الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا والحمدلله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو على كل شيء قدير.
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلا هادي له
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أنّ محمداعبده رسوله اللهم صلّ وسلّم على محمد وعلى أله وأصحابه أجمعين أما بعد
فيا عباد الله أوصيكم بتقوى الله فقد فاز المتقون
قال تعالى في كتابه العزيز أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
يا أيها الذين أمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون
uslimin Muslimat Yang Di Rahmati Allah,
Marilah kita perkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan Muslimat Yang Dirahmati Allah!
Diucapkan selamat Hari Raya Idul Adha semoga semua sihat dan
aman sentosa. Pada hari yang berbahagia ini hendaklah kita
menyambut Hari Raya Idul Adha dengan penuh kesyukuran kepada
Allah serta mengingati kebesarannya dengan melafazkan kalimah
takbir dan tahmid di samping melakukan ibadat korban bagi sesiapa
yang mempunyai kemudahan dan kemampuan.
Hari Raya ini dikenal dengan Hari Raya Haji kerana bersempena
dengan umat Islam pada hari ini sedang berhimpun di tanah suci
Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau dipanggil juga Hari Raya
korban kerana diperintah supaya kita berkorban, sekaligus
mengingatkan kita kembali sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh
Nabi Allah Ibrahim a.s, ketika Allah S.W.T memerintah beliau
menyembelih korban kesayangannya iaitu Nabi Ismail a.s.
Perintah ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim dengan penuh keikhlasan dan
keyakinan serta mengatasi perasaan sayang kepada anaknya. Begitu
juga anaknya Ismail dengan rela hati menyerah dirinya untuk
dikorbankan demi menjunjung perintah Allah. Walaupun Allah
menggantikan penyembelihan anaknya dengan tebusan seekor kibas,
tetapi Allah sifatkan Nabi Ibrahim itu telah mengorbankan anak
sulungnya, Nabi Ismail kerana kesungguhan dan azamnya
melaksanakan perintah Allah melalui mimpinya yang benar itu.
Seperti mana Firman Allah S.W.T dalam Surah As-Saffaat ayat 103-
105 yang bermaksud:
"Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya, atas tompok tanah (untuk disembelih) serta kami menyerunya: Wahai Ibrahim, "Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu," demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan".
Allah menjelaskan bahawa perintah kepada Nabi Ibrahim supaya menyembelihkan anaknya itu sebagai ujian. Seperti mana Firman Allah dalam Surah As-Saffaat ayat 106-107 yang bermaksud:
" Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata. Dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar (kibas)."
Kepatuhan yang ditunjukkan oleh Ibrahim dan anaknya Ismail a.s
adalah hasil daripada kecintaan kepada Allah S.W.T mengatasi
kecintaan kepada sesuatu yang lain. Sewajarnya kepatuhan yang telah
dilaksanakan oleh kedua-dua beranak ini menjadi ikutan dan tauladan
kepada umat Islam pada hari ini dalam melaksanakan tuntutan dan
perintah Allah S.W.T.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dikasihi, Selepas sahaja selesai
mengerjakan solat 'idul Adha, umat Islam yang berkemampuan
diminta mengorbankan ternakan mereka sama ada kambing, biri-biri,
lembu, kerbau dan seumpamanya. Binatang yang hendak dikorbankan
itu mestilah cukup umur, sihat, gemuk dan tidak cacat, pada masa
yang sama suara takbir terus kedengaran untuk membesarkan
keagungan Allah S.W.T.
Menyembelih binatang korban boleh dilakukan pada hari raya pertama
'Idul Adha sehinggalah hari-hari Tasyrik selepasnya selama tiga hari di
mana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
" Setiap hari Tasyrik adalah penyembelihan"
Kesediaan sebilangan umat Islam untuk mengorbankan binatang
ternakan mereka pada hari ini menunjukkan sifat berkorban dan
bersedia untuk berkorban masih lagi menjadi satu pegangan hidup
masyarakat Islam. Tetapi untuk apa mereka menyembelih binatang
ternakan tersebut: Apakah untuk menunjuk-nunjuk harta dan wang
ringgit yang mereka miliki atau benar-benar kerana ketaqwaan kepada
Allah S.W.T? Inilah yang menjadi persoalan.
Apa yang lebih penting dan lebih utama ialah kesediaan umat Islam
berkorban mesti berasaskan rasa taqwa kepada Allah dan
melaksanakan segala suruhannya sesuai dengan firman Allah Ta'ala
dalam Surah Yunus ayat ke-58 yang bermaksud:
"Katakanlah, dengan kurniaan Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira, kurniaan Allah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan"
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Umat Islam pada hari ini hendaklah menjadikan semangat korban dan
bersedia untuk berkorban sebagai tunjang utama kepada pengakuan
tauhid terhadap Allah S.W.T, bukannya ucapan tauhid terhadap Allah
S.W.T hanyalah di bibir sahaja yang tidak diketahui nilai sebenarnya
tanpa melalui pengorbanan yang dituntut oleh Islam ini kerana
bukannya mudah untuk mencapai ketaqwaan dan keimanan terhadap
Allah S.W.T tanpa berkorban dan dibuktikan dengan pengorbanan.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Kalau kita melihat kepada nabi Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s,
yang sanggup membuat pengorbanan yang sangat hebat, yang tak
munkin dapat dilakukan oleh manusia biasa, maka kita dapat
mengambil pengajaran bahawa hanya seorang bapa yang hebat boleh
melahirkan anak yang berkat.Oleh itu setiap bapa yang ada pada hari
ini perlu menjadi bapa yang hebat untuk melahirkan generasi yang
berkat.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Bagaimana menjadi ibubapa yang hebat?, sudah semestinya perlu
membuat pengorbanan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang
bapa.Di antara tanggungjawab itu ialah;
-Mencari bakal isteri yang solihah yang mempunyai pegangan agama
yang kuat.
-Menamakan anak dengan nama yang baik
-Mendidik anak dengan didikan al-Quran.
Jika ini boleh dilakukan oleh seorang bapa maka akan lahirlah anak
yang berkat. Di antara cirri-ciri anak yang berkat ialah;
-Taat perintah Allah dan Rasul
-Taat kepada ibubapa
-Mempunyai kefahaman ilmu fardu Ain Yang mantap
Jika generasi sehebat nabi Ismail ini dapat kita lahirkan, generasi yang
taat kepada perintah Allah dan Rasul, taat kepada ibubapa dan
mempunyai ilmu fardu ain yang mantap maka Majlis Fatwa
Kebangsaan tidak perlu mengeluarkan fatwa pengharaman PENGKID,
YOGA dan sebagainya.Tetapi kita lihat pada hari ini masalah lelaki
menyerupai wanita atau sebaliknya, masalah lelaki memakai perhiasan
wanita dan sebagainya begitu berleluasa sedangkan ia adalah perkara
asas yang perlu diketahui oleh orang islam.Kenapa generasi hari ini
tidak tahu perkara yang asas begini? Jawapannya ia tak pernah
diberitahu oleh ibubapa yang mendidik mereka daripada kecil, sedang
nabi sudah berpesan kepada ibubapa para pendidik supaya mengajar
anak-anak perkara asas halal dan haram.
Sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
“Buatlah amal ketaatan kepada Allah dan hendaklah kamu takut melakukan maksiat kepada Allah, suruhlah anak-anak kamu mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangannya, itulah yang boleh menyelamatkan kamu dan mereka daripada api neraka”.
(Hadis Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir daripada Ibnu Abbas)
Lihatlah apabila ibubapa tidak berkorban untuk mengajar atau
memberi tuisyen kepada anak-anak tentang ilmu fardu ain maka
anak-anak menjadi korban dengan terlibat dengan gejala-gejala
negative.
Marilah sama-sama kita mengorbankan sedikit masa kita untuk Allah
s.w.t dengan kita mengunjungi masjid dan surau untuk meningkatkan
ilmu agama, sesungguhnya pengorbanan ini sangat penting kalau
tidak, kita akan terkorban.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Islam datang dengan tujuan menjaga beberapa perkara yang disebut
sebagai maqasid syariyyah;
-Menjaga agama
-Menjaga nyawa
-Menjaga akal
-Menjaga keturunan
-Menjaga harta
Sebagai muslim dan mukmin kita mesti berkorban menjaga 5 perkara
ini.
Kita mesti berkorban menjaga agama dengan cara memantapkan ilmu
akidah supaya kita tidak terpesong daripada ajaran islam yang
sebenar, lebih-lebih lagi generasi kita yang terdedah kepada ajaran
sesat dan gejala murtad. Kita lihat hari ini fenomena ajaran sesat dan
gejala murtad di kalangan melayu amat menyedihkan. Marilah sama-
sama kita berkorban masa dan tenaga untuk mendalami ilmu akidah
sebagai benteng diri, keluarga dan juga masyarakat, supaya akidah
anak-anak kita tidak terkorban.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Yang kedua kita perlu berkorban untuk menjaga nyawa, kerana Allah
s.w.t sangat sayang kepada kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa:29
29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.
Kita lihat fenomena hari ini bagaimana jenayah bunuh begitu
berleluasa sebagaimana dipaparkan oleh media cetak atau elektronik,
terbaru adalah kes percubaan membunuh diri oleh remaja melayu
muslim di Trengganu.Ingatlah sabda nabi s.a.w
من قتل نفسه بحديدة فحديدته في يده يجأ بها بطنه يوم القيامة في نار جهنم خالدا مخلدا فيها أبدا
Maksudnya:
“sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi(pisau dan lain-lain) maka dia akan sentiasa menikam dirinya di hari qiamat dalam neraka jahannam selama-lamanya”.(Bukhari & Muslim)
Begitu juga dadah dan rokok kerana ia boleh menyebabkan kematian
secara senyap, marilah sama-sama kita berkorban meninggalkan
rokok, kalau tidak kita yang akan terkorban.
Yang ketiga kita mesti berkorban untuk menjaga akal, kerana akal
adalah anugerah Allah s.w.t kepada manusia.Islam mengharamkan
segala bentuk kemudaratan yang boleh melemah dan menghilangkan
akal, sabda nabi s.a.w
كل مسكر خمر,وكل خمر حرام
Maksudnya:
“setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak itu, haram”.
(Hadis riwayat Muslim)
Marilah sama-sama kita berkorban membebaskan diri kita daripada
setiap perkara yang boleh merosakakan akal, kalau tidak, kita akan
terkorban.
Yang keempat kita mesti berkorban menjaga keturunan, dengan
melahirkan zuriat secara halal, bukan dengan perbuatan zina yang
diharamkan oleh islam.
Firman Allah s.w dalam surah al-isra:32
32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).
Jika sekiranya segala jalan yang boleh membawa kepada zina terbuka
luas seperti; pergaulan bebas antara pemuda pemudi kita hari ini
sudah pasti akan terkorban kehormatan mereka.
Yang kelima kita mesti menggunakan harta yang dikurniakan oleh
Allah s.w.t kepada kita dengan sebaik-baiknya, kita berkorban mencari
harta yang halal, dan dan berkorban untuk membelanjakannya ke
jalan Allah s.w.t.Marilah sama-sama kita membuktikan pengorbanan
harta kita dengan kita menyembelih unta,lembu,kerbau dan kambing
sebagai tanda kita mengingati sejarah pengorbanan nabi Ibrahim a.s
dan anaknya Ismail a.s.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
بارك الله لي ولكم في القران العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الأيات والذكر الحكيم وتقبّل منّي ومنكم تلاوته إنّه هو السميع العليم أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المؤمنين والمؤمننات فاستغفروه إنّه هو الغفور الرحيم
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment