Majlis Fatwa putuskan pengkid haram
KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.
Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.
‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.
Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar
Komen saya:
Sekali lagi kita dapat lihat betapa sistem pendidikan islam berada di tahap yang sangat mendukacitakan.Perkara yang terlalu asas dalam agama pun umat islam kita tidak didedahkan sejak kecil lagi, sehingga kita terpaksa mengeluarkan fatwa dalam perkara yang sudah maklum melalui Hadis nabi s.a.w. Nabi sudah lama berpesan kepada ibubapa para pendidik supaya mengajarkan kepada anak-anak perkara halal dan haram.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Buatlah amal ketaatan kepada Allah s.w.t, dan hendaklah kamu takut melakukan maksiat kepada Allah s.w.t, dan suruhlah anak-anak kamu mengikut suruhan Allah dan jauhilah laranganNya.Itulah cara menyelamatkan mereka kamu dan mereka daripada api neraka". (dikeluarkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir daripada Ibnu Abbas)rujukan kitab Tarbiah Aulad -Abdullah Nasih Ulwan)
Sabda Nabi s.a.w:
"Allah s.w.t melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki". (Hadis Bukhari,Abu Daud dan Tirmizi)
Ibubapalah pada peringkat awal perlu menyampaikan pesan nabi ini kepada anak-anak sewaktu kecil bagaimana mereka nak berpakaian dan berhias.Anak lelaki berpakaian cara lelaki tanpa rantai,gelang,subang dan apa-apa yang menjadi perhiasan wanita, begitu juga anak perempuan berpakaian cara perempuan bukan ala lelaki.Oleh kerana pentarbiahan ini tidak berlaku di rumah, mungkin ibubapa hari ini terlalu sibuk dan anak-anak pula terdedah dengan pengaruh-pengaruh media, kawan-kawan yang rosak, maka berlakulan gejala songsang ini dalam masyarakat kita hari ini.
mudah-mudahan dapat manfaat.
Hassan Basri Hj Abdullah.
Dec 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
good luck bro
Post a Comment