SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 3, 2008

Khutbah Jumaat

(YANG PELIK LAGI HAIRAN)

الحمد لله الذى هدنا لهذا وما كنا لنهتديا لو لا أن هدنا الله. أشهد أن لآ
إله إلا الله وحده لا شريك له. وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله المبعوث رحمة للعالمين. اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان الى يوم الدين
أَمَّا بَعدُ: فَيَا عِبَادَ اللهِ! اتَّقُوا اللهَ، وأوصيكم وإياي بتقوى الله، فقد فازالمتقون.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah!
Pada hari Jumaat yang diberkati ini, saya berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita semua bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menikmati kesejahteraan dan keberkatan hidup serta mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t; surah ali-Imran:102

Maksudnya:
“ Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam”.

Muslimin siding jumaat yang berbahagia!

di dalam kehidupan ini sering kita mendengar cerita-cerita pelik. ada yang

pelik tapi benar dan ada yang pelik lagi hairan. Yang pelik lagi

benar ialah kisah-kisah yang berlaku dengan kekuasaan Allah ,walaupun ia

berlaku dengan penuh kepelikkan tapi manusia boleh

menerima dengan keimanan kepada Allah s.w.t, manakala yang pelik lagi

hairan ialah apa yang berlaku akibat kelalaian manusia dengan

tanggungjawab dan amanah yang diperintah oleh Allah s.w.t kepadanya,

manusia melakukan apa yang tidak patut dilakukan dan meninggalkan apa

yang patut dilakukan. Seolah-olah manusia tidak berfungsi

dengan betul. kasut yang perlu ada di kaki diletak di kepala,begitu juga

sebaliknya.


Muslimin yang dirahmati Allah!

Antara kisah pelik lagi benar ialah kisah:-

1-kisah nabi Ibrahim dibakar/sembelih anaknya ismail

2-kisah nabi Musa dengan tongkatnya

3-kisah nabi Isa menghidupkan orang mati

4-kisah nabi muhammad s.a.w belah bulan

5-kisah Uzair tidur 100 tahun

6-kisah Ashabul kahfi tidur 309 tahun

Semua ini berlaku dengan kekuasaan Allah s.w.t, dan orang islam

menerimanya dengan keimanan yang ada pada mereka.


Muslimin yang dirahmati Allah!

Manakala antara kisah pelik lagi hairan yang berlaku dalam kehidupan

seorang muslim yang berlaku kerana kejahilan mereka dengan agama

ialah:-

1- Menjadi hamba Allah tapi tak sembah Allah s.w.t

Firman Allah s.w.t di dalam surah az-zariyyat ayat :-56
Maksudnya:
56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Berapa ramai hari ini manusia yang mengaku menjadi hamba Allah tapi

menjadi hamba kepada duit, menjadi hamba kepada nafsu dan lain-lain.

Mereka tidak menjalankan perintah Allah dan tidak pula meninggalkan

laranganNya.Mereka hidup seolah-olah tidak bertuhan.


2- Mendapat rezeki dari Allah tapi tak bersyukur kepadaNya

Firman Allah dalam surah Isra ayat 30.
Maksudnya:
30. Sesungguhnya Tuhanmu lah Yang meluaskan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan ia juga Yang menyempitkannya (menurut Yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.


Berapa ramai manusia hari ini yang menggunakan harta kekayaan bukan di

jalan Allah bahkan digunakan untuk melawan Allah dengan melakukan

maksiat dan sebagainya.Harta yang ada tidak digunakan untuk bersedeqah

atau berjihad di jalan Allah s.w.t. Maka jadilah harta mereka sebagai musuh

kepada mereka dan membawa mereka ke neraka.


3- Mengaku umat nabi Muhammad tapi tak ikut sunnah

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21

Maksudnya:
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Berapa ramai manusia hari ini yang tidak mengikut sunnah nabi bahkan

tidak tahu apa itu sunnah?dan keliru membezakan yang mana sunnah yang

mana bidah yang sesat.


4- Baca al-Quran tapi tak ikut Quran

Firman Allah dalam surah al-jumuat ayat 5

Maksudnya:
5. (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan Dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) Yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai Yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum Yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum Yang zalim.


Berapa ramai di kalangan kita yang membaca al-quran tapi tidak tahu apa

makna ayat yang dibaca.lantas bertindak menyanggahi al-quran sejurus

selepas membacanya.ini bagi yang membaca al-quran,bagaimana pula yang

tidak pernah membacanya?, tentulah segala tindakan mereka bercanggah

dengan didikan al-Quran.


5-Kemampuan ada tapi masih tak pergi haji

Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 97

Maksudnya:
97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.


Berapa ramai di kalangan umat islam yang sudah mampu untuk menunaikan

fardu haji tapi masih menangguhkan ibadah tersebut, mereka sudah

melancong keseluruh dunia tapi masih tidak ada keinginan untuk

menunaikan fardu haji mungkin mereka ingin menangguhkanya sehingga

pencen, Adakah manusia tahu dia akan hidup sehingga pencen, ingat jangan

kita mati sebagai Yahudi dan Nasora.Bagi yang belum mampu, pasangkan
niat dan azam mudah-mudahan kita dapat melangkahkan kaki ke tanah suci

mekah suatu hari nanti.

6-Takut munkar nakir tapi tak buat persediaan untuk bertemu dengannya

Majoriti orang islam takut dengan nama Munkar dan Nakir yang akan

menyoal mereka di dalam kubur dan takut dengan siksa kubur jika mati

sebagai orang berdosa.Tetapi yang menjadi pelik lagi hairan kenapa mereka

tidak bersedia dengan amalan-amalan yang boleh menyelamatkan mereka

daripada fitnah kubur dan azab api neraka.


7-Menjaga penyakit badan tapi tak jaga penyakit hati

Kita akan segera ke hospital atau klinik untuk mendapatkan ubat sekiranya

kita atau anak-anak kita sakit,walaupan terpaksa mengeluarkan belanja yang

mahal,tapi kita tidak keluar mencari ubat hati di masjid dan surau dan kedai-

kedai buku agama sedangkan hati kita terlalu kronik. Kita sentiasa beriadah

dan bersukan untuk penjagaan fizikal tapi tidak pernah melakukan amalan

sunat, zikir dan qiyamullail untuk kesihatan hati dan aqidah.


8-Makanan badan dan makanan roh

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 172

Maksudnya:
172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Kita memenuhi kedai-kedai makan dan restoran-restoran untuk mengisi

perut.tapi tidak ke masjid dan surau, membaca al-quran, berzikir dan

amalan-amalan sunat yang lain untuk makanan roh.

9-Pandai baca tapi tak faham bahasa

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195

Maksudnya:
195. dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

kita tahu membaca ayat –ayat al-Quran dan Hadis yang melarang daripada

melakukan perkara yang memudaratkan badan, tapi tak faham bahasa dan

masih melakukannya. Kita juga sering membaca “amaran oleh kerajaan

Malaysia,merokok merbahayakan kesihatan” tapi masih merokok.

10-Zaman moden tapi pakaian alam Tarzan

Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31

Maksudnya:
31. dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka;


Hidup di zaman moden yang semuanya canggih, Kereta, TV, Handset,

Komputer, Internet dan sebagainya, tapi pakaian buka sana buka sini

macam hidup di alam Tarzan.Yang lagi pelik dan hairan hari ini ialah orang

tua berbaju kurung orang muda berbaju kurang.


11-Sibuk kejar yang akan ditinggalkan lupa yang mesti dibawa

Firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 20

Maksudnya:
dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan
bagi orang-orang Yang terpedaya.

kita sibuk mengejar kehidupan dunia dengan apa cara sekalipun tak kira

halal dan haram sedangkan semua itu kita akan tinggalkan selepas kematian

kita,tapi kita lupa mengejar akhirat yang akan menjadi bekal kepada kita

selepas daripada mati.


12-Diketuk-ketuk tapi tidak terasa

Muslimi sidang jumaat yang berbahagia

Cuba kita ketuk benda-benda mati di sekeliling kita seperti

kerusi,meja,dinding dan lantai,cuba dengar ada respon atau tiada,sudah

semestinya tiada.Kenapa?kerana itu benda-benda mati.Begitulah kita pada

hari ini,khatib sudah mengetuk pintu hati tuan-tuan tapi kalau masih

tak terasa apa-apa sah hati kita sudah mati dan perlu berubat segera.

Firman Allah dalam surah at-Taghabun:14-15
Maksudnya:
14. Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu Yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
15. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar.


Disediakan oleh:

Ustaz Hassan Basri Bin Hj Abdullah

4 Dis 2008

2 comments:

Calipso said...

Assalammualaikum Ust Hassan,

Ilmu yang sangat bermanafaat...
teruskan Ustaz...

terima kasih kerana sudi datang ke panduan pemblog.

Jazakallahu khiran jaza'.

Hassan Basri Hj Abdullah said...

Alhamdulillah enta orang pertama buat komen dalam blog Ana.Ana baru cuba menulis dalam blog yang baru dibina ini,Ana dapat banyak manfaat dari panduan pemblog t.kasih,masih banyak lagi yang ana perlu belajar,mudah-mudahan boleh enta tolong.tq.

Post a Comment