SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 25, 2008

Datang dan pergi

Tidak berapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 1429 Hijrah dan akan tiba 1430 Hijrah, begitu cepat tahun berlalu, begitu cepat umur kita bertambah,berapa ramai di kalangan sahabat kita yang telah pergi menyahut seruan ilahi, berapa banyak pengalaman yang kita lalui samaada pahit atau manis baik atau buruk.

Berapa banyak maksiat yang kita buat, berapa ramai orang mulia menjadi hina, berapa ramai orang kaya menjadi miskin, berapa banyak ujian dan bala Allah menimpa kita, tapi di manakah orang yang mengambil iktibar, dimanakah orang yang mengambil pengajaran. Di manakah orang yang mengambil iktibar dari hadis nabi s.a.w;"نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ"؟، maksudnya; Dua nikmat yang kebanyakan manusia lalai dengannya;sihat dan masa lapang. Orang sihat lalai dengan nikmat sihat sehingga mereka tidak mengambil peluang uutuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, begitu juga orang yang mempunyai masa yang lapang tidak mengambil peluang untuk mencari reda Allah s.w.t.

Sabda nabi s.a.w;
"اغتنم خمسا قبل خمس: شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك
maksudnya; Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa; masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa hidupmu sebelum matimu.

sesungguhnya orang-orang yang menghabiskan masanya dengan lalai, lagha dan main-main,menghabiskan malam dengan bersenda gurau tanpa haluan, sesungguhnya ahli syurga tidak akan menyesal sesuatu pun kecuali kelalaian mereka walaupun sesaat daripada mengingati Allah s.w.t sewaktu di dunia dulu. Mudah-mudahan kita menjadi ahli syurga.

Berkata seorang pujangga;
"Sesungguhnya kamu adalah masa, setiap kali hari berlalu, berlalulah separuh nyawamu".
"Kamu bergembira kerana setiap hari bertambah hartamu, tapi tak pernah bersedih kerana setiap hari berkurang umurmu, tidak berguna bertambah harta tapi berkurang umur, celakalah wahai jiwa yang berpaling dari akhirat sedangkan ia sedang menuju kearahmu, kamu mengejar dunia tapi ia sedang meninggalkanmu, berapa ramai orang yang tidak dapat menyempurnakan harinya dan berapa ramai orang yang tidak dapat mencapai impiannya".

Ayuh! kita hidup bersungguh-sungguh dan menjaga waktu yang ada dengan sebaiknya, jangan kita membuat perkara remeh dengan membazir masa yang panjang, sampaikan kepada anak-anak kita kepentingan masa mereka, sesungguhnya kewajiban lebih banyak daripada masa. Kita berlindung dengan Allah daripada menjadi golongan manusia yang tidak memanfaatkan umur dan masa mereka.

Firman Allah;
{حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ . لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ . فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلاَ أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَتَسَاءَلُونَ . فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ . وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ . تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ}(surah al-mukminun:99-104)

maksudnya;
99. kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -


100. "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

102. maka sesiapa Yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang Yang berjaya.

103. dan sesiapa Yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang Yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di Dalam neraka jahannam -

104. api neraka itu membakar muka mereka, dan Tinggalah mereka di situ Dengan muka Yang hodoh cacat.

Ya Allah! jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini,
Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

0 comments:

Post a Comment