Komen dari seorang sahabat tentang adab makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri. Beliau menyatakan adab ini tidak dijaga sehingga ustaz dan ustazah pun makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, dan menyatakan hukumnya adalah HARAM makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, berpandukan kitab Bulughul Maram.
sila rujuk disini
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=529&mode=thread&order=0&thold=0
Komen saya;
Adab makan dan minum termasuk dalam adab-adab yang diajar oleh nabi s.a.w. Kita boleh mendapat maklumat tentang adab-adab ini di dalam kitab-kitab adab dan tarbiah. Ramai di kalangan kita yang menganggap remeh persoalan adab ini, sehinggakan ustaz dan ustazah juga terlepas pandang. Oleh itu islam menggalakkan umatnya supaya mendidik anak-anak tentang adab-adab ini sewakti mereka mumayyiz lagi supaya menjadi adat kebiasaan mereka. Jika anak-anak tidak dididik sejak awal makan menggunakan tangan kanan, dan membiarkan saja mereka menggunakan tangan kiri, maka ia susah diubah apabila mereka sudah dwasa nanti. Inilah di antara amanah yang perlu dilaksanakan oleh ibubapa para pendidik.
Walaubagaimanapun menjatuhkan hukum HARAM makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri adalah terlalu berat. Kerana kebanyakkan hadis yang menyuruh makan dan minum menggunakan tangan kanan menjadi dalil sunat sahaja bukannya wajib. Oleh itu makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri adalah MAKRUH, inilah hukum yang sederhana.
Hukum Makan Dengan Tangan Kiri
Ringkasnya, makan dengan tangan kiri ada dua hukum :
'''Pertama''' diharuskan jika seseorang tidak ada tangan kanan kerana yang dia ada hanya tangan kiri sahaja. Hujahnya : kalau dia tidak makan dengan tangan kiri kemudian dia nak makan dengan tangan mana kerana dia hanya ada satu tangan sahaja.
'''Hukum kedua''' : makruh, kerana tangan kanan dijadikan untuk sesuatu yang dimuliakan manakala tangan kiri untuk sesuatu yang tidak dimuliakan tetapi kedua-kedua tangan mulia di sisi Allah kalau seseorang memuliakannya dan hina disisi Allah kalau orang itu menghinakannya.
Dalil Makruh Makan Dengan Tangan Kiri
Terdapat beberapa hadith yang melarang seseorang dari makan dengan menggunakan tangan kiri.
'''Pertama''' : Hadith yang diriwayatkan oleh At Termizi, dalam Kitab Makanan, dalam Bab Larangan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri, no hadith 1721
أن النبي صلى الله
عليه وسلم قال لا يأكل أحدكم بشماله ولا يشرب بشماله فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
Maksud : bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalalam bersabda : jangan kamu makan dengan tangan kiri dan jangan kamu minum dengan tangan kiri maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.
'''Kedua''' : oleh At Termizi juga, no hadith 1722
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
Maksud : bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalalam bersabda : apabila seseorang makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanan dan hendaklah dia minum dengan tangan kanan maka sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.
'''Ketiga''' : Ibnu Majah, dalam Kitab Makanan, bab Makan Dengan Tangan Kanan, no hadith 3257
أبي هريرة
أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ليأكل أحدكم بيمينه وليشرب بيمينه وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله
Maksud : dari Abu Hurairah; bahawa nabi s.a.w bersabda;
"Hendaklah kamu makan, minum, mengambil dan memberi dengan tangan kanan. Sesungguhnya Syaitan makan, minum, mengambil dan memberi dengan tangan kiri.
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri HJ Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment