Nov 12, 2008
Remajaku Sayang
Runsing hatiku melihat gelagat remaja hari ini.Hidup mereka seolah-olah tiada panduan lagi.Kesilapan demi kesilapan,maksiat demi maksiat yang dilakukan.Remaja islam kita yang beragama dengan agama yang paling benar,tiba-tiba menjadi hero dalam pelbagai maksiat.jenayah dan sebagainya.Mereka menjuarai setiap jenayah yang ada,penghuni terbanyak universiti pusat serenti,mat rempit,minah slimpit,khalwat,zina,dadah dan sebagainya.
Dimana silapnya?adakah berpunca daripada kelemahan ibubapa dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk mereka?atau kesilapan guru-guru mereka?atau sistem pendidikan yang ada?Apa pun penyakit ini perlu dirawat segera,semua pihak bertanggungjawab untuk melahirkan generasi beriman dan bertaqwa kepada allah s.w.t.
Remajaku Sayang!dengarlah rintihan,nasihat,ransangan dan dorongan daripada orang-orang yang mengasihimu.Sesungguhnya kamu merupakan aset yang paling bernilai untuk bangsa,agama dan negara.Sesungguhnya kami ibubapa,guru-guru dan pemimpin ingin melihat kamu semua berjaya bukan derita,berguna bukan hina,cemerlang bukan temberang,beriman bukan melawan tuhan,bertaqwa bukan mengikut hawa nafsu.
Jadilah manusia hebat,kerana manusia makhluk terhebat.Allah s.w.t mencipta manusia sebagai makhluk terhebat sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah at-tin ayat 4 yang bermaksud
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia Dalam bentuk Yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai Dengan keadaannya)".
Manusia lebih hebat daripada malaikat,lebih hebat daripada jin ifrit dan lebih hebat daripada semua makhluk yang lain.Pernahkah wahai remaja mendengar kisah tukang batu.Begini kisahnya.
"Pada zaman dahulu ada seorang tukang batu.Suatu hari sewaktu dia bekerja tiba-tiba tubuhnya rasa panas kerana terkena sinaran cahaya matahari,lalu dia merasa kagum dengan matahari yang mampu memancarkan sinarnya keseluruh dunia.Lantas dia Berdoa kepada Allah s.w.t supaya menukarkan dirinya menjadi matahari,dengan izin Allah s.w.t dia menjadi matahari,berbanggalah dia kerana dapat memancarkan cahayanya ke seluruh dunia.Pada satu ketika,tiba-tiba sinarnya dihalang oleh awan tebal dan dia tak mampu menembusinya.Lalu dia merasakan rupanya ada makhluk lain yang lebih hebat daripada matahari iaitu awan.Lalu tukang batu yang telah menjadi matahari berdoa kepada Allah s.w.t supaya menukarkan dirinya menjadi awan pula.Dengan izin Allah s.w.t dia menjadi awan.Dia sangat gembira kerana dia mampu menutup sinar matahari.Satu ketika tiba-tiba dia ditolak oleh makhluk lain yang lebih kuat darinya dan dia tertolak ke arah lain,makhluk itu ialah angin ribut.Lalu dia merasakan rupanya ada makhluk lain yang lebih hebat darida awan.Berdoalah tukang batu yang sudah menjadi awan supaya Allah s.w.t menukarkannya menjadi angin pula.Dengan izin Allah s.w.t dia pun menjadi angin.Gembiralah dia dapat jadi angin dan mampu menolak dan meruntuhkan apa sahaja.Satu ketika dia tertolak makhluk yang sangat gagah dan mantap dan tak berganjak apabila dia menolaknya, bahkan dirinya sebagai angin yang terbelah dua.Rupanya ada makhluk lain yang lebih hebat daripada angin,iaitu gunung.Berdoalah dia supaya Allah s.w.t menukarkannya menjadi gunung pula.Dengan izin Allah s.w.t dia bertukar menjadi gunung.Maka gembiralah tukang batu kerana dapat menjadi gunung yang gagah dan mantab.Tetapi.....setiap hari kakinya sentiasa sakit kerana di kaki gunung itu ada seorang tukang batu yang lain yang sentiasa memahat batu di kaki gunung tersebut.Maka fahamlah tukang batu antara semua makhluk Allah s.w.t rupanya manusialah yang terbaik,maka dia berdoa kepada Allah s.w.t supaya menukarkannya menjadi tukang batu semula".Begitulah al-kisahnya.
Walaupun ini cerita dongeng tapi boleh menjadi pengajaran kepada kita dari segi kehebatan manusia sebagai makhluk Allah s.w.t.
Remajaku! untuk menjadi manusia hebat tidak semudah disangka,ia ada syarat-syaratnya.Jika manusia tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi manusia terbaik maka sebaliknya kita akan menjadi makhluk paling hina di dunia ini.
Fiman Allah dalam surah at-Tin yang bermaksud:-
"kemudian kami kembalikan manusia ke peringkat serendah-rendahnya".
oleh itu,untuk menjadi manusia hebat kita mestilah mempunyai syarat-syarat berikut:-
-Beriman kepada Allah s.w.t dengan aqidah yang sohih.
-Beribadah kepada Allah s.w.t dengan ibadah yang betul.
-Berakhlak dengan akhlak islam
-Mempunyai kemahiran dengan al-Quran
-Sentiasa hadir ke masjid dan mendengar kuliah-kuliah ilmu
-Sentiasa berzikir dengan zikir yang diajar oleh nabi s.a.w
-Sentiasa melakukan amalan-amalan sunat
Remajaku! jika semua ini tidak ada pada diri kita maka kita akan menjadi manusia paling hina bahkan lebih hina dari binatang.Kita akan terlibat dalam pelbagai masalah sosial remaja.
Antara masalah sosial remaja ialah:-
-Lepak
-Kes buli
-Mat rempit
-Black Metal
-Jenayah
-Penyalahgunaan dadah
-Merokok
-Zina/khalwat
-Buang anak yang tidak berdosa
-Melayari web lucah
Semua ini berlaku keraja remaja hari ini sudah jauh terpesong dari jalan yang sebenar yang diajar oleh nabi s.a.w.Oleh itu marilah semua ibubapa, para pendidik,pemimpin-pemimpin masyarakat dan pemimpin yang berkuasa sama-sama-kita melihat semula pentarbiyahan anak-anak kita adakah sudah menepati dengan tarbiyyah islam yang diajar oleh nabi s.a.w
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment