SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Nov 29, 2008

Khutbah Jumaat

(Hati Sakit)


الحمد لله الذى هدنا لهذا وما كنا لنهتديا لو لا أن هدنا الله. أشهد أن لآ
إله إلا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله المبعوث رحمة للعالمين. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان الى يوم الدين
أَمَّا بَعدُ: فَيَا عِبَادَ اللهِ! اتَّقُوا اللهَ، وأوصيكم وإياي بتقوى الله، فقد فازالمتقون.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,


Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah s.w.t; surah ali-Imran:102

Maksudnya:
“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam”.


Muslimin yang dirahmati Allah

Apabila kita melihat kepada perkembangan semasa yang berlaku di negara

kita,melalui media cetak ataupun elektronik, kita didedahkan dengan berita-

berita yang menyesakkan dada dan menakutkan. kisah-kisah seperti cubaan

membunuh diri, bunuh, khalwat, zina, rogol, curi, rompak, ragut dan

jenayah-jenayah berat yang lain.

Apa dah jadi?adakah manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya?apakah

manusia sudah benar-benar jadi binatang?apakah manusia sudah tidak takut

kepada undang-undang lagi?dan adakah manusia yang muslim sudah tidak

percaya lagi kepada dosa dan pahala.


Muslimin yang dirahmati Allah

Apabila kita melihat kepada hadis nabi s.a.w , kita boleh jadikan sebagai

panduan bagaimana semua ini boleh berlaku.


Sabda nabi s.a.w.

ألا وإنّ فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب.

Maksudnya:

“Ingat bahawa sesungguhnya dalam tubuh ada seketul daging,jika baik maka baiklah seluruh anggota yang lain,jika rosak maka rosaklah seluruh anggota yang lain,Ingat itulah hati”.( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Daripada hadis ini kita dapat fahami bahawa apa yang berlaku hari ini

berpunca daripada hati manusia yang sudah rosak dan tidak berfungsi lagi

sehingga seluruh anggota menjadi rosak dan bersedia melakukan jenayah

demi jenayah.



Firman Allah s.w.t; surah al-Baqarah:10

Maksudnya:
“ Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta” (dan mendustakan kebenaran).

Muslimin yang dirahmati Allah

Kalau kita berjumpa doktor perubatan dan bertanya kepadanya kenapa

manusia mudah sakit?sudah pasti jawapanya ialah manusia tidak prihatin

kepada penjagaan kesihatan.Begitu juga penyakit hati,jika kita tidak prihatin

penjagaannya maka ia akan sakit.


Kalau kita melihat kepada cara hidup masyarakat kita pada hari ini,kita

dapati bahawa mereka lebih suka mengutamakan penjagaan fizikal daripada

penjagaan hati atau roh.


Buktinya kalau kita melihat di kedai-kedai makan atau restauran kita dapati

pelanggan begitu ramai hingga tidak cukup kerusi dan meja.Tetapi alangkah

malangnya apabila kita melihat masjid-masjid dan surau-surau tidak ada

jamaah yang datang untuk solat jamaah atau dengar kuliah agama.

Kita pergi hospital,di sana banyak pesakit-pesakit yang datang berjumpa

doktor untuk mendapatkan rawatan penyakit masing-masing,tapi tidak ada

yang datang berjumpa ustaz-uztaz atau imam-imam untuk mendapatkan

nasihat agama untuk penyakit hati.

Muslimin yang dirahmati Allah

Oleh itu untuk mengubat penyakit sosial pada hari kita terlebih dahulu perlu

mengubat hati yang sakit.Apakah antara ubat-ubat hati?antara ubat-ubat hati

ialah

1 -Membaca al-Quran dan faham maknanya.

Firman Allah s.w.t:Yunus:57

Maksudnya:
“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman”.

Al-Quran adalah penawar yang paling utama bagi hati.Seorang muslim

mesti membaca al-Quran setiap hari, bukan seminggu sekali atau sebulan

sekali atau lebih teruk daripada itu,sekurang-kurangnya 10 ayat sehari

jangan kurang daripada itu.Membaca al-Quran juga perlukan dos yang
betul mengikut kronik atau tidak penyakit hati tersebut.

2 -Berpuasa sunat

Antara ubat hati ialah memperbanyakkan puasa-puasa sunat samaada

mingguan atau bulanan atau tahunan.Kerana dengan berpuasa boleh

mendidikan hati dan menekan nafsu syahwat,ini penting kerana nafsu dan

syaitan adalah musuh utama berlakunya maksiat dan jenayah.


Sabda nabi s.a.w

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج , فإنه أغض للبصر, وأحصن للفرج, فمن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء.
Maksudnya:

“Wahai pemuda-pemuda islam!siapa yang mampu berkahwin maka hendaklah berkahwin,yang demikian itu untuk menutup pandangan mata dan memelihara kehormatan.siapa yang tidak mampu maka hendaklah berpuasa sebagai benteng syahwat”.(Riwayat Jamaah)

Kerana puasa boleh menahan nafsu daripada berzina dan jenayah-jenayah

yang lain.

3 Melazimi qiyamullail

Tidak dinafikan qiyamullail dan tahajjud dapat menjadi penawar yang

paling mujarab bagi hati.selain itu kita akan mendapat maqam atau

kedudukan terpuji di akhirat nanti.

Firman Allah s.w.t: al-Isra’ :79

Maksudnya:
“dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji”.


Maka untuk merawat hati selalulah berqiyamullail dan

bertahajjud,samaada seminggu sekali atau sebulan sekali atau sekurang-

kurangnya setahun sekali.

4 Selalu berzikir

Firman Allah s.w.t :ali-Imran:191

Maksudnya:
“(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka”.

berzikir dengan zikir-zikir yang ma’thur yang datang dari nabi

s.a.w.Untuk mengubat hati kita perlu basahkan lidah dengan zikir kepada

Allah s.w.t.Tapi kita lihat remaja kita pada hari ini bukan membasahkan

lidah dengan zikir bahkan keluar daripada mulut mereka perkataan yang

bercanggah dengan syara’ dan lucah.sebagai contoh ;apabila mereka

merasa kagum,mereka akan menyebut kalimah yang masyhur di

kalangan mereka “fuyoo”sedangkan sepatutnya zikir “subhanallah”.

5 berkawan dengan orang soleh

Orang soleh ialah orang yang menjaga hak Allah samaada suruh dan
larang.

Sabda nabi s.a.w

" المرء على دين خليله ” فلينظر أحدمكم من يخالل"

Maksudnya:

“Cara hidup seorang manusia itu bergantung kepada cara hidup
Kawannya, maka lihatlah siapa yang akan menjadi kawannya”.
(Riwayat Tirmizi)

Jika berkawan dengan seorang tauke minyak wangi maka kita akan

mendapat wanginya,jika berkawan dengan tukang besi baju kita akan

terbakar,jika berkawan dengan perokok kita jadi perokok,jika berkawan

dengan penagih dadah kita jadi penagih,jika berkawan dengan mat rempit

kita juga merempit.Oleh itu untuk jadi orang soleh yang akan mendapat

ketenangan hati maka kita mesti berkawan dengan orang-orang soleh.

Muslimin yang dirahmati Allah

Cuba kita perhatikan berapa ramai di kalangan kita yang berkawan

dengan orang-orang soleh.Berapa banyak senarai orang soleh yang ada

dalam handset kita untuk menjadi rujukan masalah agama.Yang pasti

dalam senarai kita ialah kawan-kawan yang akan mengajak kita bermain

bolasepak,futsal,golf dan lain-lain bukannya kawan-kawan yang akan

mengajak kita untuk ke masjid dan surau.

Muslimin yang dirahmati Allah

Marilah sama-sama kita mengubat hati yang semakin kronik,mudah-

mudahan kita dapat melahirkan keluarga,masyarakat dan warga Negara

yang sihat bukan sahaja faizikal bahkan juga sihat hati dan ruhani.

Firman Allah s.w.t : as-Syara' :88-89

Maksudnya:
"Hari Yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang Yang datang mengadap Allah Dengan hati Yang Selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);(as0Syaara’:88-89)



Disediakan Oleh
Ustaz Hassan Basri Bin Hj Abdullah
28 Nov 2008

p/s ;Jika khutbah ini boleh memberi manfaat sila buat salinan.

0 comments:

Post a Comment