SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Nov 20, 2009

Keistimewaan 10 Pertama Zulhijjah


Alhamdulillah saya ada sedikit kesempatan untuk menulis semula di dalam blog ini yang agak lama tidak ada sebarang artikel,bersempena cuti sekolah yang baru bermula ini maka ada sedikit masa untuk saya menulis dan berkongsi ilmu dengan para pengunjung blog ini. Sedar tak sedar dah hampir setahun blog ini berada di alam siber, Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat memeriahkan blog-blog agama dan dakwah yang ada. Terima kasih kepada para pengunjung yang singgah ke blog ini samada sengaja atau tidak mudah-mudahan sama-sama dapat manfaat.

Saya mulakan penulisan ini dengan tajuk yang sesuai dengan bulan zulhijjah ini sebagai peringatan bagi yang lalai dan lupa dengan kelebihan yang ada pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Bagi mereka yang terlepas kelebihan 10 akhir Ramadhan lepas maka ini peluang kedua yang diberikan oleh Allah s.w.t untuk merebut sebanyak mungkin pahala yang ada sebagaimana sabda nabi s.a.w “kejarlah amal kebajikan itu sepanjang tahun”.

Sah dari nabi s.a.w bahawa beribadah pada 10 pertama Zulhijjah lebih baik dari beribadah di waktu-waktu yang lain. Sehingga ibadah solat,puasa,zikir dan lain-lain yang dilakukan pada 10 pertama Zulhijjah lebih baik dari pahala berjihad fi sabilillah kecuali mati syahid.

Sabda nabi s.a.w

ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام ، يعني أيام العشر قالوا : يا رسول الله و لا الجهاد في سبيل الله ؟ قال : و لا الجهاد في سبيل الله إلا رجلاً خرج بنفسه و ماله لم رجع من ذلك بشيء "

Maksudnya;
“Tidak ada amal soleh yang dilakukan yang lebih dikasihi oleh Allah s.w.t selain dari amal yang dilakukan pada hari-hari 10 ini. Sahabat bertanya; Ya Rasulallah ! Tidak juga jihad fi sabilillah, maka jawab Rasulullah; tidak juga jihad fi sabilillah kecuali seorang lelaki yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya kemudian tidak kembali lagi (mati syahid) (riwayat Bukhari)

Hadis ini menunjukkan tidak ada amalan yang dilakukan di waktu lain yang boleh menandingi amalan yang dilakukan pada 10 pertama Zulhijjah walaupun berjihad fi sabilillah kecuali mati syahid.

Apa amalan yang digalakkan sepanjang 10 hari ini?

i) Puasa sunat

Sayyidatuna Hafsah isteri nabi s.a.w meriwayatkan bahawa nabi s.a.w tidak pernah meninggalkan puasa Asyura’ , 10 hari pertama Zulhijjah dan tiga hari setiap bulan. Manakala riwayat dari isteri-isteri nabi s.a.w yang lain mengatakan nabi tidak pernah meninggalkan puasa 9 Zulhijja (Arafah)

Jangan lalai dan lupa untuk berpuasa 9 Zulhijjah ini, kerana pahalanya sangat besar, amat rugi bagi kita yang hidup pada hari tersebut mensia-siakan pahala berpuasa arafah kerana tidak berpuasa.

Sabda nabi s.a.w;

"صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله والسنة التي بعده" (صحيح).

Maksudnya;
“Puasa hari Arafah dikira disisi Allah s.w.t boleh menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya”. (hadis sohih)

ii) Qiyamullail
Antara amalan yang digalakkan pada waktu ialah mendirikan solat-solat malam ia sabit dilakukan oleh nabi dan para sahabat.

iii) memperbanyakkan zikir
digalakkan memperbanyakkan zikir pada waktu ini berpandukan firman Allah s.w.t

و يذكروا اسم الله في أيام معلومات

Maksudnya;
“Dan sebutlah nama Allah pada hari-hari tertentu”

Hari-hari tertentu ialah 10 pertama Zulhijjah mengikut jumhur ulama.

Sabda nabi s.a.w;

ما من أيام أعظم و لا أحب إليه العمل فيهن عند الله من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل و التكبير و التحميد " .

Maksudnya;
“Tidak ada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah s.w.t padanya selain 10 hari ini maka perbanyakkan tahlil, takbir dan tahmid padanya”.

Marilah sama kita meperbanyakkan amalan dikesempatan yang ada ini untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t di samping memperbanyakkan bekalan untuk bertemu dengan Allah s.w.t. ingatlah kata-kata Ibnu Rejab;

“ Keuntungan, keuntungan dengan merebut peluang yang ada pada hari-hari besar ini,tidak ada sesuatu yang boleh menggantikan kelebihannya dan tidak dinilai dengan harta benda dunia, bersegeralah, bersegeralah dengan amalan sebelum datangnya ajal”.

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

May 6, 2009

Buanglah selimutmu

Firman Allah s.w.t : al-Muzzammil :1-3

1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

Perintah solat Tahajjud

Allah s.w.t menyeru orang yang berselimut untuk bangun menunaikan solat malam (Tahajjud dan lain-lain) walaupun yang dimaksudkan orang yang berselimut itu ialah nabi Muhammad s.a.w, tapi dalam konteks yang lebih luas ia bererti orang yang dirundung malang, kegelisahan, kecemasan, kekhuatiran atau kengerian, kerana menghadapi pelbagai kesusahan dan kemungkinan yang menimpa dirinya.

Al-quran melalui surah al-Muzzammil ayat 2 menawarkan penyelesaian bagi menghilangkan segala perasaan yang negatif itu, dengan mengarahkan supaya bangun melakukan solat pada malam hari kecuali sedikit daripadanya.

Wahai orang yang ditimpa kesusahan! Buanglah selimutmu itu, dengan cara mengambil wuduk kemudian solatlah, kamu pasti mendapat kekuatan dan bebas daripada rasa sedih dan bimbang.

Bangunlah pada separuh malam atau boleh dikurangi sedikit atau dilebihkan sedikit. Dikurangi sedikit ertinya pada waktu 2/3 malam, dilebihkan sedikit ertinya 1/3 malam. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t di penghujung surah;


Firman Allah s.w.t : al-Muzzammil :20

“Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya….”.

Untuk mengira 2/3 malam, ½ malam dan 1/3 akhir malam adalah berbeza antara negara, negeri dan tempat. Di sini saya turunkan contoh pengiraan sebagai panduan kita bersama;


Untuk mengira ½ malam atau pertengahan malam

1- pastikan waktu terbenam matahari dan waktu terbit fajar

2- kira berapa jam antara waktu terbenam matahari dan terbit fajar

3- kemudian bahagi dengan dua

4- seterusnya tambahkan jumlah tersebut ke atas waktu terbenam matahari


contoh pengiraan

katakan waktu terbenam matahari pukul 6 malam dan waktu subuh pukul 5 pagi.

Tempoh antara keduanya ialah 11 jam.

11 jam bahagi dua samajuga 5 jam setengah.

5 jam setengah ditambah ke atas waktu terbenam matahari (6 tambah 5 setengah)

Ertinya separuh malam bagi tempat tersebut ialah bermula pukul 11.30 malam.


Untuk mengira 1/3 akhir malam

1- pastikan waktu terbenam matahari dan waktu terbit fajar

2- kira berapa jam antara waktu terbenam matahari dan terbit fajar

3- kemudian bahagi dengan tiga

4- seterusnya tolak jumlah tersebut daripada waktu terbit fajar


contoh pengiraan

katakan waktu terbenam matahari pukul 6 malam dan waktu subuh pukul 5 pagi.

Tempoh antara keduanya ialah 11 jam.

11 jam bahagi tiga samajuga 3 jam 40 minit

3 jam 40 minit ditolak daripada waktu terbit fajar (pukul 5 pagi tolak 3 jam 40 minit)

Ertinya 1/3 akhir malam bagi tempat tersebut ialah bermula pukul 12.20 pagi.


Untuk mengira 2/3 malam


1- pastikan waktu terbenam matahari dan waktu terbit fajar

2- kira berapa jam antara waktu terbenam matahari dan terbit fajar

3- kemudian bahagi dengan tiga

4- waktu dua bahagian pertama ialah 2/3 malam


contoh pengiraan

katakan waktu terbenam matahari pukul 6 malam dan waktu subuh pukul 5 pagi.

Tempoh antara keduanya ialah 11 jam.

11 jam bahagi tiga samajuga 3 jam 40 minit (dua bahagian pertama 3 jam 40 x 2 =7 jam 20 minit)

Ertinya antara pukul 6 malam hingga 1.30 pagi adalah waktu 2/3 malam)


Dari sini kita dapat buat kesimpulan bahawa solat kurang daripada 2/3 malam ertinya ialah antara maghrib hingga 11 malam, solat separuh malam ialah antara pukul 11 malam hingga pukul 12 malam dan solat 1/3 akhir malam ialah antara 12.30 hingga waktu subuh.

Waktu paling utama untuk melakukan qiyamullail ialah 1/3 akhir malam, mungkin kita lakukan pada jam 3 pagi atau 4 pagi atau sebelum sedikit daripada waktu subuh. Ini kerana sabit daripada hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim yang bermaksud;

‘ Tuhan kita (Allah s.w.t) turun setiap malam kelangit dunia ketika 1/3 malam yang terakhir sambil berkata; “sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku perkenankan, sesiapa meminta kepadaku pasti aku berikan dan sesiapa yang meminta ampun dariku pasti aku ampunkan”.

Oleh itu, setiap muslim dan muslimah perlu merebut peluang beribadah di akhir malam ini untuk mendapatkan kelebihan segala permintaan akan diperkenankan oleh Allah s.w.t di samping dapat menghampirkan diri kepada Allah s.w.t.

Tetapi waktu beginilah kita sentiasa lalai dan diulit mimpi indah sehingga kadang-kadang subuh pun terlepas, tetapi yang peliknya kita sanggup bangun waktu-waktu 1/3 malam begini untuk menonton piala eropah atau piala dunia khususnya kita di Malaysia.kenapa kita sanggup menghabiskan masa dua tiga jam di hadapan TV tapi tidak sanggup untuk menggunakan masa tersebut untuk rukuk dan sujud kepada Allah s.w.t , berdoa dan meminta keampunan kepada Allah s.w.t yang sentiasa bersedia untuk memberi keampunan kepada kita. Jawapannya kita termasuk dalam kumpulan manusia lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. walaubagaimanapun tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk menonton perlawanan bolasepak jika kita sering bangun malam untuk beribadah dan menonton hanya kebetulan sahaja setelah kita menunaikan solat-solat sunat.

Ayuh wahai saudara-saudaraku! kita tidak lepas daripada masalah dalam kehidupan, sepanjang waktu siang kita bekerja dan melakukan urusan dunia, dalam masa itu kita akan menghadapi pelbagai masalah samada kecil ataupun besar, apa salahnya pada waktu akhir malam kita bangun dan bermunajat kepada Allah s.w.t mengadu segala kelemahan diri dan mudah-mudahan mendapat kekuatan dari Allah s.w.t.


Firman Allah s.w.t :al-Muzzammil :7-8

7. (Kami galakkan Engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana Sesungguhnya Engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan Yang panjang kira bicaranya;


8. dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan.


Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Apr 12, 2009

Nyanyian atau Zikir

Dah dua minggu lebih rasanya tidak menulis artikel yang boleh memberi sedikit motivasi keagamaan di ruangan ini, oleh kerana ada beberapa program penting perlu dibereskan dan kekangan jadual kuliah yang terlalu padat sehingga tidak ada ruang untuk menulis. Namun begitu mudah mudahan para pengunjung dapat mengambil manfaat daripada artikel-artikel yang sudah ditulis sebelum ini.

Sewaktu saya dan dua orang sahabat dalam perjalanan balik dari satu program keagamaan kami singgah sekejap di sebuah kedai makan untuk mengisi sedikit perut sambil berbincang hal-hal dakwah. Kebetulan waktu itu, TV sedang menayangkan siaran langsung satu program reality TV akademi fantasia 7. seorang peserta perempuan sedang menyanyi waktu itu, tiba-tiba sahabat saya (seorang ustaz SMKA) berkata “ Masyaallah! Pelajar saya tu, baru habis SPM, dulu waktu di sekolah dia penyanyi nasyid pernah wakil sekolah tapi sekarang……….

Ini satu di antara ribuan, mungkin jutaan kisah yang berlaku, persoalan pertama saya ialah kalau pelajar-pelajar SMKA boleh terlibat dengan program ini, bagaimana pula dengan pelajar-pelajar bukan SMKA. Bukan bererti pelajar SMKA ini maksum (tak melakukan dosa), tapi inikah generasi yang kita nak lahirkan dari sekolah yang beridentiti agama?

Dalam persoalan kedua ialah tak bolehkah menyanyi? Tak bolehkah berhibur? Dan tak bolehkah menjadi penghibur?

Menyanyi tidak haram secara mutlak dan tidak juga harus secara mutlak. Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah nyanyian ini, iaitu:

1. Nyanyian itu harus diperuntukkan buat sesuatu yang tidak bertentangan dengan etika dan ajaran Islam. Oleh karena itu kalau nyanyian-nyanyian tersebut penuh dengan pujian-pujian terhadap arak dan menganjurkan orang supaya minum arak, misalnya, maka menyanyikan lagu tersebut hukumnya haram, dan si pendengarnya pun haram juga. Begitulah nyanyian-nyanyian lain yang dapat dipersamakan dengan itu.

2. Mungkin subjek nyanyian itu sendiri tidak menghilangkan pengarahan Islam, tetapi cara menyanyikan yang dilakukan oleh si penyanyi itu beralih dari lingkungan halal kepada Ingkungan haram, misalnya lenggang gaya dengan suatu kesengajaan yang dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah dan perbuatan cabul.

3. Sebagaimana agama akan selalu memberantas sikap berlebih-lebihan dan kesombongan dalam segala hal sampai pun dalam beribadah, maka begitu juga halnya berlebih-lebihan dalam hiburan dan menghabiskan waktu untuk berhibur, padahal waktu itu sendiri adalah bererti kehidupan!

Tidak dapat diragukan lagi, bahwa berlebih-lebihan dalam masalah yang mubah (harus)dapat menghabiskan waktu untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban. Maka tepatlah kata ahli hikmah: "Tidak pernah saya melihat satu perbuatan yang berlebih-lebihan, melainkan di sebalik itu ada satu kewajiban yang terabai."

4. Tinggal lagi ada beberapa hal yang seharusnya setiap pendengarnya itu sendiri yang memberitahu kepada dirinya sendiri, iaitu apabila nyanyian atau satu macam nyanyian itu dapat membangkitkan nafsu dan menimbulkan fitnah serta nafsu kebinatangannya itu dapat mengalahkan segi rohaniahnya, maka dia harus menjauhi nyanyian tersebut dan dia harus menutup pintu yang dari situlah angin fitnah akan menghembus, demi melindungi hatinya, agamanya dan budi luhurnya. Sehingga dengan demikian dia dapat tenang dan gembira.

5. Di antara yang sudah disepakati, bahwa nyanyian yang disertai dengan perbuatan-perbuatan haram lainnya seperti: di persidangan arak, dicampur dengan perbuatan cabul dan maksiat, maka di sinilah yang oleh Rasulullah s.a.w. pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat dasyat, iaitu sebagaimana sabda nabi s.a.w:

"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)

Rujuk http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/40349.html

Tambahan pula, nyanyian yang berlaku hari dengan keadaan penyanyi yang tidak menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan mahramnya adakah ini kita nak menghukumkannya sebagai harus? Saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya, saya bukan seorang mufti untuk mengeluarkan fatwa.

Saudara dan saudariku sekelian!

Sampai bila kita nak keluar dari sifat lalai?

Ayuh ingat Allah dan puji Allah…selagi kita diberi kesempatan umur yang ada, ini menunjukkan Allah masih kasih kepada kita, berapa ramai yang sudah mati meninggalkan kita tanpa sempat bertaubat? Dan berapa ramai pula yang mati ketika sedang menyanyi? Adakah ini dikira mati dalam imaaan? Sesungguhnya anda telah menipu diri sendiri jika mengatakan menyanyi boleh boleh memberi ketenangan dan kebahagian kepada diri anda.

Ibnu Mas,uud pernah berkata;

“Nyanyian menumbuhkan sifat munafik dalam hati, seperti hujan menumbuhkan tanaman. Manakala zikir menumbuhkan iman seperti hujan menumbuhkan tanaman”.

Sesungguhnya nyanyian melalaikan hati dan menghalang kita memahami al-Quran dan beramal dengannya kerana al-Quran dan nyanyian yang bercanggah dengan Islam tidak akan dapat bertemu dalam hati seorang manusia selama-lama.al-Quran mengarahkan kita supaya tidak mengikut hawa nafsu manakala nyanyian sebaliknya.

Berapa ramai orang yang begitu asyik menyanyi mati dalam keadaan bibirnya mengulang-ngulang lirik-lirik lagu yang dihafaz bukan kalimah “La ilaha illallah”. Dan ini merupakan puncak kehinaan kerana melakukan maksiat kepada Allah dan mengikut telunjuk Syaitan.

Cuba ambil iktibar dari kisah benar yang dicerikan oleh seorang pemandi mayat;

“ saya memandikan jenazah seorang pemuda yang nampak jelas pada wajahnya yang hitam, tanda banyak melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., apabila selesai dimandikan saya melihat cecair yang pelik keluar dari telinganya, ia bukan darah tapi seakan-akan nanah yang keluar secara berterusan, saya belum pernah melihat keadaan begini sebelum ini,saya menunggu 5 minit hingga 15 minit tapi ia tetap keluar berterusan sehingga memenuhi tempat pemandian… Subhanallah !... dari mana datang nanah ini? Oleh kerana ia tidak berhenti maka terus dikafan sahaja, nanah berterusan keluar sehingga dikebumikan ke liang lahad”.

Siapa pemuda ini? Apabila ditanya kepada warisnya, mereka menceritakan bahawa pemuda ini suka mendengar lagu-lagu yang melalaikan siang malam pagi dan petang, sehingga apabila diberikan kepadanya kaset-kaset atau CD al-Quran dan kuliah agama semuanya digunakan untuk copy lagu-lagu nyanyian.

Tidak semua jenazah orang suka menyanyi akan jadi begitu, ini antara pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, supaya kita boleh berubah dari melafazkan kata-kata yang tidak berfaedah kepada melagukan al-Quran dan zikir kepada Allah s.w.t.

Saudara dan saudariku sekelian!

Berazamlah untuk meninggalkan nyanyian yang melalaikan.

Tukar CD atau VCD lagu-lagu yang melalaikan kepada al-Quran dan ceramah-ceramah agama.

Sibukkan diri apabila tiba masa lapang dengan….

-memperbanyakkan membaca al-Quran

-menjauhkan diri dari pusat-pusat hiburan, dekatkan diri dengan masjid.

-ingatlah kesan negatif nyanyian, yang akan mengeraskan hati.

-memperbanyak zikir, tasbih dan istighfar

-ingat bahawa mati boleh datang ketika anda sedang menyanyi atau mendengar nyanyian.

-membaca fatwa-fatwa ulama tentang nyanyian dan hiburan supaya boleh mencari hiburan alternatif.

-membaca dan mengambil iktibar dari kisah taubat penyanyi dan pelakon dunia.

Ayuh ! sekaranglah waktunya untuk kita beristighfar dan bertaubat kepada Allah sebelum dosa kita bertambah dan datang kematian secara tiba-tiba, hari-hari yang berlalu mengurangkan umur dan menambah dosa, ingat nyanyian tidak boleh membantu sewaktu di dalam kubur, tidak juga ketika kita dihisab di mahsyar.

Sampaikan nasihat ini kepada sesiapa sahaja.

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Feb 25, 2009

Bertaubatlah sebelum terlambat

Sabda nabi s.a.w

"يا أيها الناس، توبوا إلى الله، فإني أتوب في اليوم إليه مائة مرة

Maksudnya
“Wahai manusia ! bertaubatlah kepada Allah s.w.t, sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah 100 kali sehari”. (riwayat Muslim)
Maka taubat adalah wajib bagi setiap muslim.

Firman Allah s.w.t : an-Nur :31
"dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Firman Allah s.w.t : at-Tahrim :8
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,”.

Semua manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan dan tidak boleh merasakan dirinya selamat daripada melakukan dosa kepada Allah s.w.t.

Sabda nabi s.a.w
"كل بني آدم خطاء"

Maksudnya;
“ setiap anak Adam melakukan kesalahan”. (riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majjah)

Walaubagaimanapun tidak ada masalah kalau manusia melakukan kesalahan, sebab memang manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan, tapi yang jadi masalah kalau manusia berterusan melakukan kesalahan.

Firman Allah s.w.t : ali-Imran :135
“dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”.

Sesungguhnya Adam a.s. melakukan kesalahan dan lalai tetapi segera bertaubat kepada Allah s.w.t, sebagaimana doa nabi Adam dirakamkan dalam al-Quran dalam surah al-A’raf :23

“mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

Dan al-Baqarah :37
“kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Manusia melakukan kesalahan dan tergelincir ke lembah maksiat tapi dia mampu membersihkan diri dengan taubat. Taubat adalah penghapus dosa yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia untuk membasuh dan menyucikan dosa dan maksiat.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah :222
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri”.

Sabda nabi s.a.w
"التائب من الذنب كمن لا ذنب له"

Maksudnya;
“ Orang yang sentiasa bertaubat, seolah-olah tidak ada dosa baginya”.
(riwayat Ibnu Majjah, at-Tobrani dan al-Baihaqi)

Tapi apa makna taubat?

Taubat bukan sekadar ucapan lidah, sebagaimana yang sering kita sebut “Aku kembali bertaubat kepada Allah, aku kembali kepada Allah dan aku menyesal dengan apa yang aku lakukan”. Ini tidak dinamakan taubat.

Taubat yang sebenarnya merangkumi beberapa perkara;

1) Menyesal kerana melakukan dosa
Rasa bersalah dengan dosa yang telah dilakukan, rasa bumi ini sempit, rasa tidak ada jalan keluar lagi kecuali kembali kepada Allah s.w.t.

2) Berazam tidak akan melakukan dosa itu lagi
Berazam dengan ikhlas untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesalahan yang sama lagi,berazam untuk melakukan ketaatan kepada Allah dan tidak akan melakukan maksiat dan tidak akan kembali melakukannya sebagaimana susu tidak kembali lagi ke tempat keluarnya.

3) Melakukan amal soleh
Dengan cara menggantikan perbuatan buruk dengan perbuatan yang baik, kata-kata dusta kepada benar, suasana yang buruk kepada suasana yang baik dan sebagainya. Inilah yang perlu dilakukan kerana al-Quran mensyaratkan selepas taubat ialah iman dan amal soleh.

Firman Allah s.w.t:Maryam :60
“kecuali orang-orang Yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun”.

Allah mengiringkan taubat dengan iman, kerana maksiat lebih- lebih lagi dosa besar boleh menghalau iman keluar dari hati.

Sabda nabi s.aw

لا يزنى الزاني حين يزني وهو مؤمن، ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن، ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن

Maksudnya;
“ tidak akan berzina seseorang itu kalau dia ada iman, tidak akan minum arak seseorang itu kalau dia ada iman dan tidak akan mencuri seseorang itu kalau dia ada iman”.

Maksiat zina, minum arak dan mencuri menghalau iman keluar dari hati seorang manusia. Oleh itu mesti memperbaharui iman dengan taubat dan melakukan amalan soleh, inilah resepi taubat.

Penghalang taubat

Apakah yang menghalang manusia bertaubat? Apakah yang melambatkan manusia bertaubat, perkara ini perlu diberi perhatian oleh seorang muslim supaya taubatnya tidak terhalang dan dilambatkan.

Antara penghalang taubat ialah

1) Panjang angan-angan
Manusia merasakan dirinya masih muda dan masih kuat dan menyangka umurnya masih panjang maka dia menunggu umur pencen untuk bertaubat.

2) Meremehkan maksiat
Meremehkan maksiat, menganggap dosa itu kecil, menyangka itu perkara biasa sahaja, semua ini tidak perlu ada pada seorang mukmin.

Sabda nabi s.a.w;
"المؤمن يري ذنبه كالجبل، يخاف أن يقع عليه، والمنافق يري ذنبه كذباب وقع على أنفه فقال هكذا وهكذا

Maksudnya;
“ Seorang mukmin melihat dosa itu seperti gunung yang akan menghempapnya, seorang munafik melihat dosa hanya seperti seekor lalat yang bermain-main di hidungnya dan menghalaunya begitu sahaja.
(riwayat Bukhari, Ahmad dan at-Tirmizi)

Satu kisah untuk renungan, “Seorang hamba Allah yang soleh sakit tenat, sahabatnya datang menziarahinya dan orang soleh ini menangis, sahabatnya bertanya; “kenapa kamu menangis? Sedangkan kamu tak pernah melakukan dosa besar dan tak pernah meninggalkan suruhan Allah? Maka jawab hamba soleh ini, “ aku menangis bukan kerana itu, tapi aku menangis kerana aku takut kalau aku melakukan dosa dan aku menyangka ia kecil sahaja tapi sebenarnya di sisi Allah adalah besar”.

Kata ulama salaf
“ janganlah kamu melihat kepada kecilnya maksiat yang dilakukan, tapi lihatlah kepada besarnya zat yang kamu melakukan maksiat kepadanya”. Yakni Allah s.w.t.

3) Bertawakkal kepada pengampunan Allah
Manusia yang melakukan dosa kemudian bertawakkal kepada pengampunan Allah, seperti katanya; “tak apalah lakukan dosa, Allah kan maha pengampun dan penyayang,rahmat Allah kan luas?” dan macam-macam lagi. Ingat jangan kita tertipu dengan syaitan, jangan kita hanya melihat kepada keampunan Allah semata-mata, tapi lihat juga kepada azab Allah yang sangat pedih, memang rahmat Allah itu luas, tapi untuk siapa?untuk orang yang bertaqwa, untuk orang yang melakukan kebaikan.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :156
"Dan Tetapkanlah untuk Kami kebaikan Dalam dunia ini dan juga di akhirat, Sesungguhnya Kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa Yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang Yang bertaqwa, dan Yang memberi zakat, serta orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat kami.

Firman Allah s.w.t: al-A’raf :56
“dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya”.

Akhir sekali orang mukmin perlu berada antara harap rahmat Allah dan takut azab Allah.

Firman Allah s.w.t:az-Zumar :9
“Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?

Firman Allah s.w.t: al-Isra’ :57
“orang-orang Yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang Yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; Sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara Yang semestinya) ditakuti”.

Marilah sama-sama kita menyegerakan taubat dan memperbaiki kesalahan kita, dan mudah-mudahan Allah s.w.t menerima taubat kita sebagai taubat yang nasuha.

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Feb 15, 2009

Kebaikan dunia dan akhirat

sabda nabi s.aw;
أربع من أُعطيهن فقد أُوتي خيري الدنيا والآخرة: لسانًا ذاكر، وقلبًا شاكر، وبدنًا على البلاء صابرًا، وزوجة صالحة لا تبغيه خَونا في نفسها وماله
maksudnya;
"Empat perkara, sesiapa yang dikurniakannya oleh Allah, maka dia akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat;


1) Lidah yang sentiasa berzikir
2) Hati yang sentiasa bersyukur
3) Badan yang sabar menghadapi ujian
4) Isteri yang solehah yang tidak khianat pada dirinya dan harta suaminya.

 Sebesar-besar nikmat Allah

Empat perkara yang disebut oleh nabi s.a.w ini, merupakan sebesar-besar nikmat Allah s.a.w. Lebih besar daripada harta, pangkat, segala apa yang dikejar oleh manusia atas dunia ini, binatang ternakan, ladang, kenderaan, emas dan perak. Sesiapa yang mendapat nikmat ini, sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan dunia dan juga akhirat.

Nikmat yang pertama : Lidah yang sentiasa berzikir

Bahawa Allah s.w.t anugerahkan kepada kita lidah yang sentiasa menyebut namanya pada setiap ketika dan keadaan, tidak pernah jemu menyebut namaNya, lidah yang sentiasa basah menyebut nama Allah.
Ketika manusia sibuk dengan dunia, ketika manusia tenggelam dengan tanggungjawab mereka, maka hendaklah mereka ingat kepada Allah s.a.w. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak reda kepada hambaNya yang mengingatiNya semata-mata ingat dan berzikir dengan zikir yang sedikit.

Firman Allah s.w.t: al-Ahzab :41-42
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلاً}
maksudnya;
41. Wahai orang-orang Yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah Dengan ingatan serta sebutan Yang sebanyak-banyaknya;

42. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.

Orang-orang munafik juga ingat kepada Allah s.w.t, tapi sekali sekala dan terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t:an-Nisa' :142
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)".

Adapun orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t sentiasa berzikir dan ingat Allah s.w.t dalam apa keadaan sekalipun.

Firman Allah s.w.t: Ali-Imran :191
"(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka".

Sesungguhnya mereka sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan, mereka tidak pernah lupa Allah s.w.t ketika aman, damai atau ketika berlaku peperangan bahkan ketika bertemu musuh sekalipun.
Firman Allah s.w.t: al-Anfaal :45
"Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu bertemu Dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".

Lisan yang sentiasa berzikir ialah lisan yang sentiasa basah dengan zikir. Nabi s.a.w pernah ditanya;

يا رسول الله، إن شرائع الإسلام كثُرت عليَّ، فباب نتمسك به جامع. فقال: "لا يزال لسانك رطبا من ذكر الله
maksudnya;
"Wahai Rasulullah! sesungguhnya syariat Islam terlalu banyak ke atas saya, pintu untuk kami berpegang terlalu banyak, maka bersabda nabi s.a.w; Sentiasalah lidahmu basah menyebut Allah s.w.t.
(riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Perlu diingat bahawa hati perlulah bersama dengan lidah ketika berzikir, jika tidak mampu menghadirkan hati ketika berzikir maka minta lindung dengan Allah daripada Syaitan, insyaallah.

Nikmat yang kedua : Hati yang sentiasa bersyukur

Zikir dan syukur sentiasa beriringan.

Firman Allah s.w.t: al-Baqarah :152
"Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)".


Sabda nabi s.a.w;
"اللهم أعنِّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك"
maksudnya;

" Ya Allah ! Bantulah aku untuk mengingatimu, untuk bersyukur kepadamu dan melakukan sebaik-baik ibadah keranamu".(riwayat Ahmad, an-Nasa'ie, Ibnu Khazimah dan Ibnu Hibban)

Syukur sangat dituntut oleh Islam, peringkat pertama syukur ialah manusia merasa semua nikmat adalah datang dari Allah s.w.t, ini ialah pengiktirafan hati yang meyakini bahawa semua nikmat yang kita perolehi adalah datang dari Allah s.w.t sehingga nikmat yang diberi oleh makhluk juga asalnya adalah dari Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :an-Nahl :53
"Dan apa-apa nikmat Yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan".


Hati yang bersyukur mengiktiraf semua nikmat datang dari Allah s.w.t, apa yang ada pada kita, di sekeliling kita semuanya nilmat Allah s.w.t, alangkah besarnya nikmat Allah kepada kita, semua yang ada di sekekeliling kita ditundukkan untuk berkhidmat kepada kita manusia makhluk terbaik.

Firman Allah s.w.t : Ibrahim:32-34
"Allah jualah Yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan Dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan ia Yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut Dengan perintahNya, juga Yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).


dan ia juga Yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan Yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.

dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua Yang kamu hajati. dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya".

Wajib ke atas orang-orang beriman bersyukur dengan nikmat-nikmat ini, kerana syukur boleh memelihara nikmat dan mengikat nikmat tersebut supaya ia berterusan dan ditambah oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :Ibrahim:7
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Nikmat yang ketiga :Badan yang sabar menghadapi ujian


Menanggung beban, keperitan dan kepayahan pada jalan Allah s.w.t, lapar dan dahaga kerana Allah s.w.t, berjihad di jalan Allah dan sebagainya dalam menghadapi dugaan dan cabaran kehidupan.Seorang manusia tidak akan berjaya di dunia dan akhirat kecuali dengan bersabar.

Sabda nabi s.a.w;
الصبر ضياء"
maksudnya;
"Sabar itu cahaya". (riwayat Muslim, Ahmad dan at-Tirmizi)

 iaitu sabar menerangi jalan manusia, jika tidak ada sabar manusia sebenarnya berjalan di dalam kegelapan.
Sabar ialah nikmat, sesiapa yang dianugerahkan sabar maka dia dianugerahkan nikmat yang besar.

Nikmat yang keempat :Isteri yang solehah yang tidak khianat pada dirinya dan harta suaminya.

Ini antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya, sesiapa yang dianugerahkan isteri yang solehah sesungguhnya dia mendapat nikmat yang besar bahkan lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Sabda nabi s.a.w;
"الدنيا متاع، وخير متاعها المرأة الصالحة"
maksudnya;
"Dunia adalah mata benda, sebaik-baik mata bendanya ialah Isteri yang solehah".(riwayat Muslim, an-Nasa'ie dan Ibnu Majjah)

Nabi s.a.w ketika berkahwin dengan Khadijah, baginda tidak mencari harta, tidak mencara umur yang muda, tidak mencari kecantikan tapi mencari solehah.
Isteri solehah adalah harta simpanan yang sangat bernilai, kerana mereka membantu kita untuk taat kepada Allah, menjauhkan kita dari melakukan maksiat kepada Allah.

Isteri solehah akan berkata kepada suaminya sewaktu suaminya pergi bekerja;
"Carilah harta yang halal, kami sanggup berlapar tapi tak sanggup makan harta haram dan mendapat kemurkaan Allah".

Isteri solehah bila suaminya keluar berjihad dan ditanya kepadanya adalah kamu sanggup menjadi janda dan siapakah yang akan memberi makan kepada anak-anakmu?.jawabnya dengan penuh keyakinan dan iman; " suamiku hanya memberi makan bukan memberi rezeki, jika yang memberi makan itu mati, masih ada yang memberi rezeki, itulah Allah s.w.t.

Isteri solehah adalah nikmat, sebab itu nabi memasukkan isteri solehah ke dalam nikmta-nikmat dunia dan akhirat.

Sabda nabi s.a.w;
"مَن رزقه الله امرأة صالحة، فقد أعانه الله على شطر دينه، فليتق الله في الشطر الثاني
maksudnya;
"Siapa yang dianugerahkan isteri solehah, sesungguhnya Allah menjaga sebahagian agamanya, maka dia hanya perlu menjaga sebahagian yang baki".(riwayat at-Tobrani dan al-Hakim)

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Feb 10, 2009

Berfikirlah sejenak dan bersyukurlah

Jika kita ada rumah untuk berteduh, ada tempat untuk tidur, ada makanan di rumah, ada pakaian untuk dipakai, maka kita lebih kaya daripada 75% penduduk dunia. Jika kita ada wang di dalam poket dan kita mampau berbelanja untuk waktu senang dan susah, maka kita lebih kaya daripada 8% penduduk dunia.

Jika kita bangun pagi dalam keadaan sihat walafiat, kita sebenarnya berada dalam nikmat yang sangat besar dan agung. Berapa ramai bahkan jutaan penduduk dunia yang tidak mampu untuk untuk hidup seperti ini kerana penyakit yang dideritai.

Jika kita boleh solat berjamaah di masjid tanpa rasa takut atau ditangkap atau dibunuh, maka kita berada di dalam nikmat yang tidak boleh dikecapi oleh orang lain seperti rakyat Palestin contohnya

Jika kita tidak pernah merasa ketakutan peperangan, makanan penjara atau disiksa, kita berada dalam nikmat yang besar.

Jika kita tersenyum dan bersyukur kepada Allah s.w.t, maka kita berada dalam nikmat, ramai yang boleh melakukannya, tapi tidak melakukannya.

Jika kita orang Islam, maka kita mendapat nikmat yang agung, berapa billion orang kafir di dunia dan mati dalam kekafiran, sepatutnya kita bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memilih kita sebagai muslim dan mudah-mudahan mati sebagai muslim.

Oleh itu wajib ke atas kita mensyukuri nikmat Allah s.w.t ke atas kita yang tidak terhitung banyaknya.

Firman Allah s.w.t:
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها
(jika kamu menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu menghitungnya)

Lihatlah kepada tubuh badan kita, tempat tinggal kita, makanan kita, minuman kita, pakaian kita, air, udara dan segala-galanya yang kita ada, kita dipenuhi dengan nikmat dunia tapi kita tidak sedar, dan tidak tahu atau buat-buat tak tahu.

Firman Allah s.w.t :Luqmaan:20.
“tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran”.

Jika kita perhatikan betul-betul, kita akan dapati bahawa kita mempunyai dua mata, dua lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.

Firman Allah s.w.t : al-Balad:8-9
8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -

9. dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?

Dua mata yang dikurniakan untuk melihat kebaikan dan tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t, di samping dua mata dikurniakan dua kelopak mata untuk ditutup jika kita terlihat maksiat. Lidah dikurniakan untuk berzikir dan memuji Allah dan dikurniakan dua bibir sebagai kunci kepada lidah untuk mengelakkan bercakap benda kotor dan keji. Adakah kita telah menggunakan semua nikmat ini dengan sebaiknya?

Firman Allah s.w.t :ar-Rahman :13
“maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan (Wahai umat manusia dan jin)?

Adakah mudah kita berjalan di atas tapak kaki? Jika tapak kaki sudan sakit dang bengkak, dan adakah mudah untuk kita berjalan sekiranya betis kita sakit atau kaki kita dipotong? Adakah mata kita boleh terpejam jika badan kita sakit dan demam?

Lihatlah kepada mata kita, kita selamat daripada buta, lihatlah telinga kita,kita selamat daripada pekak, lihatlah kepada kulit kita, kita selamat daripada penyakit panau dan kurap,perhatikan akal kita, kita selamat daripada penyakit lupa atau gila.

Adakah kita sanggup menukar mata kita dengan segunung emas? Adakah kita sanggup menukar pendengaran kita dengan segunung perak? Adakah kita sanggup menukar lidah kita dengan permata berlian dan kita menjadi bisu?

Sesungguhnya kita berada dalam nikmat yang sangat banyak tetapi kita tidak pernah menyedarinya, kita hidup dalam kemewahan dan kesenangan sejak bermulanya pagi hinggalah malam. Kita makan daripada rezeki Allah dan segala nikmat yang lain tapi tidak pernah menjadi hamba Allah yang sentiasa beribadah kepadanya, dengan kata yang sebenar.

Firman Allah s.w.t :Qaaf :22
“(serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Berfikirlah tentang diri kita, keluarga kita, rumah kita, kenderaan kita, pekerjaan kita, kesihatan kita,dan alam ini dan jangan kita menjadi manusia yang menyedari nikmat Allah s.a.w. tapi tidak mensyukurinya…..

Firman Allah s.w.t :
“mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang Yang kufur ingkar”.

Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Feb 7, 2009

Lapan jalan menuju Syurga

Sesungguhnya masalah penyakit hati merupakan salah satu penyakit yang dideritai oleh manusia sejak dulu kini dan akan datang. Sebab-sebab penyakit hati adalah banyak antaranya;
Kawasan persekitaran, Kekeluargaan, Cinta dunia mengatasi cinta akhirat dan Kerosakan iman seorang manusia.

Dalam persoalan ini manusia berada antara hidayah Allah dan godaan syaitan, manusia berada antara dua persimpangan meningkatkan iman dan kerosakan iman samada bersyukur atau kufur.

Firman Allah s.w.t : al-Insaan :2-3
2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.

3. kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Di zaman ini kita melihat keruntuhan dan kemerosotan iman adalah terlalu dasyat, ini boleh menyebabkan manusia menuju ke arah keruntuhan dan kebinasan. Antara punca kemerosotan iman ialah kita melahirkan generasi yang mensia-siakan dan meninggalkan solat.

Firman Allah s.w.t : Maryam :59
“kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka”.

Firman Allah s.w.t :al-Ankabuut:45
“bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan”.

Sesungguhnya apa yang ada di sekeliling kita semuanya memesongkan kita dari Allah s.w.t. dan melalaikan kita dengan dunia dan segala nafsu syahwatnya.

Firman Allah s.w.t : ali-Imran :14
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.

Sabda nabi s.a.w;
حُفَّت الجنَّة بالمكاره، وحُفَّت النار بالشهوات"رواه مسلم.
Maksudnya;
“Dikelilingi syurga dengan perkara yang kita tidak suka dan dikelilingi neraka dengan nafsu syahwat”. (riwayat Muslim)

Ertinya jalan ke syurga perlu melalui jalan-jalan yang kita tidak suka, siapa suka beribadah seperti solat,puasa,zakat, haji dan sebagainya. Manakala untuk ke neraka jalannya lebih mudah ikut sahaja hawa nafsu, pasti kita ke sana.

Contoh mudah di sekeliling kita bagaimana perancangan pihak musuh menghancurkan iman orang-orang Islam. Apabila kita melihat kepada majalah-majalah yang menjadi bahan bacaan remaja kita kini, dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh merosakkan iman. Dengan penambilan wanita-wanita yang berpakaian yang separuh bogel dan sebagainya dan iklan-iklan yang membawa kepada perbuatatan yang haram. Pembedahan kecantikan, menguruskan badan untuk kecantikan, botox, mencukur bulu kening atau mengubahnya dan pelbagai lagi. Begitu juga pengaruh alam siber kepada remaja hari ini dengan pelbagai perkara yang boleh meruntuhkan iman dan menyumbang dosa, web pornonya, chatingnya, Friendsternya, myspacenya yang digunakan untuk jalan yang tidak berfaedah sedikit sangat yang menggunakannya untuk perkara yang berfaedah. Di samping hiburan yang melampau yang menyaksikan percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pakaian yang menjolok mata. Semua ini boleh menyumbang kepada keruntuhan iman, akhlak, masa dan harta dan tidak memberi peluang kepada iman untuk bernafas.

Adakah masih ada waktu? Adakah masih ada jihad?adakah masih ada akal?adakah masih ada harta?adakah masih ada agama dan akhlak? Jawapanya ialah ruginya umur dan tempat kembali yang amat menakutkan……neraka.

Bagaimana cara mengatasi?

Tak lain tak bukan, kita perlu membina iman untuk mengalahkan nafsu syahwat, dan ini memerlukan kepada kekuatan, keazaman, kesabaran, mujahadah, berterusan dan tidak berputus asa.

Sesungguhnya puasa,zakat,haji bagi yang mampu, menunaikan solat fardu lima waktu dan amalan-amalan sunat yang lain, amar makruf dan nahi mungkar, membaca al-Quran, mengingati mati, berdakwah kepada Allah, berjihad atau menyumbang kepada jihad, kesemua ini boleh meningkat dan menyuburkan iman.

Lapan jalan menuju syurga

1) solat sunat 12 rakaat (sunat rawatib)

2 rakaat sebelum subuh

4 rakaat sebelum zohor

2 rakaat selepas zohor

2 rakaat selepas maghrib

2 rakaat selepas isya’

Faedah
Allah membina satu rumah dalam syurga

Dalil
Sabda nabi s.a.w;
من صلَّى في يومٍ ثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة"رواه مسلم.
Maksudnya;
“Sesiapa yang solat sehari semalam 12 rakaat sunat, Allah membina satu rumah baginya dalam syurga”.(riwayat Muslim)

2) solat 2 rakaat waktu malam

Faedah
dimakbulkan doa, diampun dosa dan ditunaikan hajat oleh Allah s.w.t.

Dalil
Sabda nabi s.a.w;
"يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له"رواه البخاري.
Maksudnya;
“Allah s.w.t turun ke langit dunia setiap malam(turun yang layak bagi Allah atau urusanNya) ketika 2/3 malam sambil berkata; “siapakah yang berdoa kepadaku nescaya aku perkenankan, siapakah yang meminta daripadaku nescaya aku berikan dan siapakah yang minta ampun daripadaku nescaya aku ampun dosanya”. (riwayat Bukhari)

3) solat Dhuha, 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat.

Faedah
Memberi sedekah untuk setiap sendi kita sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t

Dalil

"يصبح على كلِّ سُلامى من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحةٍ صدقة، وكلُّ تحميدةٍ صدقة، وكلُّ تهليلةٍ صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى"رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه
Maksudnya;
“Setiap sendi kamu perlu membayar sedekah, maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah dan solat 2 rakaat Dhuha adalah sedekah”. (riwayat Muslim dan sebahagiannya Bukhari)

4) Membaca surah al-Mulk (Tabarakallazi)

Faedah
Selamat daripada azab kubur

Dalil

"إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي "تبارك الذي بيده الملك"" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.
Maksudnya;
“ Sesungguhnya satu surah daripada al-Quran yang mempunyai 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada manusia sehingga Allah mengampunkannya, iaitulah surah “Tabarakallazi Biyadihil mulk”. (riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

5) zikir 100 kali sehari

"لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ

Faedah
Menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebajikan, dihapuskan 100 kejahatan dan pendinding daripada syaitan.

Dalil

"من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك"رواه مسلم.
Maksudnya;
“Siapa yang zikir dengan zikir ini 100 kali sehari, baginya pahala menyamai membebaskan 10 orang hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kejahatan dan menjadi pendinding daripada syaitan pada hari tersebut hingga petang, tidak ada amalan yang lebih baik daripada itu kecuali kalau ada sesiapa yang melakukan amalan yang lebih banyak daripada itu”. (riwayat Muslim)

6) selawat ke atas nabi s.a.w 100 kali

Faedah
Selamat daripada sifat bakhil dan dapat balasan selawat dari Allah s.w.t.

Dalil

: "فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا"رواه مسلم، وقوله: "البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ"رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح.
Maksudnya;
“ sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atas aku sekali Allah akan membalasnya 10 kali selawat ke atasnya, orang yang bakhil ialah orang yang tidak berselawat ke atasku apabila namaku disebut”. (riwayat at-Tirmizi)

7) zikir 100 kali

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم"

Faedah
Ditanam baginya 100 pokok kurma dalam syurga.

Dalil

: "من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة"رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.
Maksudnya
“ sesiapa yang berzikir dengan zikir ini ditanam baginya satu pokok kurma dalam syurga’. (riwayat at-Tirmizi)

8) Istighfar 100 kali sehari

Faedah
Dilepaskan kesulitan dan diluaskan rezeki

Dalil

: "من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب"رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.
Maksudnya;
“Sesiapa yang membiasakan istighfar, Allah akan melepaskan kesulitannya dan kesugulannya serta memberi rezeki kepadanya dari jalan yang dia tidak menduganya’.
( riwayat Abu Daud, Ibnu Majjah dan al-Hakim)

Mudah-mudahan kita dapat mengamalkannya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, di samping dapat memperolehi faedah dan fadhilat daripada amalan tersebut, yang paling penting kita beramal dengan hati yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t samada mendapat fadhilatnya atau tidak itu terserah kepada Allah s.w.t.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 22, 2009

Dosa kecil atau besar

Kita tahu bahawa dosa ada besar dan ada kecil. Apa beza antara dosa besar dan dosa kecil? Ada orang bila di Tanya contoh dosa besar dapat dijawapnya, tapi bila Tanya contoh dosa kecil tak tahu pula.

Sebenarnya dosa itu semuanya buruk, tak kiralah kecil atau besar, yang penting jangan difikirkan dosa kecil atau besar yang perlu difikirkan ialah dengan siapa kita berbuat dosa itu. Sebagai muslim kita mesti cuba sedaya upaya untuk menjauhkan dosa samaada kecil ataupun besar.

Apa dia dosa besar?

Ada pendapat mengatakan dosa besar ialah;
- perbuatan dosa dilakukan yang dijanjikan azab neraka oleh Allah s.w.t di akhirat nanti.
-atau dosa yang tidak diampun oleh Allah s.w.t kecuali dengan taubat.

Ulama berselisih pendapat pada bilangan dosa besar
-ada yang mengatakan ada sembilan sahaja iaitu;

1) membunuh dengan cara tidak sebenar
2) makan riba
3) makan harta anak yatim
4) menuduh zina perempuan yang baik
5) saksi palsu
6) derhaka kepada kedua ibu bapa
7) lari dari medan peperangan
8) sihir
9) syirik

-ada yang menambah dosa besar yang lain iaitu;
-judi
-curi
-minum arak
-menghina ulama salaf
-mengikut hawa nafsu
-sumpah palsu
-layu dengan rahmat Allah
-menghina ibu bapa
-melakukan kerosakan dibumi
Dan yang lain daripada itu.

Apa dia dosa kecil?
Ada pendapat yang mengatakan bahawa dosa kecil ialah;
-perbuatan dosa yang dilakukan tapi tidak dijanjikan azab oleh Allah di akhirat nanti

Sesungguhnya al-Quran telah menyatakan kepada kita tentang besarnya rahmat Allah s.w.t yang menjanjikan penghapusan dosa kecil jika tidak melakukan dosa besar.

Firman Allah s.w.t ; an-Nisa ; 31
"jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar Yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat Yang mulia (syurga)".

Firman Allah s.w.t ; an-Najm ; 32
"(Iaitu) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji, kecuali salah silap Yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak Yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian Dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang bertaqwa".

Firman Allah s.w.t ; as-Syura ; 37
"dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya"

begitu juga hadis-hadis nabi s.a.w antaranya;

sabda nabi s.a.w
“solat lima waktu,antara jumaat dengan jumaat, antara ramadhan dengan ramadhan boleh menghapuskan dosa-dosa kecil sekiranya menjauhi dosa-dosa besar.

Tapi perlu diingat berterusan melakukan dosa kecil boleh menjadikannya besar.
Sebagaimana firman Allah s.w.t : ali-Imran :135
dan juga orang-orang Yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada Yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji Yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Yang menjadi persoalan ialah ramai umat islam hari ini melakukan dosa lebih-lebih lagi dosa kecil.sesungguhnya mereka tidak merasa apa-apa kesalahan bila melakukan dosa, mereka memandang dosa itu terlalu remeh, betullah sebagaimana mafhum hadis nabi s.a.w ;orang mukmin melihat dosa kecil seperti gunung yang akan menghempatnya tapi orang berdosa melihat dosa seperti lalat yang terbang melintasi hidungnya sahaja lalu dihalau lalat itu dengan tangannya, alangkah kecilnya dosa itu bagi mereka hanya sekecil seekor lalat.

Oleh itu mereka tak segan silu melakukan dosa
Mengumpat dan memfitnah perkara biasa
Berkhalwat, berzina dan buang anak tak dapat dihitung banyaknya
Arak,dadah dan perkara mudharat yang lain dihentamnya
Membuli hingga membunuh juga ketara

Tidak menutup aurat taka apa dosa kecil aje
Tidak solat siapa yang tahu itu hak peribadi kecuali solat jumaat ada la sekali sekala di masjid
Nombor ekor, loteri dah lama dah tapi belum ada nasib jadi orang kaya
Dan banyak lagi dosa-dosa yang lain samaada kecil atau besar tak menjadi ukuran lagi.

Agak-agak kenapa orang islam tak takut melakukan dosa?

Pertama mereka jahil dosa pahala
Kedua tidak tahu balasan dosa yang dilakukan atau buat-buat tak tahu
Ketiga meremehkan dosa kecil
Keempat ikut hawa nafsu
Kelima kasih sayang Allah

Kerana sifat rahim Allah yang tidak menurunkan azab secara tunai di dunia ini yang menyebabkan manusia terlalu berani melawan Allah.
Berzina tak ada apa pun macam biasa saja bahkan lebih dari sekali berzina tak ada azab dari Allah.begitu juga dosa-dosa lain semuanya azabnya ditangguh ke akhirat nanti. Berterusan melakukan dosa kecil, tidak menutup aurat contohnya tak ada apa yang berlaku, rambut masih cantik, wajah masih menawan, rezeki melimpah, apa yang nak ditakutkan tak ada apa-apa.

Alangkah tertipunya manusia dengan permainan dunia. Tidakkah mereka pernah mendengar firman-firman Allah yang mengancam dengan azab yang tidak tertanggung periknya.

Firman Allah s.w.t : an-nisa ; 56
"Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Firman Allah s.w.t : al-Haaqah : 30-32
30. (lalu diperintahkan malaikat penjaga neraka): "Tangkaplah orang Yang berdosa itu serta belenggulah Dia, 31. "Kemudian bakarlah Dia di Dalam neraka Jahiim; -
32. "Selain dari itu, masukkanlah Dia Dalam (lingkaran) rantai besi Yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya)!

Firman Allah s.w.t : an-naba’ : 21-23
21. Sesungguhnya neraka jahannam adalah disediakan -
22. untuk orang-orang Yang melampaui batas hukum tuhan, sebagai tempat kembalinya.
23. mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Firman Allah s.w.t : al-Buruj : 12
12. Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang Yang kufur ingkar) amatlah berat.

Dan banyak lagi ayat-ayat ancaman kepada pelaku dosa kepada Allah s.w.t yang sangat dasyat yang sudah pasti tidak tertanggung azabnya. Oleh itu wahai sahabat-sahabat sekelian yang masih berterusan melakukan dosa segeralah bertaubat kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Allah menghapuskan dosa kita.

Firman Allah s.w.t : at-Tahrim : 8
"Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Sepohon Kayu

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 21, 2009

Gerhana annular matahari 26 Januari 2009

Gerhana matahari separa akan dapat disaksikan di Malaysia pada 26 Januari 2009 bermula jam 4:30:39 petang (baca jam:minit:saat) sehingga jam 6:59:47 petang. Walaubagaimanapun masa bagi setiap kawasan di seluruh negara adalah berlainan diantara satu dengan lain disebabkan faktor geografi dan kedudukan matahari dan bulan berbanding dengan lokasi pemerhati pada pada masa itu.
Gerhana separa matahari di Malaysia ini disebabkan berlakunya gerhana annular matahari yang berlaku bermula di Barat Lautan Hindi, merentasi Selat Sunda termasuk Sumatera Tenggara dan Jawa Barat, kemudiannya merentasi Borneo termasuk Kalimantan Barat, Kalimantan Timur dan berakhir di Laut Celebes. Kawasan Malaysia yang dapat menyaksikan fenomena gerhana annular ini hanyalah dikawasan Sempadan Sarawak dengan bahagian utara Wilayah Kalimantan Barat iaitu kira-kira 400 kilometer ke timur Kuching.

Kota Kinabalu akan dapat menyaksikan 75.3 peratus matahari mengalami gerhana yang akan bermula pada jam 4:43:57 petang hingga jam 6:57:20 petang dengan kemuncaknya pada jam 5:54:48 oetang berbanding dengan Bandaraya Melaka peratus gerhana ialah 67.2 peratus dan gerhana bermula jam 4:30:23 petang hingga 6:58:29 petang.

Di Sabah kawasan terbaik untuk memarhatikan fenomena ini ialah di Tawau yang akan menyaksikan matahari mengalami gerhana sebanyak 81.9 peratus semasa kemuncak berhana berlaku pada jam 5:53:13 petang, gerhana bermula jam 4:42:32 petang hingga jam 6:55:38 petang di kawasan ini.

Fenomena gerhana matahari berlaku disebabkan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu garis lurus (sejajar) menyebabkan bulan melindungi cakera matahari daripada pemerhati di bumi. Selain itu semasa bulan mengililingi bumi, orbitnya yang berbentuk elips menyebabkan adakalanya bulan berada dekat dengan bumi dipanggil "Perigee" dan adakalanya jauh dari bumi dipanggil "apogee". Semasa gerhana matahari berlaku pada 26 Januari 2009, kebetulan bulan berada dalam kedudukan "apogee" menyebabkan saiz bulan kelihatan kecil dan tidak dapat menutupi 100 peratus cakera matahari, menyebabkan walaupun bulan melindungi matahari pada masa itu, tetapi cakera matahari masih boleh dilihat disekeliling bulan pada masa kemuncak gerhana, dan pemerhati di pusat laluan gerhana pada masa itu akan melihat seolah-olah matahari berubah menjadi cincin yang dipanggil sebagai "annular".

Perlu diingatkan bahawa teknik memerhatikan gerhana matahari adalah berbeza dengan gerhana bulan kerana semasa gerhana matahari berlaku pancaran infa-merah dari matahari berupaya menyebabkan kerosakan kekal keatas retina mata (boleh jadi buta) kepada sesiapa yang tidak mengambil langkah keselamatan semasa memerhatikan gerhana ini.

Peralatan seperti Penapis Suria Mylar, ataupun cermin welding no 14 boleh digunakan untuk memerhatikan gerhana. Walaubagaimanapun disebabkan peralatan ini terhad dan agak mahal maka suatu kaedah mudah dan murah boleh digunakan, iaitu menggunakan teknik lubang jarum.

Teknik lubang jarum ini menggunakan dua keping kertas yang mana salah satu dilubangkan dengan menggunakan sebarang jarum seperti jarum peniti ataupun pin. Seterusnya memerhatikan imej matahari yang terhasil daripada lubang jarum tadi di kertas yang kedua, ingat perhatikan imej dikertas kedua dan bukannya mengintai menerusi lubang jarum tadi.

Memarhatikan gerhana matahari menggunakan cermin mata gelap, cermin yang digelapkkan dengan asap lilin, negatif filem adalah tidak digalakkan kerana kesemua peralatan ini tidak mempunyai lapisan perak yang berupaya menapis sinaran infra-merah matahari yang berbahaya kepada mata.

Selain daripada memerhatikan gerhana matahari, umat Islam digalakkan menunaikan solat sunat gerhana matahari pada masa gerhana berlaku.

sumber
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/siaran-akhbar-se26bil1.htm

Info gerhana matahari

1) Apakah Gerhana Annular
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/se1.html

2) Langkah keselamatan ketika menyaksikan gerhana matahari
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/safe-1.html

3) Cara membuat teknik lubang jarum
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/pin-hole.htm

4) Jadual/masa gerhana matahari di Malaysia
http://www.lingkudau.net/astronomi/siaran/jadual-gerhana-se.htm


Komen Saya

Bagi yang tak pernah solat sunat gerhana matahari atau gerhana bulan bolehlah solat gerhana matahari pada 26 Jan 2009 mengikut jadual tempat masing-masing,( sila rujuk jadual) bukan selalu kita boleh solat gerhana, mungkin sekali dalam hidup sahaja. Kalau tak sempat berjamaah boleh juga solat sendiri tapi berjamaah lebih baik dapat dengar khutbah sekali.

Hukum solat gerhana matahari dan bulan

Hukum solat gerhana matahari dan bulan adalah sunat muakkad(sangat dituntut) mengikut jumhur ulama.
Dalilnya;
Firman Allah s.w.t : Fussilat : 37
"dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah".

Sabda nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. tidak berlaku gerhana matahari atau bulan kerana kematian atau kehidupan seseorang. Apabila kamu menyaksikan gerhana maka hendaklah kamu solat sunat dan berdoa sehingga hilang gerhana itu. (Bukhari dan Muslim)

Disunatkan bagi sesiapa sahaja;lelaki,perempuan dan orang tua samaada musafir ataupun tidak. Boleh solat seorang diri atau jamaah, berkhutbah atau tidak berkhutbah(berjamaah digalakkan khutbah)

Cara solat gerhana

Disunatkan mandi sunat gerhana matahari sebelum solat.

Tidak disyaratkan azan atau iqamah

Harus diucapkan as-solatul jamiah sebelum solat menggantikan iqamah.

Solat gerhana matahari baca fatihah dan surah secara sir(perlahan)

Solat gerhana bulan baca fatihah dan surah secara jahar (nyaring)

Lafaz niat gerhana matahari

أصلي سنة الكسوف ركعتين لله تعالى

Niat dalam hati
“sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah”.

(rakaat pertama)
Baca Fatihah & Qul Ya Aiyuhal Kafirun

Rukuk

Berdiri semula (jangan I’tidal)

Baca Fatiha & surah ikhlas

Rukuk, baru iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa.

(rakaat kedua)
Berdiri baca Fatiha & Qul auzubil falaq

Rukuk

Berdiri semula(jangan iktidal)

Baca fatiha & Qul auzubirabbinnas

Rukuk, baru iktidal, Sujud, Duduk antara 2 sujud, Sujud & teruskan macam solat biasa.

Ini bermakna dlm 2 rakaat ada 4 fatihah & 4 surah (4 Qul) & 4 kali sujud

surah-surah di atas adalah cadangan sahaja.kita boleh membaca mana-mana surah yang lain.

Kalau solat berjemaah imam sunat beri khutbah selepas solat seperti khutbah jumaat, menasihati kepada umum tentang kepentingan kejadian alam ciptaan Allah pada saat itu.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 16, 2009

Wahai Gaza! Jangan Bersedih

Tidak dinafikan apa yang berlaku di Gaza kini amat memilukan hati orang-orang yang mempunyai akal dan perasaan, hanya manusia tidak punya hati sahaja yang tidak bersedih dengan apa yang menimpa penduduk Gaza. Yang lebih memilukan apabila kita melihat kanak-kanak yang tidak berdosa yang tercedera dan kehilangan ibu dan bapa dan mungkin tidak ada siapa lagi dalam hidup mereka.

Tetapi itulah sunnatullah yang perlu diterima oleh orang muslim yang beriman dengan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t : al-Baqarah ;214
 "Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)".

Dan firman Allah s.w.t : ali-Imran : 140
"jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka Sesungguhnya kaum (musyrik Yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka Yang sama (dalam peperangan Badar). dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim".

Seorang muslim bila masuk ke medan perang, di dalam mindanya cuma ada satu antara dua kemenangan; menang dalam peperangan atau menang sebagai syahid. Orang islam tidak pernah kalah di medan peperangan sekali-kali,mereka sentiasa mendapat kebaikan samaada di dunia atau akhirat, inilah sebagai satu motivasi kepada mereka untuk keluar berperang di jalan Allah s.w.t. mereka terlalu cinta kepada kematian sebagaimana musuh cinta kepada kehidupan.

Ibnu Taimiyyah pernah berkata;
" Apa yang  akan dibuat oleh musuhku terhadap diriku?rumahku dan syurgaku berada di dadaku, kemana sahaja aku pergi ia tetap bersamaku,jika aku dipenjarakan maka aku berkhalwat(beribadah)jika aku dibunuh aku syahid,jika aku dibuang negeri maka aku akan melancong".

Adapun orang-orang kafir maka mereka hanya perlukan kemenangan, tidak ada yang lain daripada itu. minda mereka hanya fikirkan kemenangan, apabila mereka berada di medan peperangan, mereka hanya ada satu antara dua; menang di dunia atau gagal di dunia dan azab di akhirat.

Firman Allah s.w.t : al-Anfaal : 36
" Sesungguhnya orang-orang kafir Yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta Yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan Dalam neraka jahanam".

Apabila Abu Suffian ingin beredar dari medan perang Uhud setelah berjaya mengalahkan tentera islam beliau berkata dengan suara yang kuat dan lantang kepada tentera islam yang bersama nabi s.a.w., dengan tujuan melemahkan semangat tentera islam.
"Sesungguhnya hari silih berganti dan peperangan ini telah mencatat sejarah, kamu menang dalam peperangan Badar dan kami menang dalam peperangan Uhud".

Nabi s.a.w berkata kepada tentera islam : Tidakkah kamu akan menjawab seruan Abu Suffian? jawab mereka ; Apa yang kami nak jawab Ya Rasulallah! nabi s.a.w menjawab : jawablah, tidak sama sekali-kali, orang yang mati di kalangan kami di dalam syurga dan orang yang mati di kalangan kamu dalam neraka, tujuan nabi untuk memberi motivasi kepada tentera islam.
Abu Suffian berkata lagi; Kami ada Uzza(tuhan patung mereka)dan tidak ada Uzza bagi kamu.
Nabi s.a.w berkata kepada tentera islam : Tidakkah kamu akan menjawab seruan Abu Suffian? jawab mereka ; Apa yang kami nak jawab Ya Rasulallah! jawab nabi;katakan kami ada Allah sebagai penolong dan tidak ada penolong bagi kamu.
Abu Suffian berkata lagi;Aku meninggikan Hobal(tuhan mereka),Nabi s.a.w berkata kepada tentera islam
Tidakkah kamu akan menjawab seruan Abu Suffian? jawablah Allah yang maha tinggi lagi maha agung.

Apabila musuh masih meneruskan peperangan, maka tidak ada pilihan bagi orang mukmin kecuali meneruskannya, jika musuh meneruskan serangan maka tidak ada jalan lain bagi mukmin kecuali bersabar atas keperitan itu. Ini adalah kelebihan beraqidah Allah s.w.t dalam setiap kesulitan.Kelebihan orang mukmin ialah mereka mengharapkan pertolongan Allah manakala musuh tidak mengharapkannya. Orang mukmin tidak meminta peperangan dan bala tapi mengharapkan keselamatan dan kedamaian, tetapi apabila mereka menerima panggilan jihad maka mereka wajib keluar tanpa merasa berat hati memohon kepada Allah s.w.t samaada kemenangan dunia atau syahid, kedua-duanya adalah kurniaan Allah s.w.t dan kemenangan yang agung.

Sayyid Qutub berkata apabila mentafsirkan ayat Allah s.w.t
an-Nisa' : 74
"oleh itu, orang-orang (yang beriman) Yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). dan sesiapa Yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala Yang besar".

Ayat ini perintah berperang dan menggalakkannya,berperanglah di jalan Allah, islam tidak ada peperangan kecuali di jalan Allah, tidak ada peperangan untuk mengumpul Ghanimah(harta rampasan perang)tidak ada peperangan untuk menjajah dan tidak ada peperangan untuk memuliakan seseorang ataupun kaum.

Maka ketika seorang muslim keluar berperang dengan tujuan untuk meninggikan kalimah Allah kemudian dia terbunuh maka matinya adalah syahid dan mendapat maqam syuhada' disisi Allah s.w.t. tapi jika seorang muslim keluar berperang dengan tujuan yang lain dan terbunuh, maka matinya bukan syahid dan dia tidak perlu menunggu pahala dari Allah bahkan tunggulah pahala dari siapa yang menjadi tujuan peperangannya, jika ada yang mendakwa bahawa dia adalah syahid, ini adalah satu pembohongan ke atas Allah s.w.t.

Oleh itu wahai saudaraku di Gaza ! berjuanglah demi meninggikan kalimah Allah s.w.t dan jangan bersedih ,kerana di hadapan kamu cuma ada kemenangan; kemenangan dunia atau kemenangan syahid di jalan Allah s.w.t.

Dengar Sajak Rintihan anak-anak Palestin


Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 14, 2009

Palestin bumi syahid

Syuhada’ Gaza hampir mencecah angka 1000 syuhada setakat ini’. Entah berapa banyak syuhada’ yang gugur sebelum ini di bumi Palestin dan entah berapa banyak lagi syuhada’ yang akan gugur di Palestin hingga hari qiamat. Terbukti bahawa Palestin adalah bumi syahid. Di Negara lain juga ada kematian, tetapi kematian yang berpunca dari kemalangan jalan raya, penyakit fizikal atau bencana alam. Di Negara kita ada yang mati kerana dadah, rokok, gam, rempit dan lain-lain, mati yang sia-sia.

Apa kelebihan mati syahid?adakah orang mati syahid yang tidak menunaikan kewajipan agama akan diampun oleh Allah s.w.t?

Tidak dinafikan pengorbanan nyawa di jalan Allah s.w.t adalah puncak amalan seorang hamba kepada penciptanya, kerana orang yang mengorbankan nyawanya kerana Allah s.w.t telah menjual dunia untuk Allah s.w.t dengan harga yang mahal iaitu keredaan Allah dan nikmat syurga. Dengan sebab pengorbanan ini Allah s.w.t mengampunkan dosa bagi orang yang ikhlas berjihad di jalan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :ali-Imran :195
“ maka orang-orang Yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan Yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga Yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan Yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan Yang terbunuh (gugur Syahid Dalam perang Sabil) - Sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan Sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. dan di sisi Allah jualah pahala Yang sebaik-baiknya (bagi mereka Yang beramal soleh)".

Firman Allah s.w.t :as-Sof : 10-12
10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

12. (dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke Dalam taman-taman Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal Yang baik Dalam syurga " Adn ". itulah kemenangan Yang besar.

Seorang lelaki bertemu nabi s.a.w lalu bertanya kepada nabi s.a.w; “wahai Rasulallah! Ada pendapat kamu jika aku berperang di jalan Allah s.w.t, adakah akan diampun dosa-dosaku? Jawab nabi s.a.w; Ya, jika kamu terbunuh dalam keadaan sabar dan mengharap pahala dari Allah s.w.t, kamu mara menentang musuh bukan berpaling melarikan diri’.

Jelas kepada kita bahawa niat yang ikhlas, kesabaran, dan tidak melarikan diri dari medan peperangan menjadi sebab penghapusan dosa.

Begitu juga sabda nabi s.a.w; di ampun bagi orang yang syahid segala dosanya kecuali hutang. Oleh itu bagi mujahid fi sabilillah pastikan tidak berhutang sebelum ke medan pertempuran, jika tidak mampu untuk membayar hutang maka wajid dia berpesan kepada waris-warisnya untuk melangsaikan hutangnya.

Sabda nabi s.a.w; (riwayat Tirmizi dan Ibnu Majjah)
“ Bagi orang yang mati syahid ada tujuh kelebihan;
Diampun dosanya

Boleh melihat tempat tinggalnya di syurga

Dijauhkan dari azab kubur

Aman dari ketakutan yang dasyat

Diletak di atas kepalanya mahkota waqar(permata merah lebih baik daripada dunia dan isinya)

Dikahwinkan dengan 72 orang bidadari syurga

Boleh memberi syafaat kepada 70 orang kaum kerabatnya

Begitulah hebatnya mati syahid, yang ikhlas berjuang di jalan Allah s.w.t, yang akan diampunkan dosanya oleh Allah s.w.t, namun kepada mujahid fi sabilillah sepatutnya kita hidup sebagai muslim yang taat dan patuh kepada Allah s.w.t, menjauhi dosa dan maksiat dan sentiasa bersedia untuk berjihad di jalan Allah s.w.t sehingga kita mati jalan Allah dalam keadaan yang paling mulia sebagai seorang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

Kepada syuhada yang gugur di bumi Palestin dan di bumi islam yang lain berbahagialah dengan janji Allah s.w.t kepada kamu dan berbahagialah dengan nikmat yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. sesungguhnya syahid adalah impian setiap orang islam.

Firman Allah s.w.t : al-Qamar : 54-55
54. Sesungguhnya orang-orang Yang bertakwa, di tempatkan Dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,

55. di tempat Yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang berkuasa melakukan sekehendakNya.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jan 10, 2009

Protokol Yahudi

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....
 1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan..
jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua.
Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua

sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P. Ramlee )....
Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4. ..Sport...
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL....

Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh...Mashaallah,..

5. .. Fun..
Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan.. terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta.... dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat
termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi

berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia.....tapi lebih cintakan ALLAH........... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH...

sumber
http://www.raudhah.com/index.php?Itemid=2&id=2435&option=com_content&task=view

Komen saya
Lapan perkara yang disebut di atas perlu diberi perhatian serius oleh umat islam. samaada ia perancangan Yahudi ataupun tidak.Kalau bukan perancangan Yahudi pun ia tetap perancangan syaitan yang berikrar berjanji di hadapan Allah untuk menyesatkan keturunan Adam hingga qiamat. Adalah satu kelemahan, jika kita orang islam yang tidak mengetahui perancangan musuh, samaada Yahudi dan sekutunya atau Iblis laknatullah.Kesemua yang disebut di atas adalah sebahagian daripada dunia yang melalaikan, hiburan,permainan,makanan,seks,perhiasan dan lain-lain.

Firman Allah s.w.t: al-Hadid :20
" ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya".

Nyanyian termasuk dalam hiburan, tidak salah untuk menyanyi selagi ia tidak bercanggah dengan islam.Tapi nyanyian yang ada pada hari ini adakah dibolehkan?adakah remaja kita yang menyanyi hari ini boleh mendekatkan diri mereka dengan Allah s.w.t, jawapannya tentu tidak bahkan mereka makin jauh dengan Allah s.w.t, kerana isi atau lirik lagu yang didendangkan berkisar tentang percintaan dengan perempuan yang ajnabiah, kadang kala menggambarkan anggota wanita seperti mata, hidung, pipi dan sebagainya.Oleh itu kita perlu mencari hiburan alternatif islam seperti nasyid yang memuji Allah s.w.t, mengajak kita cinta nabi s.a.w dan menggambarkan islam seluruhnya.Selain itu lebih hebat lagi kalau kita boleh melagukan al-Quran, inilah yang paling utama, kerana al-Quran perlu dilagukan ketika membacanya sehingga nabi tidak mengaku umat orang yang tiga melagukan al-Quran. Selain al-Quran kita boleh berzikir dengan zikir-zikir yang diajar oleh nabi s.a.w, inilah hiburan yang boleh menenangkan hati dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Tapi musuh-musuh islam telah berjaya membawa terutamanya remaja islam keluar dari hiburan islam dan memilih hiburan cara mereka yang diiringi dengan arak,wanita,tarian dan percampuran lelaki dan perempuan. Dalam masa yang sama  remaja islam bukan sekadar tidak membaca al-Quran bahkan buta al-Quran, buta zikir dan tak tahu pun lagu-lagu nasyid.

Begitu juga sukan, ia satu bentuk hiburan, samaada sukan yang disebut dalam hadis nabi seperti memanah,menunggang kuda, dan renang ataupun permainan moden seperti bolasepak,sepaktakraw,badminton dan lain-lain adalah harus selagi tidak bercanggah dengan islam.Tapi musuh islam berjaya mengatur permainan-permainan ini supaya bercanggah dengan islam. Dalam kebanyakan sukan dan permainan mereka mensyaratkan memakai seluar pendek, wanita tidak boleh bertudung, bermain di waktu solat sehingga orang islam meninggalkan solat samaada pemain atau penonton.Oleh itu orang islam perlu mendidik generasi mereka supaya bersukan atau bermain dengan menutup aurat dan menjaga waktu solat. Ada juga yang berhujjah dengan kata mereka"negara-negara islam seperti Saudi, Iraq, Iran dan lain-lain bermain dengan tidak menutup aurat pun" kita jawab "islam bukan milik Saudi, Iraq atau Iran, islam adalah al-Quran dan Sunnah, kita mesti ikut islam bukan orang islam.

Bagaimanapula dengan seks? seks adalah keperluan manusia untuk meneruskan keturunan di bumi, tanpa seks manusia tidak akan wujud,tapi adakah seks boleh berlaku dengan bebas tanpa batas? sebab itu, dalam  islam pendidikan seks perlu diajar kepada anak-anak sebelum baligh lagi, bertujuan untuk sampaikan maklumat kepada mereka cara seks yang halal dan menjauhkan perhubungan yang haram seperti zina, disamping mengetahui hukum orang yang berzina yang akan disebat atau direjam. Hari ini kita lihat perancangan musuh yang menaja seks bebas telah berjaya, perzinaan berlaku di mana-mana, anak-anak luar nikah dibuang merata-rata, pergaulan bebas lelaki dan perempuan tak dapat dibendung lagi.

Wahai pencinta islam! ketahuilah perancangan musuh-musuh islam, supaya kita boleh bersedia menangkis serangan mereka, selagi kita lalai maka selama itulah musuh sentiasa menang. Ayuh marilah kita sama-sama bangun dan sedar dari kelalaian dan tidur yang lena.

Firman Allah s.w.t :Qaaf :22
"(serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada Dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka Kami hapuskan kelalaian Yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan Dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai