SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 9, 2008

Khinzir pun tak makan tembakau

10,000 Mati Sehari Akibat Rokok

Dari Berita Harian, 12 Oktober, 2008: Radikal bebas memberi kesan negatif kepada tubuh badan sehinggakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Tetapi zarah radikal bebas ini boleh dielakkan jika anda mengetahui punca pembentukannya yang paling kuat. Satu daripada punca pembentukan zarah radikal bebas yang paling kuat (dan juga yang paling mudah dielakkan) adalah merokok. Dalam hal ini, toksin yang terkandung dalam asap rokok bertindak sebagai pemangkin untuk membebaskan elektron daripada atomnya, dan dengan itu mewujudkan zarah radikal bebas. Statistik juga menunjukkan hubungan yang jelas di antara kewujudan zarah radikal bebas itu dan kejadian sel kanser.


Walaupun statistik itu membimbangkan, sekurang-kurangnya perokok itu mempunyai pilihan sama ada untuk merokok atau tidak merokok. Orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain tidak ada pilihan sedemikian. Berikut adalah gejala orang yang terpaksa menyedut asap rokok orang lain berbanding orang yang langsung tidak merokok:


lima kali lebih karbon monoksida disedut

empat kali lebih tar dan nikotin disedut

empat puluh kali lebih karsinogen disedut.


Perokok memang mendapat semua gejala ini, kedua-dua kesan secara langsung atau asap baru yang ditambah dengan kesan secara tidak langsung.


Bahan kimia yang disebut di atas, iaitu karbon monoksida, tar dan nikotin, selain bersifat karsinogen, juga meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung, menambah risiko arteriosklerosis (penyumbatan jantung dengan kolesterol), dan menambah kejadian darah beku dan trombosis. Lebih dahsyat lagi, bahan kimia itu mengganggu ritma denyutan jantung biasa.


Malangnya, hasil kajian dan statistik, mendedahkan tidak ada kesan pencegahan yang berkesan terhadap perokok. Sebaliknya, mereka dengan megah memberitahu tabiat itu dapat meningkatkan tahap kecerdasan mental, membaiki sistem penghadaman, mengurangkan tekanan mental dan secara keseluruhannya, menghasilkan pendekatan hidup yang lebih menyenangkan dan dengan mudah mengenepikan segala kesan buruk terhadap diri dan orang di sekeliling mereka.


Namun bukan perokok saja patut dipersalahkan kerana tabiat buruk itu. Kalau tidak ada pengilang rokok dan tembakau, rokok tidak akan wujud.


Dr Nakajima, dulunya Ketua Pengarah Perubatan Pertubuhan Kesihatan Dunia, dalam keterangannya baru-baru ini mengatakan "bukan saja di negara maju tetapi juga di negara membangun, kira-kira separuh daripada perokok akhirnya mati akibat penggunaan tembakau. Setiap tahun ketagihan rokok menyebabkan kira-kira 3.5 juta kematian di seluruh dunia dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 10 juta setahun pada tahun 2020 dan seterusnya, dan 7 juta daripada kematian itu adalah di negara membangun. Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia itu kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35-69), yang kerugian kira-kira 22 tahun jangka hidup biasa.


"Setiap hari, hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau."


Terdapat pelbagai statistik menunjukkan bilangan perokok dan berapa ramai yang mendapat kesan buruk daripadanya. Apa yang pasti, statistik semakin meningkat. Mungkin pendedahan ini terlalu mudah, namun saya benar-benar percaya bahawa kita yang membuat pilihan sama ada untuk merokok atau tidak. Kita jugalah yang membuat pilihan untuk berhenti. Selepas anda mendapat kekuatan untuk berhenti merokok, gunakan kekuatan dalaman dan azam untuk kekal demikian dan yakinlah bahawa anda membuat pilihan yang betul.


Saya mempunyai impian melihat Malaysia bebas daripada rokok. Bukan untuk kebaikan saya tetapi demi anak-anak dan demi generasi akan datang. Alangkah baiknya jika masyarakat kita mempunyai lebih orang yang berpendirian sedemikian, khususnya dalam kerajaan hari ini, untuk membantu mencapai impian itu.

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081012084514/Article/ untuk http://www.mindasuper.com/

Komen

Fatwa merokok adalah Haram mengikut jumhur ulama masa kini, manakala sebahagian kecil ulama mengatakan Makruh dan tidak ada yang mengatakan harus.

Mengikut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, bahawa;

"Jika merokok menyebabkan mudarat kepada kesihatan badan , maka ia adalah haram, khususnya apabila ia disahkan oleh doktor pakar kepada pesakit yang tertentu. Jika ia tidak memberi mudarat kepada kesihatan seseorang, maka ia termasuk dalam pembaziran harta pada sesuatu yang tidak berfaedah samaada di dunia ataupun di akhirat, kerana nabi s.a.w menegah kita membazirkan harta, lebih-lebih lagi apabila harta itu ialah untuk perbelanjaan diri dan juga ahli keluarga.".

Jadi sahabat-sahabat dan remajaku sekalian! marilah sama-sama kita berazam untuk berhenti merokok untuk menyahut seruan Allah s.w.t dalam surah al-baqarah :195

' dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan"
dan seruan nabi s.a.w "tidak boleh memudarat dan dimudaratkan" .

Ramai juga yang mengatakan dia sihat walaupun merokok, dan mereka memberikan contoh ramai lagi orang yang merokok tapi tak sakit pun. Kalau begitu, walaupun kita sihat buat ini, masa depan kita belum tahu, tak pa lah kalau kita kata kita sihat, maka kita lihat sebab yang kedua iaitu membazir. Ada sahabat-sahabat yang mantain perbelanjaan rokok lebih RM300 sebulan, bayangkan berapa setahun? kalau 5 tahun berapa? bukankah jawapannya RM18.000? kalau perokok menabung dalam tabung haji, mereka dah boleh pergi ke Mekah 5 tahun sekali. Pergi haji wajib sekali seumur hidup, sunat 5 tahun sekali, bagaimana perokok-perokok sekalian?sudahkah anda bergelar haji?sama-sama kita fikirkan.

ada kisah tauladan yang boleh kita ambil iktibar bersama, bukan tujuan untuk menghina sesiapa, hanya sebagai peringatan bagi yang lalai.

alkisah ada seorang tauke cina di Selangor yang mempunyai ladang pisang, tapi dia ada masalah dengan KHINZIR-KHINZIR yang sering datang mengacau ladang pisangnya sehingga banyak pokok-pokok pisangnya rosak.Tauke ladang ini cuba menukar tanaman yang lain pula mudah-mudahan tidak diganngu oleh KHINZIR.Dia menanam sayur-sayuran pula, tapi macam biasa KHINZIR datang juga dan merosakkan tanamannya.Akhirnay Tauke ini menanam TEMBAKAU pula.KHINZIR_KHINZIR datang juga, tapi kali ini mereka mendongak ke atas dan melihat ada tulisan di pintu gerbang seperti ini " AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MERBAHAYAKAN KESIHATAN".Lantas KHINZIR_KHINZIR ini berpatah balik dan tidak masuk ke ladang tersebut untuk merosakkan tembakau.

Memang benar tuan-tuan KHINZIR binatang yang makan serba serbi tapi pantangnya daun tembakau.MORALNYA tuan-tuan, Khinzir binatang paling hina tapi tak makan tembakau, Bagaimana dengan manusia , Makhluk terbaik menjadi khalifah di bumi, adakah tidak malu dengan khinzir.Fikir-fikirkan bersama, sekali lagi saya minta maaf cerita ini bukan bertujuan menghina sesiapa, tapi untuk ambil iktibar.

Wassalam
Hassan Basri HJ Abdullah

0 comments:

Post a Comment