nabi kepada ibu bapa

" Seorang suami adalah pemelihara ahli keluarganya dan akan disoal apa yang dijaganya, seorang isteri adalah pemelihara rumah suaminya dan akan disoal apa yang dijaganya". (riwayat Bukhari dan Muslim)

" Didiklah anak-anak kamu dan perbaiki akhlak mereka". (riwayat Ibnu Majjah)

" Suruhlah anak-anak kamu mengikut suruhan Allah dan menjauhi laranganNya, itulah cara menyelamatkan mereka dari api neraka".

Berpandukan arahan Allah s.w.t dan pesanan nabi s.a.w di atas kita dapat buat kesimpulan bahawa ibu bapa adalah orang yang pertama yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t di akhirat nanti jika anak-anak mereka menjadi rosak sewaktu di atas dunia ini. Sebagai muslim yang beriman dengan hari pembalasan kita mesti bertindak segera untuk menunaikan amanah Allah s.w.t, jika ditakdirkan anak-anak kita rosak juga selepas kita menunaikan amanah ini, kita tidak akan disoal lagi kerana kita sudah menunaikan amanah, tapi insyaallah anak-anak yang mendapat cukup pendidikan lebih-lebih lagi pendidikan agama yang kukuh akan terhindar dari masalah-masalah sosial yang ada pada hari ini.

Sebaliknya jika ibu bapa tidak bertindak segera untuk menunaikan amanah Allah s.w.t dalam pendidikan anak-anak mereka, sudah pasti anak-anak ini akan berhadapan dengan gerhana aqidah dan akhlak yang tidak akan berkesudahan.

Firman Allah s.w.t : al-Furqaan :74
"dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa".

Ya Allah ! Ya Tuhan Kami !
Berikan kepada kami kekuatan untuk menunaikan amanahMu.
Kurniakan kepada kami isteri-isteri yang solehah
Kurniakan kepada kami suami-suami yang soleh
Kurniakan kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 24, 2009

Matahari, Bulan dan Gerhana

Matahari dan bulan merupakan dua makhluk ciptaan Allah s.w.t, dan merupakan antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t. Penciptaan matahari yang begitu besar dan bergerak tersangat laju namun dalam keadaan yang teratur dan tetap.Begitu juga bulan yang nampak pada zahirnya tetap tapi sebenarnya bergerak, buktinya ialah perubahan bentuk pada bulan dapat dilihat daripada bentuk bulan purnama  kemudian mengecil dan membentuk bulan sabit dan begitulah berulang-ulang setiap bulan.

Firman Allah s.w.t : Yaasin :38-40
38.dan (sebahagian dari dalil Yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat Yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui;

39. dan bulan pula Kami takdirkan Dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan Yang kering.

40. (dengan ketentuan Yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.

Dalam ayat tersebut menjelaskan tentang cakerawala dan perjalanannya.Cakerawala ialah apa sahaja yang ada di langit, namun dalam ayat tersebut menyebut sebahagian daripadanya iaitu matahari dan bulan.Semua makhluk di langit sujud kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t : al-Hajj : 18
"tidakkah Engkau mengetahui Bahawa Segala Yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? dan banyak pula (di antara manusia) Yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa Yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun Yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa Yang dirancangkanNya".

Matahari sebagaimana yang kita ketahui adalah satu bola api yang mempunyai kuasa yang sangat tinggi yang mampu menerangi seluruh muka bumi dan memberi haba yang mencukupi. Walaupun begitu dengan kebijaksanaan Allah s.w.t telah meletakkan matahari dalam keadaan yang cukup sesuai jaraknya dari bumi sehingga bumi tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Dan sudah pasti matahari akan terus beredar dan memancarkan cahayanya yang tidak pernah padam sejak ia diciptakan, itulah hebatnya Allah s.w.t.

Apa gunanya matahari kepada manusia?

Antara faedah matahari kepada manusia ialah;

1) Manusia dapat bekerja di siang hari tanpa membayar kos cahayanya
Firman Allah s.w.t : an-Naba' :13
"dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu Yang terang-benderang cahayanya".

Allah s.w.t telah memberi lampu kepada manusia, lampu yang tak perlu dibayar kosnya, bayangkan berapa banyak bil elektrik yang kita bayar dengan lampu ciptaan manusia. Semuanya Allah ciptakan percuma untuk manusia cuma manusia perlu bersyukur.

2) Cahaya matahari mempunyai zat atau vitamin D, yang mana jika manusia tidak terkena cahaya matahari boleh terkena penyakit kuning, begitu juga tumbuhan akan mati kalau tidak mendapat cahaya yang cukup.

3) menghitung Kalendar atau taqwim tahunan, ini berlaku kerana bumi beredar mengelilingi matahari selama satu pusingan orbitnya.
Firman Allah s.w.t :ar-Rahman :5
"matahari dan bulan beredar Dengan peraturan dan hitungan Yang tertentu".

4) Menentukan waktu ibadah; seperti waktu solat, berbuka puasa dan lain-lain.
Firman Allah s.w.t :Yunus :5
"Dia lah Yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah Yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan Dengan adanya faedah dan gunanya Yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesarannya) satu persatu bagi kaum Yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu Yang dijadikanNya)".
Begitu juga bulan, Allah s.w.t telah menyusun dan mengatur perjalanannya. Allah s.w.t menetapkan tempat-tempat perjalanan untuk bulan dengan beredar di atas falaknya yang dikenali sebagai orbit, yang menyebabkan salah satu tempat perhentiannya pada satu malam dan oleh itu tempat dan jumlah perhentian atau manzilahnya sebanyak 28 kali. Justeru itu pada bulan dan perubahannya daripada anak bulan kepada bulan sabit dan purnama serta berubah mengecil dan hilang adalah untuk menentukan tarikh puasa dan hari raya.

Sabda nabi s.a.w;
" Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berbukalah(hari raya) dengan melihat anak bulan.....
(Bukhari dan Muslim)

Antara faedah bulan kepada manusia ialah;

1) Taqwim dan kalendar tahunan bagi umat islam.
Firman Allah s.w.t : al-An'am :96
"Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan Yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah Kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui".

2) Menerangi bumi sebagai lampu di waktu malam.
Firman Allah s.w.t : Nuh :16
"Dan ia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang),

Begitulah bergunanya matahari dan bulan kepada manusia dan makhluk lain ciptaan Allah s.w.t. Walaubagaimanapun matahari dan bulan ini ada kalanya menjadi gerhana sebagai satu lagi kekuasaan Allah s.w.t ke atas makhluknya.

Apa itu gerhana matahari?
Gerhana matahari terjadi ketika posisi Bulan terletak di antara Bumi dan matahari sehingga menutup cahaya matahari. Walaupun Bulan lebih kecil, bayangan Bulan mampu menutupi cahaya matahari sepenuhnya karena Bulan yang berjarak rata-rata jarak 384.400 kilometer dari Bumi lebih dekat dibandingkan matahari yang mempunyai jarak rata-rata 149.680.000 kilometer. Gerhana matahari dapat dibagi kepada tiga jenis yaitu gerhana total, gerhana sebagian, dan gerhana cincin.
Apa pula gerhana bulan?
Gerhana bulan terjadi saat sebagian atau keseluruhan penampang bulan tertutup oleh bayangan bumi. Itu terjadi bila bumi berada di antara matahari dan bulan pada satu garis lurus yang sama, sehingga sinar matahari tidak dapat mencapai bulan karena terhalangi oleh bumi.

Sebenarnya, pada peristiwa gerhana bulan, seringkali bulan masih dapat dilihat. Ini kerana masih adanya sinar matahari yang dipantulkan ke arah bulan oleh atmosfer bumi. Dan kebanyakan sinar yang dipantulkan ini memiliki spektrum cahaya merah. Itulah sebabnya pada saat gerhana bulan, bulan akan nampak berwarna gelap, bisa berwarna merah tembaga, jingga, ataupun coklat.Gerhana bulan dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak berbahaya sama sekali.

Jenis-jenis gerhana bulan;

Gerhana bulan total

Pada gerhana ini, bulan akan tepat berada pada daerah umbra.

Gerhana bulan sebagian
Pada gerhana ini, tidak seluruh bagian bulan terhalangi dari matahari oleh bumi. Sedangkan sebagian permukaan bulan yang lain berada di daerah penumbra. Sehingga masih ada sebagian sinar matahari yang sampai ke permukaan bulan.

Gerhana bulan penumbra
Pada gerhana ini, seluruh bagian bulan berada di bagian penumbra. Sehingga bulan masih dapat terlihat dengan warna yang suram.

Apabila berlaku gerhana maka kita disunatkan solat sunat gerhana yang pernah dilakukan oleh nabi s.a.w.
Solat Gerhana atau solat kusufain sesuai dengan namanya dilakukan saat terjadi gerhana samaada bulan ataupun matahari. Solat yang dilakukan saat gerhana bulan disebut dengan solat khusuf sedangkan saat gerhana matahari disebut dengan solat kusuf.

Hadits yang menjadi dalil solat gerhana ialah:

"Telah terjadi gerhana matahari pada hari wafatnya Ibrahim putera Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam. Berkatalah manusia: Telah terjadi gerhana matahari kerana wafatnya Ibrahim. Maka bersabdalah Rasulullah Shalallahu 'alaihi wa sallam "Bahwasanya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Allah mempertakutkan hamba-hambaNya dengan keduanya. Matahari gerhana, bukanlah kerana matinya seseorang atau lahirnya. Maka apabila kamu melihat yang demikian, maka hendaklah kamu solat dan berdoa sehingga habis gerhana." (HR. Bukhari & Muslim)

Cara solat gerhana
Solat gerhana dilakukan dua rakaat dengan 4 kali ruku’ yaitu pada rakaat pertama, setelah ruku’ dan I’tidal membaca Al Fatihah lagi kemudian ruku’ dan I’tidal kembali setelah itu sujud sebagaimana biasa. Begitu pula pada rakaat kedua.

Bacaan Al Fatihah pada solat gerhana bulan dinyaringkan sedangkan pada gerhana matahari tidak. Dalam membaca surah yang sunat pada tiap raka'at, disunatkan membaca yang panjang. Hukum shalat gerhana adalah sunat muakkad berdasarkan hadits Aisyah Radhiallaahu anha. Nabi dan para shahabat melakukan di masjid dengan tanpa adzan dan iqamah.

Sama-samalah kita menunaikan solat sunat gerhana matahari pada 26 Jan 2009 ini, dan samalah-samalah kita mengingati Allah s.w.t , kerana fenomena gerhana selain daripada bukti kekuasaan Allah ia juga di antara muqaddimah berlakunya qiamat.

Firman Allah s.w.t : al-Qiamah :6-9
6. Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"

7. maka (Jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
8. dan bulan hilang cahayaNya,
9. dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,

Perbanyakkan istighfar kepada Allah, perbanyakkan sedekah bagi yang mampu, perbanyakkan ibadah kepada Allah dan jauhkan diri dari melakukan maksiat kepada Allah s.w.t, kerana tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t terlalu banyak, maka kewajiban kita ialah bersyukur kepada Allah s.w.t dan menyembahNya. Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 22, 2009

Dosa kecil atau besar

Kita tahu bahawa dosa ada besar dan ada kecil. Apa beza antara dosa besar dan dosa kecil? Ada orang bila di Tanya contoh dosa besar dapat dijawapnya, tapi bila Tanya contoh dosa kecil tak tahu pula.

Sebenarnya dosa itu semuanya buruk, tak kiralah kecil atau besar, yang penting jangan difikirkan dosa kecil atau besar yang perlu difikirkan ialah dengan siapa kita berbuat dosa itu. Sebagai muslim kita mesti cuba sedaya upaya untuk menjauhkan dosa samaada kecil ataupun besar.

Apa dia dosa besar?

Ada pendapat mengatakan dosa besar ialah;
- perbuatan dosa dilakukan yang dijanjikan azab neraka oleh Allah s.w.t di akhirat nanti.
-atau dosa yang tidak diampun oleh Allah s.w.t kecuali dengan taubat.

Ulama berselisih pendapat pada bilangan dosa besar
-ada yang mengatakan ada sembilan sahaja iaitu;

1) membunuh dengan cara tidak sebenar
2) makan riba
3) makan harta anak yatim
4) menuduh zina perempuan yang baik
5) saksi palsu
6) derhaka kepada kedua ibu bapa
7) lari dari medan peperangan
8) sihir
9) syirik

-ada yang menambah dosa besar yang lain iaitu;
-judi
-curi
-minum arak
-menghina ulama salaf
-mengikut hawa nafsu
-sumpah palsu
-layu dengan rahmat Allah
-menghina ibu bapa
-melakukan kerosakan dibumi
Dan yang lain daripada itu.

Apa dia dosa kecil?
Ada pendapat yang mengatakan bahawa dosa kecil ialah;
-perbuatan dosa yang dilakukan tapi tidak dijanjikan azab oleh Allah di akhirat nanti

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan kepada kita tentang besarnya rahmat Allah s.w.t yang menjanjikan penghapusan dosa kecil jika tidak melakukan dosa besar.

Firman Allah s.w.t ; an-Nisa ; 31
"jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga)".

Firman Allah s.w.t ; an-Najm ; 32
"(Iaitu) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji, kecuali salah silap Yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak Yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian Dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa".

Firman Allah s.w.t ; as-Syura ; 37
"dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya"

begitu juga hadis-hadis nabi s.a.w antaranya;

sabda nabi s.a.w
“solat lima waktu,antara jumaat dengan jumaat, antara ramadhan dengan ramadhan boleh menghapuskan dosa-dosa kecil sekiranya menjauhi dosa-dosa besar.

Tapi perlu diingat berterusan melakukan dosa kecil boleh menjadikannya besar.
Sebagaimana firman Allah s.w.t : ali-Imran :135
dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Yang menjadi persoalan ialah ramai umat islam hari ini melakukan dosa lebih-lebih lagi dosa kecil.sesungguhnya mereka tidak merasa apa-apa kesalahan bila melakukan dosa, mereka memandang dosa itu terlalu remeh, betullah sebagaimana mafhum hadis nabi s.a.w ;orang mukmin melihat dosa kecil seperti gunung yang akan menghempatnya tapi orang berdosa melihat dosa seperti lalat yang terbang melintasi hidungnya sahaja lalu dihalau lalat itu dengan tangannya, alangkah kecilnya dosa itu bagi mereka hanya sekecil seekor lalat.

Oleh itu mereka tak segan silu melakukan dosa
Mengumpat dan memfitnah perkara biasa
Berkhalwat, berzina dan buang anak tak dapat dihitung banyaknya
Arak,dadah dan perkara mudharat yang lain dihentamnya
Membuli hingga membunuh juga ketara

Tidak menutup aurat taka apa dosa kecil aje
Tidak solat siapa yang tahu itu hak peribadi kecuali solat jumaat ada la sekali sekala di masjid
Nombor ekor, loteri dah lama dah tapi belum ada nasib jadi orang kaya
Dan banyak lagi dosa-dosa yang lain samaada kecil atau besar tak menjadi ukuran lagi.

Agak-agak kenapa orang islam tak takut melakukan dosa?

Pertama mereka jahil dosa pahala
Kedua tidak tahu balasan dosa yang dilakukan atau buat-buat tak tahu
Ketiga meremehkan dosa kecil
Keempat ikut hawa nafsu
Kelima kasih sayang Allah

Kerana sifat rahim Allah yang tidak menurunkan azab secara tunai di dunia ini yang menyebabkan manusia terlalu berani melawan Allah.
Berzina tak ada apa pun macam biasa saja bahkan lebih dari sekali berzina tak ada azab dari Allah.begitu juga dosa-dosa lain semuanya azabnya ditangguh ke akhirat nanti. Berterusan melakukan dosa kecil, tidak menutup aurat contohnya tak ada apa yang berlaku, rambut masih cantik, wajah masih menawan, rezeki melimpah, apa yang nak ditakutkan tak ada apa-apa.

Alangkah tertipunya manusia dengan permainan dunia. Tidakkah mereka pernah mendengar firman-firman Allah yang mengancam dengan azab yang tidak tertanggung periknya.

Firman Allah s.w.t : an-nisa ; 56
"Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Firman Allah s.w.t : al-Haaqah : 30-32
30. (lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang Yang berdosa itu serta belenggulah Dia, 31. "Kemudian bakarlah Dia di Dalam neraka Jahiim; -
32. "Selain dari itu, masukkanlah Dia Dalam (lingkaran) rantai besi Yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

Firman Allah s.w.t : an-naba’ : 21-23
21. Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan -
22. untuk orang-orang Yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya.
23. mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Firman Allah s.w.t : al-Buruj : 12
12. Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang Yang kufur ingkar) amatlah berat.

Dan banyak lagi ayat-ayat ancaman kepada pelaku dosa kepada Allah s.w.t yang sangat dasyat yang sudah pasti tidak tertanggung azabnya. Oleh itu wahai sahabat-sahabat sekelian yang masih berterusan melakukan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa kita.

Firman Allah s.w.t : at-Tahrim : 8
"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Sepohon Kayu

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 21, 2009

Gerhana annular matahari 26 Januari 2009

Gerhana matahari separa akan dapat disaksikan di Malaysia pada 26 Januari 2009 bermula jam 4:30:39 petang (baca jam:minit:saat) sehingga jam 6:59:47 petang. Walaubagaimanapun masa bagi setiap kawasan di seluruh negara adalah berlainan diantara satu dengan lain disebabkan faktor geografi dan kedudukan matahari dan bulan berbanding dengan lokasi pemerhati pada pada masa itu.
Gerhana separa matahari di Malaysia ini disebabkan berlakunya gerhana annular matahari yang berlaku bermula di Barat Lautan Hindi, merentasi Selat Sunda termasuk Sumatera Tenggara dan Jawa Barat, kemudiannya merentasi Borneo termasuk Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan berakhir di Laut Celebes. Kawasan Malaysia yang dapat menyaksikan fenomena gerhana annular ini hanyalah dikawasan Sempadan Sarawak dengan bahagian utara Wilayah Kalimantan Barat iaitu kira-kira 400 kilometer ke timur Kuching.

Kota Kinabalu akan dapat menyaksikan 75.3 peratus matahari mengalami gerhana yang akan bermula pada jam 4:43:57 petang hingga jam 6:57:20 petang dengan kemuncaknya pada jam 5:54:48 oetang berbanding dengan Bandaraya Melaka peratus gerhana ialah 67.2 peratus dan gerhana bermula jam 4:30:23 petang hingga 6:58:29 petang.

Di Sabah kawasan terbaik untuk memarhatikan fenomena ini ialah di Tawau yang akan menyaksikan matahari mengalami gerhana sebanyak 81.9 peratus semasa kemuncak berhana berlaku pada jam 5:53:13 petang, gerhana bermula jam 4:42:32 petang hingga jam 6:55:38 petang di kawasan ini.

Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil "apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009, kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz bulan kelihatan kecil dan tidak dapat menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi matahari pada masa itu, tetapi cakera matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana, dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular".

Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini.

Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14 boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum.

Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah satu dilubangkan dengan menggunakan sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum tadi.

Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata.

Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku.

sumber
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/siaran-akhbar-se26bil1.htm

Info gerhana matahari

1) Apakah Gerhana Annular
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/se1.html

2) Langkah keselamatan ketika menyaksikan gerhana matahari
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/safe-1.html

3) Cara membuat teknik lubang jarum
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/pin-hole.htm

4) Jadual/masa gerhana matahari di Malaysia
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/jadual-gerhana-se.htm


Komen Saya

Bagi yang tak pernah solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan bolehlah solat gerhana matahari pada 26 Jan 2009 mengikut jadual tempat masing-masing,( sila rujuk jadual) bukan selalu kita boleh solat gerhana, mungkin sekali dalam hidup sahaja. Kalau tak sempat berjamaah boleh juga solat sendiri tapi berjamaah lebih baik dapat dengar khutbah sekali.

Hukum solat gerhana matahari dan bulan

Hukum solat gerhana matahari dan bulan adalah sunat muakkad(sangat dituntut) mengikut jumhur ulama.
Dalilnya;
Firman Allah s.w.t : Fussilat : 37
"dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah".

Sabda nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. tidak berlaku gerhana matahari atau bulan kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kamu menyaksikan gerhana maka hendaklah kamu solat sunat dan berdoa sehingga hilang gerhana itu. (Bukhari dan Muslim)

Disunatkan bagi sesiapa sahaja;lelaki,perempuan dan orang tua samaada musafir ataupun tidak. Boleh solat seorang diri atau jamaah, berkhutbah atau tidak berkhutbah(berjamaah digalakkan khutbah)

Cara solat gerhana

Disunatkan mandi sunat gerhana matahari sebelum solat.

Tidak disyaratkan azan atau iqamah

Harus diucapkan as-solatul jamiah sebelum solat menggantikan iqamah.

Solat gerhana matahari baca fatihah dan surah secara sir(perlahan)

Solat gerhana bulan baca fatihah dan surah secara jahar (nyaring)

Lafaz niat gerhana matahari

أصلي سنة الكسوف ركعتين لله تعالى

Niat dalam hati
“sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah”.

(rakaat pertama)
Baca Fatihah & Qul Ya Aiyuhal Kafirun

Rukuk

Berdiri semula (jangan I’tidal)

Baca Fatiha & surah ikhlas

Rukuk, baru iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa.

(rakaat kedua)
Berdiri baca Fatiha & Qul auzubil falaq

Rukuk

Berdiri semula(jangan iktidal)

Baca fatiha & Qul auzubirabbinnas

Rukuk, baru iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa.

Ini bermakna dlm 2 rakaat ada 4 fatihah & 4 surah (4 Qul) & 4 kali sujud

surah-surah di atas adalah cadangan sahaja.kita boleh membaca mana-mana surah yang lain.

Kalau solat berjemaah imam sunat beri khutbah selepas solat seperti khutbah jumaat, menasihati kepada umum tentang kepentingan kejadian alam ciptaan Allah pada saat itu.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 19, 2009

Islam Agama Damai

Israel umum gencatan senjata

GAZA 18 Jan. - Israel telah mengumumkan gencatan senjata dan menghentikan serangan ke atas Genting Gaza hari ini, namun pertempuran tercetus beberapa jam selepas itu, sekali gus menggoyahkan ketenangan sementara yang dinikmati penduduk Palestin selepas 22 hari dibedil rejim Yahudi.

Pada pukul 2 pagi tadi (pukul 8 pagi waktu Malaysia), gencatan senjata berkenaan diluluskan dan mula berkuat kuasa, jet-jet pejuang Israel masih berlegar di ruang udara Gaza namun bunyi senjata api dan letupan sejak tiga minggu lalu tidak lagi kedengaran.

Bagaimanapun jet pejuang Israel melancarkan serangan pertama ke atas sekumpulan pelancar roket Hamas yang telah melepaskan lima serangan roket awal pagi tadi, seterusnya menimbulkan kebimbangan pertempuran bersambung semula.

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert memberi amaran bahawa gencatan senjata sebelah pihak yang dimulakan beberapa jam sebelum ini adalah rapuh dan dinilai semula dengan kerap.

"Keputusan kerajaan untuk membenarkan Israel bertindak balas dan melancarkan serangan baru ke atas musuh di Genting Gaza sekiranya mereka terus menembak roket.

"Pagi ini mereka sekali lagi membuktikan gencatan senjata adalah rapuh dan perlu dinilai semula minit demi minit. Kami harap serangan dihentikan kerana sekiranya berterusan, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) akan bertindak balas. Ia bersedia dikerahkan untuk berbuat demikian," tegas Olmert lagi.

Insiden berlaku ketika Mesir menggandakan usaha diplomatik agar gencatan senjata Israel itu dapat dijadikan perjanjian damai berterusan dengan Presiden Hosni Mubarak mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri pemimpin Britain, Perancis, Jerman, Itali, Jordan, Sepanyol dan Turki.

Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben-Eliezer menjelaskan, pertempuran terbaru itu tidak semestinya membawa kepada serangan besar-besaran dan ia mengambil masa dua hingga tiga hari untuk segalanya tamat di mana Hamas perlu faham bahawa senario baru sedang berlaku.

Hamas menegaskan bahawa ia tidak akan menerima kehadiran walau seorang askar Israel pun di Gaza.
"Kami telah jelas menyatakan pendirian: sekiranya askar Israel terus berada di Gaza, maka wujud kemungkinan besar penentangan dilakukan terhadap penjajahan ini," kata wakil Hamas di Lebanon, Osama Hamdan dalam satu temubual dengan Al-Jazeera.

Sementara itu, pasukan perubatan Palestin mengambil kesempatan waktu tenang tanpa serangan untuk menjalankan misi mencari dan menyelamat yang mana berjaya menemui sekurang-kurangnya 40 mayat termasuk beberapa orang kanak-kanak di utara Gaza.

Operasi Cast Lead yang dimulakan Israel sejak 27 Disember lalu, ditamatkan oleh Olmert pada hari ke-22 serangan semalam dan telah meragut sekurang-kurangnya 1,245 nyawa dan 5,300 yang lain cedera.

Sebanyak 700 daripada jumlah korban adalah orang awam termasuk lebih 400 orang kanak-kanak.
Di pihak Israel, hanya tiga orang awam dan 10 askar terbunuh akibat pertempuran dan serangan roket. - Agensi

sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_01.htm

Hamas setuju gencatan senjata

GAZA 18 Jan. – Hamas hari ini turut mengumumkan gencatan senjata membabitkan pejuang mereka dan kumpulan sekutunya di Tebing Gaza.

Pemimpin kanan Hamas, Ayman Taha turut memberi masa seminggu kepada Israel untuk mengundurkan tentera mereka.

“Pergerakan Hamas dan sekutu kami mengumumkan gencatan senjata berkuat kuasa serta merta dan memberikan masa selama seminggu untuk tentera Israel berundur dari negara kami.

“ Kami juga menggesa Israel membuka semula pintu sempadan bagi membenarkan penghantaran bantuan yang sangat diperlukan penduduk kami,” kata Ayman.

Israel sebelum ini tidak mengumumkan tarikh khusus bila mereka akan berundur dari Gaza melainkan Hamas segera menghentikan serangan ke wilayah mereka.

Dalam pada itu Amerika Syarikat (AS) mengalu-alukan gencatan senjata yang dilakukan kedua-dua pihak dan berharap ia akan berterusan.

“Kedua-dua pihak perlu menghormati gencatan senjata ini bagi mengembalikan kestabilan dan kedamaian di Gaza.

“AS menghargai usaha gencatan ini yang dimulakan oleh Mesir namun kami masih bimbang dengan kesengsaraan yang dialami oleh penduduk di Gaza,” kata Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon turut menyatakan sokongan ke atas gencatan senjata ini dan meminta Israel segera mengundurkan tenteranya.

“Saya berasa lega dengan gencatan senjata ini dan ia merupakan langkah awal kepada pengunduran semua tentera Israel dari Gaza,” kata Ki-moon. – Agensi

sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

Komen Saya
Islam tidak mensyariatkan peperangan kecuali untuk mempertahankan diri ,mencegah pencerobohan musuh dan menuntut kebebasan tempat tinggal dan kebebasan manusia dari penceroboh dan penjajah.

Firman Allah s.w.t : al-Hajj :39
diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 190
"dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh".

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 193
"dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim".

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah : 194
"oleh itu sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang bertaqwa".

Islam telah menetapkan bahawa orang mukmin mesti mengambil jalan damai apabila musuh mereka menghentikan permusuhan dan menerima perjanjian damai yang berpaksikan kebenaran dan keinsafan, serta mengembalikan hak kepada pemiliknya.

Firman Allah s.w.t : al-Anfaal : 61
"dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka Engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya ia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui".

Islam juga menetapkan bahawa peperangan juga berlaku kerana ingin mempertahankan orang-orang yang dianiaya dan dizalimi.

Firman Allah s.w.t : an-Nisa’ : 75
"dan apakah Yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang Yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, Iaitu mereka Yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! keluarkanlah Kami dari negeri (Makkah) ini, Yang penduduknya (kaum kafir musyrik) Yang zalim, dan Jadikanlah bagi Kami dari pihakMu seorang pemimpin Yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan Jadikanlah bagi Kami dari pihakMu seorang pemimpin Yang membela Kami (dari ancaman musuh)".

Inilah keindahan islam, agama aman dan damai bukan agama kekerasan dan permusuhan atau pengganas. mudah-mudahan genjatan senjata ini berlaku seperti apa yang diharapkan, kerana kita tidak sanggup lagi melihat penderitaan penduduk palestin.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 18, 2009

Antara kisah pertolongan Allah di Gaza

Di sebalik serangan bertalu-talu Rejim Zionis ke atas Gaza, di sebalik kemusnahan Bandar Gaza, di sebalik jumlah syuhada’ yang bertambah setiap hari, isteri-isteri menjadi janda, anak-anak kehilangan ibu bapa dan tangisan mereka yang menyayat hati, ada kisah, ada cerita pertolongan Allah s.w.t kepada umat islam di Gaza. Walaupun pertolongan Allah itu tidak menyeluruh untuk menghancurkan Israel tapi cukup sekadar satu petanda bahawasanya Allah s.w.t adalah penolong kepada orang-orang yang beriman dan sebagai satu kekuatan kepada umat islam untuk berjuang menegakkan Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t: al-Hajj : 40
"Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan Kami ialah Allah". dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya Yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) Yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa Yang menolong ugamanya (ugama Islam); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa".

Antara kisah pertolongan Allah s.w.t seperti yang dilaporkan oleh Islamonline ialah;

Kisah 1
Ketika tentera al-murabitun HAMAS sedang menunggu dan menanti peluang untuk menyerang hendap konvoi kereta kebal tentera Israel di satu malam yang sangat sejuk, mereka mengangkat tangan memanjatkan doa kepada Allah s.w.t “Ya Allah! Tuhan yang menurunkan hujan, yang menggerakkan awan, yang menebarkan kabus, tetapkanlah hati tenteramu, dan hapuskanlah musuh” berdoa dengan penuh khusyuk, dengan pipi yang dibasahi dengan air mata…maka berhubunglah antara bumi dan langit, doa mereka dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dengan izin Allah s.w.t turunlah kabus yang tebal di kawasan tersebut yang membolehkan tentera al-Murabitun menyusup masuk kepada konvoi sepuluh kereta kebal tentera Israel tanpa dapat dikesan oleh pesawat pejuang Israel yang berlegar-legar di udara dan dapat menyerang mereka dan membunuh lebih daripada lima orang tentera Israel dan mencederakan sepuluh orang daripada musuh.

Ketika pesawat pejuang Israel memuntahkan peluru-pelurunya dari udara
Dalam masa yang sama pasukan tentera darat mereka menyerang dari darat, tiba-tiba Allah s.w.t menurunkan hujan dengan lebatnya, hanya di sekitar kawasan yang diserang sahaja, menyebabkan pergerakan tentera darat terbatas dan serangan udara terhenti sementara waktu.( Diceritakan oleh Abu Ubaidah salah seorang tentera al-Murabitun)

Kisah 2
Seorang penduduk Gaza al-Muntasir Billah Mustaffa berkata;
Ketika kawasan persisiran pantai Gaza diserang dari darat dan udara, bateri telefon bimbitnya hampir habis tiba-tiba datang seorang tentera al-Murabitun meminta telefon bimbitnya untuk berhubung dengan tentera yang lain untuk meminta pertolongan,tapi dia menyatakan bahawa baterinya hampir habis, kuasa elektrik terputus dan mungkin hanya boleh bercakap dalam beberapa minit sahaja.

Subhanallah, sebaik sahaja telefon bimbitnya dipegang oleh tentera al-Murabitun, tiba-tiba baterinya penuh semula seolah-olah sudah dicas dalam tempoh yang lama, dan boleh digunakan beberapa hari selepas itu. Subhanallah itulah antara pertolongan Allah s.w.t ke atas orang berjuang di jalannya dan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan langkah perjuangan yang suci.

Kisah 3
Abu Mujahid salah seorang tentera al-Murabitun menyatakan;
“sewaktu saya meninjau pergerakan kereta-kereta kebal tentera Israel di satu kawasan di Gaza yang tidak ada sesiapa pun di sekitarnya, tiba-tiba saya mendengar suara yang bertasbih,berzikir dan beristighfar di kawasan tersebut, saya mencuba berkali-kali untuk mencari dari mana datangnya suara itu, tiada seorang manusia pun di situ, rupa-rupanya suara itu sesungguhnya keluar dari batu-batu dan pasir yang ada di situ. Subhanallah maha suci Allah yang membolehkan makhluk yang tidak berlidah berzikir dan bertasbih".

Kisah 4
Mahmud ar-Rifi salah seorang tentera al-Murabitun bersembunyi di satu tempat selama dua hari berbekalkan beberapa biji buah tamar dan sedikit air, di tangan kanannya ada senjata dan di tangan kirinya ada alat komunikasi untuk berhubung dengan rakan yang lain. Dia menunggu kehadiran musuh dalam keadaan yang sangat panas, lidahnya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t supaya memberi kekuatan kepadanya untuk membunuh tentera musuh, akhirnya selepas 48 jam menunggu maka dia melihat sekumpulan tentera Israel di atas sebuah bukit yang berhampiran lalu dia seorang diri berbekalkan satu senjata sahaja,menyerang tentera musuh dan dapat membunuh dua orang daripada mereka dan mencederakan beberapa orang yang lain. Mahmud ar-Rifi menawan seorang tentera musuh dan memikulnya untuk kembali ke tempat persembunyiannya tetapi pesawat pejuang Israel menyerangnya.sewakru mereka menyerangnya tiba-tiba mereka menjadi takut dan menangis serta meraung seperti hysteria seolah-olah mereka dikejar oleh Maaikat Allah s.w.t.

Kisah 5
Abu Ahid imam majid Bandar syeikh Ridwan berkata;
Pesawat pejuang Israel telah melancarkan beberapa peluru berpandu ke atas masjid dan menghancurkan masjid sama sekali sehingga tidak ada bata di atas bata semuanya hancur berkecai, kecuali yang tinggal hanya al-Quran yang tidak terusik seolah-olah tiada apa yang berlaku, subhanallah itulah pemeliharaan Allah s.w.t ke atas al-Quran. Yang pelik lagi ialah separuh daripada al-Quran –al-Quran itu terbuka dengan ayat-ayat pertolongan dan kesabaran antaranya;

{وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ * الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ}.

Maksudnya;
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

Ya Allah ! bukakanlah bagi pejuang Mu pintu-pintu kemenangan, jauhkanlah mereka dari kesukaran dan kesulitan, selamatkan mereka dari tipu daya musuh,

Ya Allah ! himpunkan hati-hati dan leher-leher mereka dengan kekutanMu, Ya tuhan yang maha memberi.

Ya Allah ! ikatkan hati-hati mereka, kukuhkan tapak-tapak kaki mereka, betulkan lontaran-lontaran mereka, betulkan pemikiran mereka, jadikan setiap kesulitan mereka ada pelepasannya. Amin Ya Rabbal Alamin…

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 17, 2009

Pakaian Wanita Islam

Islam mengharamkan kepada wanitanya memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit tubuh, begitu juga pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, lebih-lebih lagi anggota tubuh yang membawa fitnah kepada kaum lelaki seperti dada dan buntut.
Dalam satu hadis Sohih riwayat imam Imam Muslim
Nabi s.a.w bersabda;
maksudnya;
Ada dua golongan yang akan menjadi ahli neraka yang aku tidak pernah melihat keduanya itu;
1) Satu kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia(pemerintah yang zalim)
2) perempuan-perempuan yang berpakaian tapi bogel yang cenderung untuk melakukan maksiat dan mengajak orang lain melakukan maksiat, rambutnya seperti bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau syurga sedangkan bau syurga boleh dihidu dari jarak sekian sekian.(dalam hadis lain disebut dari jarak lima ratus tahun perjalanan)

Siapakah perempuan yang berpakaian tapi bogel?
Perempuan-perempuan yang berpakaian tapi disebut berbogel ertinya; mereka berpakaian tapi pakaian mereka tidak menepati ciri-ciri yang disuruh oleh syara', seperti;
-Pakaian yang nipis sehingga menampakkan kulit atau auratnya.
-Pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakkan anggota tubuhnya

inilah pakaian yang dipakai oleh wanita-wanita zaman moden ini.

Siapa pula rambut seperti bonggol unta?
Ia bermaksud perempuan yang menggayakan rambut mereka dengan pelbagai fesyen moden hari ini, seolah-olah nabi s.a.w telah ditayangkan kepadanya keadaan wanita zaman ini yang yang membuka rambut mereka dan menggayakan dengan pelbagai gaya untuk menarik perhatian lelaki yang bukan suami mereka. Bukan sahaja sekadar itu bahkan ada yang memakai rambut palsu yang diharamkan oleh nabi s.a.w.
Mudah-mudahan isteri-isteri kita dan anak-anak perempuan kita tidak tergolong dalam golongan ini.

Perlu juga diingatkan kepada wanita bertudung supaya tidak memakai tudung yang bercanggah dengan syariat islam, tudung yang tidak menepati cara-cara pemakaian yang betul.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
"dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya".

Firman Allah s.w.t "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka"
Bermakna ciri-ciri memakai tudung yang betul ialah menutup kepala sehingga ke dada dengan tudung yang tidak nipis atau tidak jarang sehingga menampakkan leher dan telinga mereka.

Contoh Pakai tudung dan pakaian yang betul dan menepati syara'

Antara cara memakai tudung dan pakaian yang tidak menepati syara' ialah;

1) Bertudung tapi kain atau lengan baju yang dipakai terlalu singkat
2) Memakai tudung yang tidak menutupi dada, samaada terlalu singkat atau diikat pada leher atau ditarik ke bahu.
3) Bertudung tetapi pakaian terlalu ketat dan sendat hingga menampakkan susuk tubuh
4) Bertudung tetapi kain dibelah samaada tepi, hadapan atau belakang hingga menampakkan betis bila melangkah.
5) Bertudung tapi tudung yang terlalu jarang hingga nampak leher atau telinga
6) Bertudung tapi pakai seluar nampak pusat atau buntut

Hari ini macam-macam jenis tudung ada, ada tudung bunga bawal ,tudung dubai, tudung kashmir, permaisuri ,tudung syria dan lain-lain. Bukanlah salah dengan fesyen-fesyen yang ada cuma pastikan ia mempunyai ciri-ciri yang dibenarkan oleh syara'. Pada pengamatan saya setakat ini, cara pemakaian wanita islam amat mendukacitakan, tapi kalau ditegur marah pula, kenapa ustaz tegur kami yang dah pakai tudung ni, tegurlah yang tak pakai tudung tu.Sebenarnya kita berdakwah kepada semua, kepada yang tak pakai tudung kita berdakwah kepada mereka supaya memakai tudung, kepada yang dah pakai tudung kita cuba nak memperbetulkan sedikit kesalahan yang ada supaya ia tidak menjadi perkara yang sia-sia. Agama adalah nasihat, beruntunglah kita kalau ada hamba Allah yang menegur kita, sebab kita boleh memperbaiki kesilapan, bayangkan dalam hidup kita ini, tidak ada yang nak menegur kita maka sentiasalah kita buat silap kerana kita tak tahu yang kita salah, kita rasa macam betul saja. Oleh itu sepatutnya kita ucapkan terima kasih kepada orang yang menegur kita sebab dia ingin menyelamatkan kita, bukannya melenting dan marah-marah. Percayalah, sekali kita ditegur oleh sahabat kita kemudian kita melenting dan marah maka sahabat kita tidak akan menegur kita lagi walaupun kita melakukan kesalahan,ini akan merugikan kita sendiri.

Marilah kita memakai pakaian dengan niat nak beribadah kepada Allah s.w.t, kerana tujuan pakaian ada dua; pertama untuk menutup aurat, kedua untuk berhias (penampilan yang kemas yang tidak bercanggah dengan syara')bukan untuk menunjuk-nunjuk pakaian kita yang mahal-mahal atau canggih, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong.

Firman Allah s.w.t : Luqman :18
 "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".

Sabda nabi s.a.w;
"Sesiapa yang memakai pakaian untuk kebanggaan di dunia, Allah s.w.t akan memakaikannya dengan pakaian kehinaan di hari qiamat, kemudian dibakar dengan api neraka" (riwayat Ibnu Majjah)

Kesimpulannya, wahai muslimah semua! yang belum bertudung pakailah tudung selagi kita diberi kesempatan untuk melakukannya, yang telah bertudung pakailah tudung yang menepati syara' dan hanya bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t bukan kerana yang lain.

Pesanan buat wanita islam


Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai