BANDAR GAZA 11 Jan. - Askar dan kereta berperisai Israel hari ini mara semakin jauh ke dalam Genting Gaza menuju ke bandar utama, memaksa penduduk awam Palestin yang panik melarikan diri, selepas rejim Zionis itu memberi amaran akan memperhebatkan serangan ke atas Hamas.
Ketika kedua-dua pihak terus bertempur tanpa menghiraukan rayuan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan konflik yang sudah membunuh lebih 850 rakyat Palestin, Mesir meneruskan usaha untuk merundingkan gencatan senjata antara Israel dengan pergerakan pejuang itu.
Berpuluh-puluh penduduk Palestin yang mendukung kanak-kanak kecil dan membawa beg yang dikemas secara tergesa-gesa mula meninggalkan rumah mereka di kawasan kediaman Tal al-Hawa, pinggir barat daya Bandar Gaza sejurus selepas subuh, kata saksi.
Mereka melarikan diri selepas kebanyakan penduduk tidak dapat tidur sepanjang malam kerana pertempuran sengit antara askar Israel dengan pejuang Palestin.
Kereta kebal dan unit infantri Israel memasuki kawasan kediaman Sheikh al-Ajlin di bandar ini malam tadi untuk mara lebih hampir ke tengah-tengah pusat penduduk utama di Genting Gaza.
Bedilan sengit turut dilaporkan berlaku di kawasan kediaman Zeitun, tenggara bandar ini serta kawasan Sudaniyah di barat laut.
Pesawat perang Israel mengebom kira-kira 60 sasaran di seluruh Genting Gaza sejak malam tadi sehingga awal hari ini.
Pasukan perubatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya empat penduduk Palestin dan puluhan lagi cedera dalam serangan itu.
- AFP
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
Apa tindakan yang perlu dilakukan oleh orang islam?
Firman Allah s.w.t : al-Fath :29
"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda Yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang Yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di Dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di Dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi Kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya Dengan keadaan Yang mengkagumkan orang-orang Yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana Dengan perasaan marah dan hasad dengki - Dengan kembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala Yang besar".
Merujuk kepada Surah Al-Fath : Ayat 29 di atas, nyatalah bahawa kesinambungan perjuangan menegakkan agama Allah telah bermula sejak dari Nabi Adam, para nabi, rasul dan seterusnya kepada orang-orang yang bersama Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan agama Islam sehingga ke hari ini. Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, hendaklah tegas dan berani serta mantap untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah yang terdiri daripada orang-orang kafir, munafiq, fasiq dan mereka-mereka yang menentang Allah dan Rasul. Orang-orang yang beriman tidak boleh berganjak dalam menyatakan kebenaran walaupun ianya mungkin membahayakan diri sendiri. Melihatkan akan kekuatan jemaah Islam yang semakin kuat bersatu padu dari masa ke semasa, ianya telah menyebabkan timbulnya bibit-bibit kebencian dalam hati musuh-musuh Islam dengan menzahirkan perasaan marah serta hasad dengki.
Sikap penentangan terhadap agama Allah melalui pelbagai sekatan pada hakikatnya tidak menyekat di antara manusia dengan manusia tetapi menentang dan menyekat hak Allah itu sendiri. Samada manusia itu sedar atau tidak, dengan secara tidak langsung, Allah telah disamatarafkan dengan manusia. Harus diingat bahawa tidak ada batas sempadan untuk menyampaikan syariat Islam. Islam mesti disebarkan kepada seluruh masyarakat tanpa ada sekatan dan halangan meskipun didalam lautan. Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w, tazkirah atau peringatan adalah suatu senjata yang paling ampuh bagi mengajak manusia ke arah kebaikan dan membasuh hati manusia supaya bersih dari segala kekotoran kerana ianya berhubung dengan agama Allah. Justeru itu, barang siapa yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu / tazkirah, maka mereka akan mendapat pengampunan daripada Allah s.w.t. dengan syarat, menghadirkan diri semata-mata ikhlas kepada Allah s.w.t. dan bukannya atas dasar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau hanya sekadar mengikut arahan manusia atau ketua untuk maksud tertentu. Sesungguhnya apabila seseorang manusia itu mengintip atas manusia lain, malaikat juga mengintip diri manusia itu sendiri sebagai pencatat amalan.
Sebagai seorang yang beriman dan cintakan Allah dan Rasul melebihi segala-galanya, sudah tentu tekanan dan halangan yang dihadapi sejak kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menguris perasaan dan hati kecil. Tekanan dan halangan ini berperanan untuk menimbulkan perasaan gusar, tidak yakin dengan diri sendiri, menggugat semangat jihad dan kekuatan agama. Maka timbullah pergolakkan dalam jiwa dan minda yang menjadi agen perosak kepada ketahanan iman. Untuk itu, kita perlu mengambil beberapa langkah bagi menjana gerak kerja Islam. Di antaranya:
Langkah 1.
Surah Al-Alaq : Ayat 1 ‘Bacalah (Nabi Muhammad s.a.w) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk)’ . Orang-orang yang beriman mesti menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama dengan sebanyak mungkin untuk difahami dan diamalkan. Perkembangan agama Islam melalui majlis ilmu seperti kuliah maghrib bermula dari bandar dan seterusnya ke kampung dan kawasan pedalaman. Di bandar inilah terdapat ramai guru-guru agama yang terus-menerus menyampaikan risalah Allah dan Rasul dalam semua bidang. Kesempatan seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Sebagaimana agama Islam berkembang di kota Madinah, begitu jugalah Islam berkembang di negara kita. Menurut Imam As-Syafie “Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan padanya” malah ilmu itu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut. Hadith
riwayat Ibnu Majah “Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap muslim”
Langkah 2.
Surah Asy-Syuara’ : Ayat 214 ‘Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang terdekat’ – Dengan ilmu yang telah kita perolehi dan pelajari itu tadi, hendaklah disampaikan kepada ahli keluarga yang terdekat dengan tujuan untuk menjauhkan diri sendiri dan keluarga daripada perbuatan kufur dan syirik agar mereka terselamat dari azab Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah menyimpan atau merahsiakan ilmu agama yang ada pada diri sendiri kepada orang lain kerana perbuatan tersebut boleh merosakkan amalan dan aqidah.
Langkah 3.
Surah Al-Jumu’ah : Ayat 2 “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’) Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah kesesatan yang nyata.
Apakah manusia itu tidak bersyukur dengan limpah kurnia daripada Allah s.w.t. yang paling besar dan agung iaitu dengan menzahirkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin yang membawa rahmat? DiberikanNya kepada bangsa Arab secara khusus dan bangsa-bangsa lain secara umum sehingga mereka menjadi ‘Umat Islam’ bagi memimpin mereka ke jalan keselamatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Maka sudah sewajibnya kita sebagai orang yang beriman bersyukur akan ni’mat dan rahmatNya itu.
Malangnya, di zaman moden ini, manusia dengan terang dan nyata telah menghina nabi dan sunnah Baginda Rasulullah. Sedangkan sesiapa sahaja yang memperlekehkan Rasulullah, mereka telah kufur tanpa syak dan ini adalah golongan orang-orang yang sesat dan menyesatkan. Kerana itulah, ilmu memainkan peranan yang sangat penting untuk menaikkan semangat jihad. Setiap daripada kita pasti akan menghadapi pelbagai mihnah dan tribulasi dalam usaha untuk mencapai tahap keimanan yang tinggi. Hendaklah setiap daripada kita bekerja keras untuk keredhaan Allah. Pada masa yang sama juga, sifat sabar perlu dimantapkan dan dipertahankan kerana pangkat, duit, perempuan dan sebagainya merupakan ujian-ujian dunia yang sukar malah ramai yang telah kecundang sebelum berjuang.
Langkah 4.
Surah Al-Kahfi : Ayat 28 “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang-orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Sebagai pejuang-pejuang agama Allah, kita mestilah sentiasa meletakkan diri kita dalam jemaah yang taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Hendaklah mendekatkan diri dengan surau dan masjid bagi menyuburkan rohani agar tidak mudah terjebak dengan tipu helah dunia yang merupakan fatamorgana semata-mata. Dalam masa kita taat kepada Allah dan Rasul, jangan sekali-kali kita taat dan takut kepada manusia yang berkuasa sedangkan mereka telah bertindak menzalimi umat Islam samada secara nyata atau sir (tersembunyi). Jangan sekali-kali hormat dan taat kepada manusia yang Allah telah lagha dan lalaikan hat-hati mereka meskipun keluarga sendiri. Larangan supaya tidak menghormati dan mentaati kepada manusia di sini bermaksud mereka yang tidak mengikut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. Adalah mustahil bagi seseorang itu mempunyai sifat mencintai Allah dan Rasul, tetapi pada masa yang sama juga menjadi penentang yang konsisten.
Langkah 5.
Surah An-Nisa’ : Ayat 77 “Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka :”Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka merayu kepada Allah dengan berkata : “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”.
Sesungguhnya ayat Allah di atas adalah ayat pemberi semangat kepada pejuang-pejuang Islam yang menegakkan agama Allah dengan menggunakan senjata dan bermandikan darah seperti yang sedang berlangsung di Chechnya, Palestin, Kashmir, Ambon dan tidak ketinggalan, di negara ini juga walaupun tidak bersenjata. Senjata utama orang-orang Islam ialah Doa dan Solat. Kedua-duanya mesti diamalkan dengan tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hanya dengan restu daripada Allah, kita akan mendapat kekuatan rohani. Inilah kekuatan utama jemaah Islam. Apabila kita meninggalkan kedua-duanya, maka hancurlah kekuatan rohani. Surah Al-Baqarah : Ayat 153 ‘Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar’.
Langkah 6.
Surah Al-Hijr : Ayat 94 “Oleh itu, sampaikanlah secara berterus terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
Kekuatan iman seseorang itu boleh dilihat melalui kekuatan menyampaikan seruan Allah. Samada kita mampu mencegah kemungkaran melalui perbuatan, perkataan atau hati. Atau setidak-tidaknya kita mengelakkan diri daripada menyertai atau berada bersama-sama dengan golongan yang menentang perintah Allah dan Rasul. Dalam keadaan kita menjauhkan diri daripada mereka, akan datang pelbagai tohmahan, fitnah dan tentangan yang sudah semestinya akan mencabar kesabaran dan maruah. Namun, dalam keadaan sebegini, janganlah kita mengambil pusing kerana apabila kita mengimbas kembali sejarah Baginda Rasullulah dalam usaha menyebarkan nur Allah, Baginda menerima tentangan yang amat hebat daripada kaum keluarga dan masyarakat Mekah. Betapa tingginya nilai suri teladan dalam diri Rasullullah kerana tidak pernah mengeluh dan mengadu kepada Allah apabila dirinya merupakan seorang yang yatim piatu, miskin dan ummi kecuali apabila dia ditentang, dihina, diperlekeh, dipersenda dengan pelbagai tohmahan yang menguris hatinya hanya semata-mata kerana menegakkan agama Allah. Begitulah juga dengan keadaan diri kita pada hari ini, walaupun diri kita dihina dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya, ingatlah bahawa dugaan kita terlampau kecil berbanding dugaan yang di terima oleh Rasulullah s.a.w. yang membolehkan kita menerima nur Allah pada hari ini.
Langkah 7.
Surah Al-Imran : Ayat 111 “Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejek-ejekan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu )kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”
Walau apa pun tindakan mereka terhadap orang-orang beriman, jangan sekali-kali kita merasa takut dan gentar kerana mereka tidak berkuasa untuk menghapuskan nur Allah. Bantuan daripada Allah akan datang hanya apabila menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah. Orang-orang Islam yang beriman akan berperang dan berjihad untuk mati syahid sedangkan musuh-musuh Allah berjuang untuk hidup. Kerana itulah, Islam diumpamakan seperti pedang. Makin diasah makin tajam. Makin ditekan dan dizalimi makin tinggi semangat jihad menegakkan agama Allah. Surah Muhammad : Ayat 20 “Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam), orang-orang yang beriman berkata :”Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang?)” Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang
tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka”.
Langkah 8.
Surah Al-Anfal : Ayat 60 “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu, musuh-musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan teraniaya.”
Orang-orang yang beriman hendaklah menyediakan kekuatan semaksima yang termampu. Kekuatan disini bukan hanya merujuk kepada kekuatan bersenjata tetapi perang saraf / psikologi seperti kekuatan dari semua aspek kehidupan oleh setiap individu seperti penyampaian ilmu, ekonomi, seni mempertahankan diri dan sebagainya. Surah Al-Hajj : Ayat 39 “Dizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Kekuatan ini amat diperlukan kerana orang-orang Islam akan sentiasa diuji hingga ke hari qiamat. Di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, kita mendapati bahawa Islam tidak putus-putus ditindas dengan zalim dan kejam oleh mereka yang berkuasa dan memerintah.
Langkah 9.
Surah Al-Baqarah : Ayat 39 “ Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal didalamnya”.
Dengan ini, kita mestilah berpegang kepada tali Allah dalam apa jua urusan kehidupan di dunia kerana barangsiapa yang menentang dan menghalang syariat Allah dan Rasul, mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat.
Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah merupakan pemangkin untuk menaikkan semangat jihad ke jalan Allah. Tidak dinafikan bahawa dalam keseriusan kita untuk memastikan syariat Allah tertegak di negara ini, sudah tentu perasaan was-was dan tidak yakin akan atau sedang bersarang di dalam hati dan minda.
Haruslah diingat bahawa agama Islam tidak lemah tetapi orang-orang Islam itu sendiri yang lemah kerana meninggalkan ajaranNya. Oleh itu, sebagai seorang yang kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada Allah dan Rasul, adalah haram mengasihi musuh-musuh Allah. Perasaan benci kepada musuh Allah bukan satu perasaan yang dibuat-buat atau boleh dilakunkan kerana ia lahir secara semulajadi dari dalaman iaitu iman dan hati.
Kehadiran perasaan benci terhadap musuh-musuh Allah dalam jiwa setiap orang beriman merupakan nikmat yang besar anugerah daripada Allah s.w.t. justeru :
orang-orang yang Allah telah tanamkan iman dalam hati mereka
menguatkan mereka dengan pertolongan daripada Allah dalam menghadapi musuh-musuhnya, bersemangat kental, tidak mudah goyah
dimasukkan mereka ke dalam syurga Allah dan kekal didalamnya
Allah redha terhadap mereka dan mereka puas dengan pemberianNya.
Surah Al-Anfaal : Ayat 29 ‘wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar’
Akibat daripada asakan dan tumpuan utama terhadap pembangunan dan kemajuan dunia diberikan keutamaan, maka manusia telah dilalaikan daripada menyedari bahawa pada hakikatnya, bala telah menimpa masyarakat. Secara tidak langsung, mereka telah terlindung daripada mendapat ni’mat Allah s.w.t.
Untuk memastikan orang-orang Islam itu kuat, maka setiap ahli jemaah mesti ada sifat kasih sayang. Jangan mewujudkan puak dalam sesebuah jemaah. Sebagai pengenalan kepada orang-orang beriman, Allah akan kurniakan air muka yang bersih dan jernih. Suatu anugerah daripada Allah penuh ni’mat. Para malaikat sebagai makhluk langit juga akan mengenali wajah-wajah yang disinari nur keimanan dengan diucapkan salam kesejahteraan.
Apakah anda terdiri daripada pejuang-pejuang agama Allah.? Jika ya, teruskan perjuangan anda dalam apa jua bidang yang telah dianugerahkan oleh Allah melalui bakat, ilham dan kekuatan dalam diri setiap insan. Jangan mengharapkan sebarang pembalasan daripada manusia tetapi haraplah rahmat dan redha Allah s.w.t.
Sumber
http://mindarakyat2.tripod.com/2000nov/i2000-2726.htm
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lala
Jan 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment