SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 12, 2008

Sembelihan,Adab dan Hikmah

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?
Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas. Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan olehBarat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitanketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Diterbitkan oleh :Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganuhttp://www.tranungkite.net/Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.comPandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8http://www.tranungkite.net/v8The URL for this story is:http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=264

Komen

Ada setengah golongan, misalnya Golongan Brahmana (Hindu) dan ahli Falsafah yang mengharamkan dirinya menyembelih dan memakan binatang. Mereka hanya hidup dengan makanan-makanan dari tumbuh-tumbuhan. Golongan ini berpendapat, bahwa menyembelih binatang adalah satu keganasan manusia terhadap binatang hidup. Manusia tidak berhak untuk menghalang kehidupan binatang-binatang ini.

Tetapi kita juga tahu hasil dari pengamatan kita terhadap alam ini, bahwa diciptanya binatang-binatang itu tidak mempunyai suatu tujuan. Sebab binatang tidak mempunyai akal dan kehendak. Bahkan secara nalurinya binatang-binatang itu dicipta untuk memenuhi (khidmat) keperluan manusia. Oleh karena itu tidak pelik kalau manusia dapat memanfaatkan dagingnya dengan cara menyembelih.
Kita juga mengetahui dari sunnatullah (ketentuan Allah) terhadap makhluknya ini, yaitu: golongan rendah, biasa berkorban untuk golongan atas. Misalnya daun-daunan yang masih hijau boleh dipotong/dipetik buat makanan binatang, dan binatang disembelih untuk makanan manusia dan, bahkan, seseorang berperang dan terbunuh untuk kepentingan orang ramai. Begitulah seterusnya.
Haruslah diingat, bahwa kalau manusia dilarang untuk menyembelih binatang, juga tidak dapat melindungi binatang tersebut dari bahaya maut dan binasa. Samaada binatang ini bergaduh sesama sendiri atau menjadi mangsa binatang yang lebih besar , ataupun dia juga akan mati dengan sendirinya; dan kadang-kadang mati dalam keadaan demikian itu lebih sakit daripada ketajaman pisau.


Islam mensyariatkan sembelihan ada syarat-syaratnya, bukan menyembelih dengan mengkhinzir buta sahaja, antara adab dan syarat sembelihan syarak ialah;

- mesti menggunakan alat yang tajam untuk memudahkan sembelihan dan tidak menyakitkan haiwan yang disembelih.

- sembelihan berlaku pada leher binatang dan memutuskan urat halqum dan juga urat merih untuk memudahkan binatang mati sejurus disembelih, bukan disembelih di batang tengkok atau anggota lain yang akan melambat dan menyeksa binatang tersebut untuk mati

- dengan menyebut nama Allah s.w.t yang telah mencipta binatang tersebut untuk manusia

Umat islam menyembelih binatang di atas nama Allah tuhan yang mencipta bukan kerana hawa nafsu.

Hikmah sembelihan dan rahsianya;

untuk memudahkan keluar roh binatang dengan cara yang paling singkat dan cepat dengan tidak menyiksa binatang, berbanding dengan haiwan yang mati dengan cara yang lain, seperti terkena penyakit, mati tercekik, mati jatuh dari tempat tinggi, mati kemalangan dilanggar lori, mati bergaduh sesama sendiri, semua cara kematian ini menyakitkan binatang tersebut, untunglah binatang yang disembelih kerana matinya tidak sakit berbanding mati dengan cara yang lain.

selain itu islam mensyaratkan alat sembelihan yang tajam dan menegah menggunakan gigi, kuku dan tulang binatang kerana ia menyakitkan.

sabda nabi s.a.w :(hadis riwayat imam Muslim)

إنّ الله كتب الإحسان على كل شيء, فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة, وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah s.w.t mewajibkan berlaku ihsan pada semua perkara; apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan ihsan (bunuh yang dibolehkan dalam islam hanya tiga sahaja, iaitu pembunuh maka dibunuh balas (Qisas), orang muhsan yakni sudah berkahwin berzina maka rejam sampai mati, orang yang murtad) dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan ihsan, tajamkan pisau-pisau kamu dan berilah kerehatan kepada binatang sembelihan beberapa ketika sehingga tidak bergerak sebelum dilapah.

Bagi yang terlibat dengan penyembelihan mestilah menjaga adab-adab ini;

-janganlah menyembelih dengan menggunakan pisau yang tumpul

-janganlah mengikat binatang terlalu kuat sehingga menyakitkannya

-janganlah terus melapah binatang sedangkan badannya masih bergerak

inilah antara adab-adab yang perlu diberi perhatian semoga dapat membuka mata non muslim, betapa indahnya islam, sehingga menyembelih pun ada adab-adabnya, dan kita buktikan kepada mereka bahawa menyembelih binatang bukan satu kezaliman kepada binatang bahkan satu rahmat buat binatang.

Hassan Basri Hj Abdullah

Peringatan bagi yang lalai.

13 Dis 2008




0 comments:

Post a Comment