Saturday 03 January 2009 - 15:26:33
PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.
Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.
Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa - kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.
Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.
Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.
Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.
Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.
Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM.
Klik sini: http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html
sumber
http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.650.2
Komen saya;
Marilah kita sama-sama menyatakan kebencian kita kepada Yahudi laknatullah di atas kebiadaban mereka menceroboh Gaza khususnya dan Palestin amnya dengan memboikot barangan keluaran Yahudi atau apa-apa yang ada kaitan dengan mereka.
Walaupun ia mungkin kecil pada pandangan kita, ataupun mungkin tidak akan memberi kesan yang besar kepada Yahudi, tapi sekurang-kurangnya kita telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim kepada saudara sesama islam.
Bayangkan sewaktu kita sedang minum coca-cola seoalah-olah kita sedang minum darah saudara kita di Palestin, sewaktu kita makan Burger seolah-olah kita makan daging anak-anak Palestin, sewaktu kita makan KFC seolah-olah kita makan tubuh ibu-ibu Palestin yang terbunuh, sewaktu kita makan PIZZA seolah-olah kita meratah tubuh-tubuh gadis-gadis Palestin yang mati digilis oleh kereta kebal Israel, sewaktu anda merokok seolah-olah anda sedang menembak anak-anak Palestin.
Dalam masa yang sama lancarkan tabung bantuan Palestin di surau-surau, masjid-masjid,sekolah-sekolah,jabatan-jabatan kerajaan dan swasta atau di mana-mana saja sebagai satu derma wajib kita untuk rakyat Palestin.
Seterusnya sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t, bersolat hajat, membaca qunut nazilah dan sebagainya mudah-mudahan bantuan Allah akan sampai kepada mereka.Sampaikan, panjangkan perkara baik ini kepada sesiapa sahaja yang mengaku muslim yang beriman kepada Allah s.w.t.
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
1 comments:
salam ust..Alhamdulillah akhirnya jumpa ust kembali..utk pngetahuan ust,nie slh seorang anak murid ust masa dkt maahad yan yang slalu ust ketuk n denda dulu..=)
Post a Comment