SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Jan 7, 2009

Serangan tentera Israel ke atas Gaza













Ketika umat Islam ditindas, dihina, dizalimi dan dibunuh di serata dunia khususnya ketika ini di Palestin, marilah kita merenung beberapa pesanan Rasulullah SAW berkaitan pembelaan seorang mukmin terhadap saudara seagama.


1- Kesempurnaan iman bergantung kepada sejauh mana kita inginkan perkara yang baik berlaku kepada saudara seagama sebagaimana ia berlaku kepada diri kita. Begitulah juga kita tidak mahu perkara yang buruk berlaku kepada diri kita atau diri mereka. Sabda Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith :

لا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: Tidak sempurna iman kamu sehinggalah dia menyukai untuk saudaranya apa yang disukai untuk dirinya.
[HR: Al-Bukhari no.13 dan Muslim no.179]

2- Umat Islam diajar oleh Rasulullah SAW agar menjadi seperti satu jasad yang

turut sama merasai kesakitan mana-mana anggotanya sebagai petanda kesemuanya berada pada jasad yang sama.
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya: Perbandingan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, simpati dan belas ihsan mereka seumpama satu badan, apabila satu anggota sakit, seluruh badannya akan berjaga malam dan merasai sakit.
[HR: Al-Bukhari no.6011 dan Muslim no.6751)

3- Ganjaran berharga disediakan oleh Allah SWT apabila kita berusaha membebaskan saudara seagama kita daripada sebarang kesusahan dan kepayahan. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Maksudnya: Sesiapa yang membebaskan satu kesusahan daripada kesusahan dunia seorang mukmin, Allah SWT akan membebaskan untuknya satu kesusahan pada hari kiamat.
[HR: Muslim no.7028]

4- Tidak kira sama ada saudara kita dizalimi atau menzalimi, 'bantuan' yang selayaknya perlu dihulurkan. Renungkanlah hadith berikut:
انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا
Maksudnya: Bantulah saudaramu yang menzalimi atau dizalimi.
[HR: Al-Bukhari no.2443)

Membantu yang menzalimi dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman dan membantu yang dizalimi agar mereka terbela.

5- Jangan fikir kecil atau besar sesuatu yang kita lakukan untuk membela saudara seagama kerana ia tetap bernilai di sisi Allah SWT. Perhatikan sabda Rasulullah SAW:
لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
Maksudnya: Janganlah sekali-kali kamu memandang remeh sesuatu perkara kebaikan, walaupun sekadar kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang ceria.
[HR: Muslim no.6857]

6- Jangan lupa berdoa untuk kebaikan mukminin seluruhnya kerana ini amat penting di kala tiada lagi daya dan usaha kecuali merayu kepada Tuhan Yang Esa. Jangan pula bersungut 'bilakah akan dikabulkan?'. Lihatlah sabda Nabi SAW:
يُسْتَجَابُ لأَحَدِكُمْ مَا لَمْ يَعْجَلْ فَيَقُولُ قَدْ دَعَوْتُ فَلاَ أَوْ فَلَمْ يُسْتَجَبْ لِى
Maksudnya: Dikabulkan untuk kamu doa selagi mana ia tidak gopoh, dia berkata: 'aku telah berdoa maka tidak dimakbulkan'.
[HR: Al-Bukhari no.6340 dan Muslim no.7110)

sumber
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=142017

Apa salah mereka?


Firman Allah s.w.t; al-Baqarah:190-193

190. dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh.


191. dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.

192. kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

193. dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim.

Inilah antara ayat pertama mengenai arahan berperang dalam islam, mengikut setengah ulama, namun peperangan dalam islam ada adab dan disiplin yang perlu dijaga oleh tentera islam.Ibnu Abbas menceritakan; bahawa Rasulullah apabila mengutus tenteranya untuk berjihad maka beliau akan berpesan; keluarlah kamu dengan nama Allah, berperanglah kamu di jalan Allah menentang orang-orang yang kufur kepada Allah tapi jangan melampaui batas, jangan membelenggu, jangan menyiksa, jangan membunuh kanak-kanak, dan jangan membunuh ahli ibadah di rumah-rumah ibadah.(Riwayat imam Ahmad)

Tapi musuh Islam Yahudi laknatullah tidak mengira mangsanya, mereka membunuh sesiapa sahaja, samaada wanita, orang tua, kanak-kanak, masjid-masjid tempat ibadah orang islam semuanya dimusnahkan, inikah yang dikatakan bangsa terpilih? Sebenarnya mereka ialah bangsa yang sentiasa dihina dan dikutuk oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t;Ali-Imran:112112.
"mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali Dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari Segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi Dengan tiada alasan Yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah)".


Mudah-mudahan kita tidak diuji oleh Allah s.w.t dengan ujian yang berat lagi dasyat ini, tapi dengan syarat kita berpegung teguh dengan tali Allah (al-Quran) dan menjalin hubungan silatur rahim sesama muslim di samping melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (al-Baqarah:286)

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

0 comments:

Post a Comment