SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Jan 8, 2009

Bilakah pertolongan Allah?

Setiap hari kita dipaparkan episod-episod serangan Israel laknatullah ke atas penduduk Gaza Palestin.Setiap hari juga angka kematian semakin meningkat, angka kecederaan juga meningkat, kemusnahan harta benda dan pelbagai kisah menyayat hati. Kadang-kadang kita tertanya-tanya bilakah akan datang pertolongan Allah s.w.t, lebih-lebih lagi terhadap kanak-kanak dan orang-orang tua di Gaza.Kadang-kadang ada yang bertanya jika Allah itu wujud, jika Allah itu Adil, jika Allah itu pengasih dan penyayang kenapa membiarkan mereka menderita?

Wahai saudaraku seislam, jangan kita berfikir begitu, sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa melihat apa yang berlaku, yang akan berlaku begitu juga yang telah berlaku.Sesungguhnya rahmat Allah amat luas dan jangan sekali-kali kita merasa layu dari rahmat Allah. Sesungguhnya kehidupan ini ibarat satu permainan dan Allah s.w.t sebagai pengadilnya.Setiap permainan tertakluk kepada peraturannya dan juga kemahiran pasukan tersebut.Setiap pasukan tidak boleh melanggar peraturan permainan dan setiap pasukan yang kuat biasanya akan menang.Adakah kita akan marah kepada pengadil yang memberikan kad merah kepada kita sedangkan kita melanggar peraturan permainan? begitu juga adakah kita akan marah kepada pengadil jika kita kalah kepada pasukan yang kuat yang penuh dengan kemahiran dan latihan yang cukup, sedangkan kita tidak ada latihan dan kemahiran yang sama dengan mereka. Tentu tidak bukan?begitulah Allah s.w.t tidak akan memberi kemenangan kepada kita selagi kita tidak mengikut peraturan kehidupan sebagai seorang muslim dan tidak pernah menyediakan kekuatan ketenteraan untuk berhadapan dengan musuh-musuh islam.

Mahasuci Allah s.w.t, kita melihat keadaan orang islam hari ini dalam kesakitan, kesedihan dan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali doa dan air mata, tapi doa seorang yang lemah imannya yang tak boleh memberi manfaat apa-apa,bukan doa dari seorang yang benar imannya yang melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Berapa ramai orang islam yang yang meletakkan umat islam dan agamanya melebihi kepentingan dirinya? berapa ramai orang islam yang bersikap positif terhadap umat islam untuk mendapat rahmat Allah? berapa orang orang islam hari ini yang komit dengan agamanya yang membolehkan turun pertolongan Allah s.w.t?
Adakah umat hari ini berhak mendapat pertolongan Allah? adakah umat hari ini selamat dari kemurkaan Allah? Tidak dinafikan umat hari ini bukan tidak ada kebaikan, kebaikan itu ada selama mana ia bernama kebaikan, tapi kebaikan individu bukan jamaah, pertolongan Allah akan datang kepada jamaah bukan individu, begitu juga bala Allah datang kepada jamaah bukan individu.

Sesungguhnya apa yang berlaku hari ini adalah satu ujian dari Allah s.w.t. Apa yang perlu kita faham ialah ujian ada kalanya untuk membersih jiwa dan ada kalanya kerana kesalahan kita menunaikan hak Allah s.w.t.

Ujian kerana kesalahan kita

Ibnu Taimiyyah berkata;tidak ada ayat Allah dan juga hadis nabi yang menyuruh kita supaya tidak reda dengan qada dan qadar samaada baik atau buruk", ini adalah asas utama bahawa kita tidak boleh menjadikan Allah s.w.t bertanggungjawab dengan perbuatan kita. Kita perlu reda dengan takdir Allah hasil daripada kekurangan dan kesilapan kita.Oleh itu kita perlu memperbaiki kesilapan kita sebelum mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t;ar-Ra'du:11
"(إن الله لا يُغيّر ما بقومٍ حتى يغيروا ما بأنفسهم)
maksudnya;
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya".
kata imam al-Qurtubi; ayat ini menyatakan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kepada nikmat dan afiat sehinggalah mereka mengubah sikap mereka yang berterusan kufur kepada Allah, sekiranya mereka berterusan kufur akan turun azab ke atas mereka.

Firman Allah s.w.t: Ali-Imran:165
أو لما أصابتكم مصيبة قد أصبتم مثليها قلتم أنى هذا قل هو من عند أنفسكم إن الله على كل شيء قدير)
maksudnya;
(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), Yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh Dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Ujian membersih dosa

Ujian yang banyak disebut dalam ayat-ayat Allah s.w.t, ia merupakan sunnatullah pada makhluknya di setiap masa dan tempat.

Firman Allah s.w.t : al-Baqarah:214
م حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله ألا إن نصر الله قريب).

maksudnya;
Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).

Firman Allah s.w.t : al-Ankabut:1-3
لم . أحسب الناس أن يُتركُوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين)
maksudnya;
"1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.

Ujian atau bala yang ditentukan oleh Allah mempunyai hikmah yang sangat besar, dan Allah tidak lemah untuk memberi kemenangan kepada orang-orang yang beriman.

Firman Allah s.w.t : Muhammad:4-6
(ذلك ولو يشاء الله لانتصر منهم، ولكن ليبلو بعضكم ببعض، والذين قتلوا في سبيل الله فلن يضل أعمالهم، سيهديهم ويصلح بالهم، ويدخلهم الجنة عرَّفها لهم).


maksudnya;
"Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). dan orang-orang Yang telah berjuang serta gugur Syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka.

5. Allah akan memimpin mereka Yang berjuang (ke jalan mendapat sebaik-baik balasan) dan menjadikan keadaan mereka baik dan berguna (di dunia dan di akhirat)
6. serta memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.

Saudaraku sekelian, jelas kepada kita bahawa ujian dari Allah ada dua, samaada ujian sebagai balasan kerana kita meremehkan perintah Allah atau ujian kerana Allah ingin menapis siapakah yang paling hebat imannya untuk dimasukkan ke dalam syurga. Ujian berlaku kepada umat islam pada hari ini ialah ujian yang pertama iaitu kerana umat hari ini memandang sepi kepada syariat islam, tidak ditegakkan agama dalam diri, keluarga dan juga negara.Maka kita tidak perlu menunggu pertolongan Allah s.w.t sehingga kita kembali bertaubat menegakkan agama pada hati dan amalan kita.Zainab binti Jahash pernah bertanya kepada nabi s.a.w; adakah kita akan dibinasakan sedangkan ada di kalangan kita orang-orang yang soleh? jawab nabi s.a.w; ya, jika terlalu banyak perkara keji yang berlaku.(Bukhari dan Muslim)terlalu banyak kejahatan dan maksiat yang berlaku pada umat hari ini, maka wajib kita memperbaiki diri supaya kita tidak binasa.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

0 comments:

Post a Comment