SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 8, 2008

Perutku Hilang Tanganku Busuk

Aktiviti hari ini,bersama penduduk RPR fasa 2 untuk sama-sama menyembelih, melapah dan mengagihkan daging korban.Sebanyak 5 ekor lembu dikorbankan hari ini, ramai juga penduduk yang datang untuk membantu.

ada yang memotong daging paha, kaki, kepala, dada dan lain-lain.Saya memproses perut lembu sebab ramai yang tak sanggup bermain dengan tahi, lebih-lebih lagi orang-orang Kuching biasanya mereka buang saja perut lembu setiap kali korban.

Setelah saya memproses perut lembu, dibersihkan tahinya, saya masukkan kedalam plastik untuk dibawa pulang, sebelum saya masukkan ke dalam kereta, saya letak dulu di tempat pemprosesan, untuk membantu sahabat-sahabat yang lain menghiris dan membungkus daging.Tiba waktu nak pulang tiba-tiba perut yang saya simpan tadi hilang, tak tahulah siapa yang ambil, dah puas bertanya tapi tak ada yang mengaku, takpalah saya sedekah saja perut itu kepada yang mengambilnya.

Tapi, bila dicium tangan baunya busuk, perut hilang tangan busuk,dah puas guna sabun basuh, sabun wangi tapi tak hilang juga,tak tahulah berapa lama tanganku busuk.

0 comments:

Post a Comment