SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Dec 30, 2008

Gaza terus bermandi darah

KEJAM... Ribuan penduduk Gaza berarak mengiringi jenazah kanak-kanak Palestin, Dena Balosha, 4, untuk dikebumikan. Dena dan empat ahli keluarganya terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel, semalam.

BANDAR GAZA 29 Dis. – Jet-jet pejuang Israel mengebom kedudukan Hamas di Genting Gaza buat hari ketiga berturut-turut hari ini menyebabkan tujuh orang terbunuh, termasuk kanak-kanak.

Antara mangsa yang terkorban awal hari ini ialah empat kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 12 tahun daripada sebuah keluarga.

Mereka terbunuh dalam serangan udara ke atas sebuah masjid dekat rumah mereka di pekan Jabaliya, utara Gaza, manakala dua budak lelaki terbunuh dalam satu serangan di bandar Rafah, selatan wilayah ini.

Jet-jet pejuang Israel mensasarkan rumah Komander Kanan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz el-Deen al-Qassam, Maher Zaqout, tetapi beliau terselamat kerana tidak berada di rumah itu ketika serangan tersebut.

Rejim Yahudi itu terus memekakkan telinga terhadap desakan dunia supaya rejim zionis itu menghentikan keganasan di semenanjung itu.

Sewaktu kereta kebal dan meriam Israel berkumpul di sempadan Gaza sebagai persiapan untuk melancarkan serangan darat, pesawat perang melancarkan puluhan serangan di wilayah yang padat dengan penduduk di wilayah itu, awal hari ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengulangi gesaannya supaya keganasan itu dihentikan segera dan mendesak Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang mengalami sekatan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada Jun 2007.

“Beliau sekali lagi mendesak supaya segala tindakan keganasan dihentikan segera,” kata jurucakap Ki-moon.
Operasi ‘Cast Lead’ tentera Israel yang dilancarkan kelmarin telah pun membunuh 310 rakyat Palestin termasuk puluhan penduduk awam dan mencederakan lebih 1,400 lagi, menurut pasukan perubatan Gaza.

Hamas membidas masyarakat antarabangsa kerana tidak mengambil tindakan tegas untuk menghentikan keganasan Israel itu.

“Israel melakukan holocaust, sementara dunia hanya memerhati dan tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya,” kata jurucakap Hamas, Fawzi Barhum.
Sementara itu, para pemimpin dunia terus mengutuk serangan Israel di Genting Gaza.
Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono menyifatkan apa yang berlaku di Genting Gaza sebagai satu ironi kerana serangan dan pembunuhan penduduk Palestin dilakukan di ambang umat Islam menyambut ketibaan Maal Hijrah.
Naib Perdana Menteri China, Li Kegiang turut mengecam serangan Israel itu.
Beliau berkata, China terkejut dan sangat khuatir dengan operasi ketenteraan di Genting Gaza yang telah mengorbankan banyak jiwa dan ramai yang cedera.
– AFP
Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Komen saya:
Apa yang perlu kita buat?

Kewajipan semua orang Islam di timur dan barat, utara dan selatan terhadap saudara seagama di Gaza Palestin pada waktu ini ialah menghulurkan bantuan dan melahirkan rasa simpati kepada mereka.Sesiapa yang dikurniakan  keluasan rezeki dari Allah s.w.t hendaklah menghulurkan bantuan kepada keluarga mangsa.Membantu rakyat Palestin, samaada berbentuk material atau spiritual adalah wajib ke atas orang Islam seluruh dunia.Wajib ke atas kita membantu samaada dengan harta atau sekurang-kurangnya dengan doa.
Kata Dr Yusuf al-Qaradhawi;
"Wajib atas orang Islam di mana sahaja mereka berada menghulurkan bantuan kepada saudara mereka di Palestin samaada dengan harta atau lidah, pen atau nyawa tapi untuk waktu ini pertolongan berbentuk harta amatlah diharapkan. Sesungguhnya berjihad dengan harta tidak kurang hebatnya dari berjihad dengan nyawa.

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara-saudara kita seagama di Gaza Palestin. Sabda nabi s.a.w sesungguhnya bandingan orang mukmin seperti satu jasad, apabila salah satu anggotanya sakit maka seluruh tubuh akan tarasa demam dan tak tidur malam.

Marilah kita menghulurkan bantuan kewangan melalui NGO-NGO yang ada antaranya AMAN Palestin.
http://www.amanpalestin.org/

Memboikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat yang menyokong rejim zionis seperti yang disarankan oleh laman web ini
http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.php

Video rayuan bantuan Palestin


Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 27, 2008

Bolehkah doa akhir dan awal tahun hijrah?

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun

Written by al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

THURSDAY, 18 JANUARY 2007

Hadis Palsu tentang Kelebihan Doa Awal & Akhir Tahun

Oleh al-ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Laman web http://www.islam.gov.my/program/doa.html mencatatkan satu hadis tentang kelebihan membaca doa awal tahun bermaksud: sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Sememangnya menjadi amalan sebahagian masyarakat Muslim Melayu berhimpun pada hari terakhir tahun hijri untuk berdoa dengan doa awal tahun dan akhir tahun. Doa yang selalu dibaca dan kononnya datang daripada Nabi berbunyi:

اللهم ما عملته في هذه السنة مما نهيتني عنه ولم ترضه ، ونسيته ولم تنسه ، وحلمت عليَّ في الرزق بعد قدرتك على عقوبتي ، ودعوتني إلى التوبة بعد جراءتي على معصيتك ، اللهم إني استغفرك منه فاغفر لي ، وما عملته فيها من عمل ترضاه ووعدتني عليه الثواب فأسألك يا كريم ، يا ذا الجلال والإكرام أن تقبله مني ، ولا تقطع رجائي منك يا كريم ، وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Ulasan

Hadis tidak diriwayatkan dalam mana kitab-kitab hadis. Penentuan awal tahun dan akhir tahun hanya berlaku di zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah atau selepas 7 tahun kewafatan Nabi. Bagaimana mungkin baginda menjelaskan hadis ini dan doa awal tahun kepada para sahabat?

Justeru hadis ini adalah palsu dan haram serta tidak wajar disebarkan.

Baginda bersabda:مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “sesiapa yang berdusta menggunakan nama ku,maka tersedialah untuk dirina satu tempat duduk dalam neraka.” (hadis riwayat Bukhari dan Ahmad)

Diriwayatkan daripada Samurah bahawa Nabi bersabda:

مَنْ حدَّثَ عنِّي بحديثٍ يرى أنَّه كذبٌ فهو أحدُ الكاذبيـن

Maksudnya: “sesiapa yang bercerita atas namaku satu hadis yang dirasakannya bohong, maka dia adalah salah seorang pembohong. (hadis riwayat Muslim)

Komen Saya
Setiap ibadah yang hendak dilakukan mestilah berpandukan kepada Sunnah nabi s.a.w, kerana ibadah adalah "Tauqifiyyah" iaitu mesti berpandukan syarak. Tidak boleh melakukan ibadah mengikut hawa nafsu, kerana ia akan termasuk dalam kata "muhdathatuha" perkara baru yang tidak diajar oleh nabi s.a.w., dan setiap perkara baru ialah Bid,ah dan setiap Bid,ah itu sesat, setiap yang sesat itu tempatnya adalah neraka.

Persoalannya bolehkah kita berdoa pada akhir tahun Hijrah dan awal tahun sebagaimana kebiasaan masyarakat kita buat pada hari ini? Dalam persoalan ini yang menjadi fokus ialah hadis yang menyatakan;
"sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata “kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak- Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”. ini yang menjadi pertikaian, kerana ia adalah palsu.

Untuk mengelakkan diri daripada termasuk ke dalam perkara terlarang adalah lebih baik kita membaca doa akhir dan awal tahun yang dicadangkan atau mana-mana doa lain asalkan ia adalah doa. Sebab kita dituntut berdoa kepada Allah s.w.t pada bila-bila masa dan ketika, samaada awal tahun,akhir tahun, awal hari, akhir hari, awal minggu, akhir minggu atau sebagainya.

firman Allah s.w.t;al-Baqarah:186
"dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".

firman Allah s.w.t;Ghafir:60
"dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina."

Kita berdoa dan mengharapkan perkenan daripada Allha s.w.t, tanpa melihat kepada hadis tadi.Insyaallah mudah-mudahan Allah menerima doa kita. Dan perlu diingat bahawa jika kita terlepas waktu awal dan akhir tahun hijrah ini tidak menjadi masaalah untuk kita berdoa pada waktu lain. Jangan jadikan amalan berdoa ini mengikut musim sahaja tapi kita tak berdoa di waktu lain, janganlah kita hanya datang ke masjid atau surau pada malam hijrah untuk berdoa tapi kita tak datang ke masjid dan surau di waktu lain untuk sama-sama solat berjamaah. Perlu diingat juga bahawa malam hijrah tidak termasuk waktu yang afdal untuk berdoa, ia cuma sempena mengambil peluang akhir tahun untuk bermuhasabah amalan-amalan yang sudah berlalu setahun dan bertaubat dari kesalahan dan berikrar tidak akan mengulanginya pada tahun akan datang itu sahaja.

Adapun antara waktu-waktu yang afdal berdoa ialah;
-Hari Arafah
-Bulan Ramadhan
-Wahtu Sahur akhir malam
-Hari Jumaat
-Ketika sujud
-Antara azan dan iqamah
-selepas  solat
-Waktu turun hujan
-Ketika bersedia untuk berjihad di jalan Allah
-ketika musafir

Maka kita sangat digalakkan memperbanyakkan doa pada hari dan masa tersebut. janganlah kita bergaduh dan bermusuhan sesama kita dalam persoalan doa pada malam hijrah ini. Bagi yang nak berdoa silakan berdoa dengan syarat bahawa doa ini adalah satu ikhtiar kita bukan arahan nabi untuk berdoa pada malam tersebut. Bagi yang tak mahu berdoa, mungkin boleh membuat amalan lain yang boleh mendatangkan manfaat kepada kita, marilah sama-sama kita bantu membantu dalam perkara yang kita sepakat dan berlapang dadalah dalam perkara yang kita tidak sepakat, pendapat kita betul mungkin juga tersilap, pendapat orang lain  mungkin salah dan munkin juga betul.

firman Allah s.w.t;al-Maidah:2

" hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya)".



Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 26, 2008

Bolehkah lelaki pakai emas putih?

Hiasan untuk si lelaki
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

cincin 18 karat emas putih yang berharga RM3,000.
Lelaki kini tidak lagi berada di takuk lama. Perubahan fesyen yang begitu pesat turut memberi impak kepada penampilan lelaki untuk lebih bergaya dan trendy.
Bagaimanapun, ramai lelaki masih berfikiran sempit dari segi penampilan sehingga menyebabkan mereka menjadi ketinggalan dalam dunia fesyen.

Pemikiran sebegitu sebenarnya silap kerana ia menghalang lelaki menjadi lebih stailo, berani dan moden. Seharusnya mereka perlu berani tampil dengan pemakaian aksesori yang menampakkan seseorang itu lebih maskulin.
Mereka juga selalu beranggapan bahawa aksesori hanya sesuai digayakan oleh wanita. Bagi mereka, tiada faedahnya untuk membeli pelbagai jenis aksesori, cukuplah hanya memakai cincin sahaja. Ini kerana ia memerlukan perbelanjaan yang tinggi, selain tiada masa untuk bergaya. Kepada golongan lelaki yang berfikiran sedemikian, cuba berusaha untuk mengubah persepsi tersebut.

Mulakan tahun baru ini dengan penampilan segak dan bergaya. Jangan takut bereksperimen dengan aksesori.
Selberan, satu nama yang terkenal dalam pembikinan barang kemas khususnya emas putih, platinum dan berlian, kali ini tampil dengan aksesori baru untuk lelaki.
Sesuai dengan pilihan cita rasa masa kini, Selberan sentiasa memperbaharui rekaannya mengikut kehendak pelanggan.

Memberikan yang terbaik untuk dipandang mata, koleksi Selberan hanya menawarkan pilihan yang seiring dengan pendirian jenamanya iaitu moden dan estetik agar pemakainya kekal anggun, muda dan trendy.
Antaranya, loket berbentuk bulat dan empat segi bujur serta cincin. Setiap satu diperbuat daripada emas putih 18 karat dan dihias dengan berlian Selberan.

Bagi koleksi Hardware & Architecture Inspired pula, mengandungi dua bentuk cincin dan dua loket yang menampilkan reka bentuk peralatan logam dan senibina.

Manakala bagi lelaki yang inginkan cincin yang unik tetapi elegan, boleh memilih himpunan cincin yang berbentuk geometri, setiap satu diperbuat daripada emas putih 18 karat.

Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Soalan :

Assalamualaikum ustaz, bolehkah ustaz memberikan sedikit huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning? JAWAPAN :

Jawapan :
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :

Ali bin Abu Talib r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: “halal buat orang-orang perempuan.”

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda: “Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: ‘Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.’ Maka jawabnya: ‘Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.’” (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning? Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum. Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: ‘aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, “malleable”, dan “ductile”. Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh , fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are ‘white golds’? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html

Juga disebut bahawa :-
“White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.” (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan
Dalam takrifannya Platinum adalah : “Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductile”, berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil.” ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

(sumber http://www.zaharuddin.net/)

Komen saya;

Kenapa lelaki tak boleh pakai emas dan sutera?
Kata Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab halal haram dalam islam;
"Di haramkan dua perkara tersebut terhadap laki-laki, Islam bermaksud kepada suatu tujuan pendidikan moral yang tinggi; sebab Islam sebagai agama jihad dan kekuatan, harus selalu melindungi sifat keperwiraan laki-laki dari segala macam bentuk kelemahan, kejatuhan dan kemerosotan. Seorang laki-laki yang telah diberi keistimewaan oleh Allah bentuk anggotanya yang tidak seperti bentuk anggota wanita, tidak layak kalau dia meniru wanita-wanita ayu yang melebihkan pakaiannya sampai ke tanah dan suka bermegah-megah dengan perhiasan dan pakaian.


Disebalik itu ada suatu tujuan sosial. Yakni, bahwa diharamkannya emas dan sutera bagi laki-laki adalah salah satu bahagian daripada program Islam dalam rangka memberantas hidup bermewah-mewahan. Hidup bermewah-mewahan dalam pandangan al-Quran adalah sama dengan suatu kemerosotan yang akan menghancurkan sesuatu umat. Hidup bermewah-mewahan adalah merupakan manifestasi kejahatan sosial, dimana segolongan kecil bermewah-mewahan dengan cincin emas atas biaya golongan banyak yang hidup miskin lagi papa. Sesudah itu dilanjutkan dengan suatu sikap permusuhan terhadap setiap ajakan yang baik dan memperbaiki.

Dalam hal ini al-Quran telah menyatakan:

"Dan apabila kami hendak menghancurkan suatu desa, maka kami perbanyak orang-orang yang bergelumang dalam kemewahan, kemudian mereka itu berbuat fasik di desa tersebut, maka akan terbuktilah atas desa tersebut suatu ketetapan, kemudian kami hancurkan desa tersebut dengan sehancur-hancurnya." (al-Isra': 16)

Dan firman Allah pula:

"Kami tidak mengutus di suatu desa, seorang pun utusan (Nabi) melainkan akan berkatalah orang-orang yang bergelimang dalam kemewahan itu. Sesungguhnya kami tidak percaya terhadap kerasulanmu itu." (Saba': 34)

Untuk menerapkan jiwa al-Quran ini, maka Nabi Muhammad s.a.w. telah mengharamkan seluruh bentuk kemewahan dengan segala macam manifestasinya dalam kehidupan seorang muslim.

Sebagaimana diharamkannya emas dan sutera terhadap laki-laki, maka begitu juga diharamkan untuk semua laki-laki dan perempuan menggunakan bejana emas dan perak. Sebagaimana akan tersebut nanti.

Dan di balik itu semua, dapat pula ditinjau dari segi ekonomi, bahwa emas adalah standard uang internasional. Oleh karena itu tidak patut kalau bejana atau perhiasan buat orang laki-laki".


Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Bin Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 25, 2008

Datang dan pergi

Tidak berapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 1429 Hijrah dan akan tiba 1430 Hijrah, begitu cepat tahun berlalu, begitu cepat umur kita bertambah,berapa ramai di kalangan sahabat kita yang telah pergi menyahut seruan ilahi, berapa banyak pengalaman yang kita lalui samaada pahit atau manis baik atau buruk.

Berapa banyak maksiat yang kita buat, berapa ramai orang mulia menjadi hina, berapa ramai orang kaya menjadi miskin, berapa banyak ujian dan bala Allah menimpa kita, tapi di manakah orang yang mengambil iktibar, dimanakah orang yang mengambil pengajaran. Di manakah orang yang mengambil iktibar dari hadis nabi s.a.w;"نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس الصحة والفراغ"؟، maksudnya; Dua nikmat yang kebanyakan manusia lalai dengannya;sihat dan masa lapang. Orang sihat lalai dengan nikmat sihat sehingga mereka tidak mengambil peluang uutuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, begitu juga orang yang mempunyai masa yang lapang tidak mengambil peluang untuk mencari reda Allah s.w.t.

Sabda nabi s.a.w;
"اغتنم خمسا قبل خمس: شبابك قبل هرمك، وصحتك قبل سقمك، وغناك قبل فقرك، وفراغك قبل شغلك، وحياتك قبل موتك
maksudnya; Rebutlah lima masa sebelum datang lima masa; masa mudamu sebelum tuamu, masa sihatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa hidupmu sebelum matimu.

sesungguhnya orang-orang yang menghabiskan masanya dengan lalai, lagha dan main-main,menghabiskan malam dengan bersenda gurau tanpa haluan, sesungguhnya ahli syurga tidak akan menyesal sesuatu pun kecuali kelalaian mereka walaupun sesaat daripada mengingati Allah s.w.t sewaktu di dunia dulu. Mudah-mudahan kita menjadi ahli syurga.

Berkata seorang pujangga;
"Sesungguhnya kamu adalah masa, setiap kali hari berlalu, berlalulah separuh nyawamu".
"Kamu bergembira kerana setiap hari bertambah hartamu, tapi tak pernah bersedih kerana setiap hari berkurang umurmu, tidak berguna bertambah harta tapi berkurang umur, celakalah wahai jiwa yang berpaling dari akhirat sedangkan ia sedang menuju kearahmu, kamu mengejar dunia tapi ia sedang meninggalkanmu, berapa ramai orang yang tidak dapat menyempurnakan harinya dan berapa ramai orang yang tidak dapat mencapai impiannya".

Ayuh! kita hidup bersungguh-sungguh dan menjaga waktu yang ada dengan sebaiknya, jangan kita membuat perkara remeh dengan membazir masa yang panjang, sampaikan kepada anak-anak kita kepentingan masa mereka, sesungguhnya kewajiban lebih banyak daripada masa. Kita berlindung dengan Allah daripada menjadi golongan manusia yang tidak memanfaatkan umur dan masa mereka.

Firman Allah;
{حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ . لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلاَّ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ . فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلاَ أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلاَ يَتَسَاءَلُونَ . فَمَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ . وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ . تَلْفَحُ وُجُوهَهُمُ النَّارُ وَهُمْ فِيهَا كَالِحُونَ}(surah al-mukminun:99-104)

maksudnya;
99. kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -


100. "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.

102. maka sesiapa Yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang Yang berjaya.

103. dan sesiapa Yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang Yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di Dalam neraka jahannam -

104. api neraka itu membakar muka mereka, dan Tinggalah mereka di situ Dengan muka Yang hodoh cacat.

Ya Allah! jadikan hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini,
Amin Ya Rabbal Alamin.
 
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 24, 2008

Bolehkah kita raikan Krismas?

Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b.Baz:

Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi,atau Nasrani(kristian),atau perayaan dari agama-agama lain.Bahkan wajib meninggalkannya,hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu,Rasul sallallahu`alaihiwasallam telah mengancam kita daripada menyerupai mereka(kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.

Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah,dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah,maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya, dan jangan saling tolong menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun. tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut& membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Maka wajib bagi muslim dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt sepertimana firman Allah swt:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).

[al-An`aam[ [6]:116]

Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya,membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang(termasuk umat Islam),dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran & As-Sunnah.Dengan keduanyalah apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima,walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia,dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.

Sumber
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=137909

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Bila nak berhenti?


SOALAN:

Apakah hukum merokok? Ramai ustaz mengatakan hukumnya adalah makruh. Betulkah pendapat ini?

JAWAPAN:
Merokok tidak membantu seseorang mencapai kecemerlangan diri kerana ianya amat memudaratkan bagi kesihatan manusia. Berhubung dengan ini Nabi telah bersabda, “Tidak diizinkan melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” (Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibnu Majah)

Di dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok mengandungi 4,000 bahan-bahan kimia yang toksik dan 37 daripadanya telah dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser, antaranya ialah, aseton (bahan untuk menanggalkan pengilat kuku), asid asetik (cuka), ammonia (bahan pencuci tandas), arsenik (racun), butana (cecair alat pemetik api), kadmium (bateri), karbon monoksida (asap dari ekzos kereta), DDT / dieldrin (alat pembunuh pepijat), etanol (arak), formaldehid (bahan pengawet katak mati), hexamine (alat pemetik api untuk majlis jamuan), hidrogen sianida (racun), naftalena (ubat gegat), nikotin (bahan pembunuh serangga), asid stearik (lilin) dan toluena (bahan pelarut di industri).

Rokok juga mengandungi sejenis dadah berbahaya. Ia bernama nikotin. BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, dadah nikotin menyerap masuk ke dalam darahnya dan mempengaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila amalan ini berterusan, ketagihan menguasai dirinya.

Kini terdapat lebih daripada 1.2 bilion orang perokok di seluruh dunia. Separuh daripada mereka dijangka akan meninggal dunia sebelum waktu yang sepatutnya akibat menghidap pelbagai penyakit yang berpunca daripada rokok. Mengikut laporan Berita Harian Online bertarikh 3 Jun 1997, pada pertengahan abad ke-20, rokok membunuh lebih 60 juta manusia di negara maju saja. Satu kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa penggunaan tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak AS $200 bilion (RM 500 bilion) setahun.

Sehubungan dengan ini, Surgeon General Amerika yang merupakan autoriti tertinggi berhubung dengan polisi-polisi kesihatan di Amerika, telah mengeluarkan sebuah laporan berhubung dengan bahaya merokok pada tahun 1964. Di dalamnya dimuatkan rumusan berhubung rokok dan bahayanya berdasarkan lebih kurang 7000 kajian yang telah dilakukan sebelum itu. Antara perkara yang dijelaskan ialah, penyakit-penyakit yang disebabkan oleh rokok seperti sakit jantung dan barah paru-paru, telah menjadi punca 400,000 kematian di kalangan golongan dewasa di Amerika setiap tahun. Sejak laporan Surgeon General Amerika itu dikeluarkan, dianggarkan 10 juta orang telah meninggal dunia disebabkan penyakit yang berpunca dari amalan merokok. Antara penyakit itu (di samping barah paru-paru dan penyakit jantung) ialah, radang saluran pernafasan (chronic bronchitis), kanser secara umum (kanser mulut, kerongkong, esofagus dan peti suara), di samping kesan ke atas kandungan serta bayi dalam kandungan, seperti kelahiran tidak cukup bulan, risiko keguguran dan bayi mati sebelum atau selepas dilahirkan.

Pada tahun 2004 Surgeon General Amerika mengeluarkan satu lagi laporan berkaitan dengan rokok, iaitu 2004 Surgeon General's Report—The Health Consequences of Smoking. Ia menunjukkan hampir kesemua organ dalam badan manusia menerima padah kesan daripada merokok. Penyakit-penyakit yang dikenal pasti berpunca daripada tabiat merokok telah bertambah berbanding yang sebelumnya. Antara penyakit yang baru itu ialah aneurisme aorta bahagian abdomen (aneurisme ialah bengkak atau gelembung pada pembuluh darah arteri), penyakit selaput mata atau katarak, barah serviks, barah buah pinggang, barah pankreas, barah perut, radang paru-paru (pneumonia) dan radang tisu serta struktur yang mengelilingi gigi (periodontitis).

Pada tahun 2006 pula, satu lagi laporan dikeluarkan oleh Surgeon General Amerika, iaitu The Health Consequences of Involuntary Exposure to Tobacco Smoke: A Report of the Surgeon General. Ia memfokuskan kesan negatif asap rokok (sama ada yang dihembus keluar oleh perokok atau asap daripada puntung rokok) ke atas mereka yang tidak merokok. Asap ini dikenali juga sebagai secondhand smoke. Laporan ini menunjukkan asap rokok ini mengandungi lebih daripada 250 bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser seperti formaldehid, benzena, vinil klorida, arsenik, ammonia, dan hidrogen sianida. Ia menjadi punca kematian kepada ramai bayi dan golongan dewasa yang terdedah kepada asap rokok ini.

Malaysia dan Rokok
Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005.

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.

Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok.

Apakah Hukum Merokok?

Melihat kepada kemudaratan dan pembaziran yang disebabkan oleh rokok, seperti yang dipaparkan sebelum ini, maka tidak ada hukum yang lebih sesuai baginya melainkan HARAM. Antara ulama yang mengharamkannya ialah, Syeikh Ahmad As-Sanhuri Al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim Al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith Al-Maliki dari Moroko, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik Al-‘Isyami dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah, dan ramai lagi. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Mu’asirat telah berkata, “Dari penjelasan yang telah diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap sebagai salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram.. (Berdasarkan kajian terkini), penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya”.

Penetapan hukum haram ini sudah pasti ada dalil dan hujahnya. Antara dalil dan hujah itu ialah:

Rokok Adalah Khabaith

Allah berfirman: “Dan dia (Rasul ) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith).” (Al-A’raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang khabaith (keji) diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan khabaith sebagai ‘sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji’. Rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia toksik dan beracun sudah pasti termasuk dalam kategori ini.

Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri

Merokok melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama. Tambahan daripada itu mereka yang merokok seolah-olahnya telah membunuh diri mereka sendiri. Allah berfirman: “Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu.” (an-Nisa ayat 29) Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata, “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Rokok Memudaratkan Orang Lain

Asap rokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Nabi bersabda: “Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya.” (Riwayat Tirmizi)

Rokok Membawa Kepada Pembaziran.

Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok dan ini adalah satu pembaziran. Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra ayat 27)

Merokok Menguntungkan Musuh

Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam. Allah telah berfirman: “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah ayat 2)

Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya

Rokok mengandungi nikotin dan nikotin sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Segala yang memabukkan, termasuk dadah berbahaya, diharamkan oleh agama. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah., beliau berkata: “Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir).” (Ahmad dan Abu Daud)

Justeru, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam.

Sumber
http://mindasuper.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=38&Itemid=41

Komen saya


Cuma ingin berkongsi cerita bersama sahabat-sahabat, kisah taubat seorang perokok di bulan Ramadhan ,mudah-mudahan dapat dijadikan panduan untuk memulakan hidup baru tanpa rokok.

“Kesihatanku menurun secara mendadak, rupaku seperti mayat dengan wajah pucat, pipi yang menonjol, mulut yang membesar, batuk-batuk dan terkadang tidak ada nafsu makan.

Apabila aku diserang sakit sedikit sahaja, aku membayangkan ajalku sudah dekat, sehingga aku merasa sangat takut bertemu dengan Allah. Maka aku mengganti pakaian dan mencucinya serta memakai wangi-wangian dan aku segera bertaubat, membanyakkan ibadah dan sentiasa dalam keadaan suci. Aku tidak pernah melihat ketakutan seperti ini melainkan hanya ada pada seorang pendosa.

Pada suatu ketika aku membaca kitab-kitab al-Muhalla karya al-imam Ibnu Hazar, lalu menutupnya kembali dengan dada yang sesak dan putus asa untuk meninggalkan rokok, aku yakin tidak akan dapat meninggalkannya seumur hidupku. Ini kerana setiap minggu aku bertaubat, menghilangkan keinginan dan membuang rokok jauh-jauh, tapi nanti aku akan keluar membelinya walaupun pukul satu pagi.

Setiap kali datang bulan Ramadhan aku bersiap-siap untuk benar-benar bertaubat, tetapi bertambah parah. Aku menambah waktu berjaga malam dan membanyakkan minuman menghilangkan rasa mengantuk antara waktu berbuka puasa hingga waktu sahur sebagai ganti waktu siang.

Aku bertemu Syeikh Abdul Aziz , Aku berdolak-dalik ke bilik mandi untuk bersembunyi menikmati rokok. Melihat itu dia menyediakan bekas abu rokok untukku, sambil menasihatiku;

“Demi Allah, sesungguhnya rokok tidak patut untuk orang sepertimu, demi Allah rokok ini tidak sesuai untuk wajah yang putih berseri sepertimu”.

Suatu hari dia membawaku ke suatu tempat dan bertekad menjauhkanku dari rokok. Selama 10 hari aku meninggalkan rokok, tapi bila balik ke rumah aku merokok lagi.

Yang penting, hampir saja rasa putus asa menguasai diriku. Tapi Allah mengetahui kelemahanku dan mengasihaniku, membantuku menyediakan sebab-sebab untuk bertaubat, alhamdulillah.

Aku kembali membaca kitab, kebetulan bab “iktikaf” hatiku berkata “berhentilah dan renungkan”

Aku ingat bahawa iktikaf adalah pelarian menuju Allah dan menyerah diri kepadanya. Aku berkata kepada diriku “aku akan iktikaf esok, 10 hari terakhir Ramadhan.

Aku masuk masjid untuk beriktikaf beberapa saat sesudah terbenam matahari, aku tinggal di dalamnya, aku bertekad tak akan keluar kecuali untuk berwuduk dan mengganti pakaian, aku tinggal 10 hari 10 malam hingga pagi hari raya.

Di masjid kuhabiskan siang dengan berpuasa, membaca al-Quran dan berdoa. Adapun waktu malam aku gunakan untuk solat taraweh dan bermunajat kepada Allah, waktu lapangku, ku gunakan untuk mengkaji tafsir bersama sahabat-sahabat lain.

Aku merasakan ketenangan yang belum pernah kurasa dalam hidupku, meskipun terkadang dating keinginan untuk merokok pada waktu berbuka dan sebelum sahur, tapi al-hamdulillah aku boleh menahan, dan sewaktu iktikaf aku tak pernah ingatkan rokok, Cuma selepas keluar dari iktikaf aku rasa berat dan ingin kembali merokok, tapi terhalang oleh rasa malu kepada Allah.

Alhamdulillah sekarang aku sangat membenci rokok dan menyesali kebiasaan merokok pada tahun-tahun yang lalu. Aku mengetahui bahawa factor paling besar yang memudahkan seseorang meninggalkan maksiat adalah bertaubat kepada Allah, berserah diri kepadanya dengan berdoa dan memohon hidayahNya”.

Wahai sahabat-sahabat, jangan tunggu lagi, apabila kita ada keazaman untuk meninggalkan rokok, berusahalah dengan penuh keyakinan, di samping mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah-ibadah sunat, insyaAllah Allah s.w.t akan membantu kita.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 19, 2008

Makan dan minum ustaz ustazah pun ikut Syaitan?

Komen dari seorang sahabat tentang adab makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri. Beliau menyatakan adab ini tidak dijaga sehingga ustaz dan ustazah pun makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, dan menyatakan hukumnya adalah HARAM makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, berpandukan kitab Bulughul Maram.

sila rujuk disini

http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=529&mode=thread&order=0&thold=0

Komen saya;
Adab makan dan minum termasuk dalam adab-adab yang diajar oleh nabi s.a.w. Kita boleh mendapat maklumat tentang adab-adab ini di dalam kitab-kitab adab dan tarbiah. Ramai di kalangan kita yang menganggap remeh persoalan adab ini, sehinggakan ustaz dan ustazah juga terlepas pandang. Oleh itu islam menggalakkan umatnya supaya mendidik anak-anak tentang adab-adab ini sewakti mereka mumayyiz lagi supaya menjadi adat kebiasaan mereka. Jika anak-anak tidak dididik sejak awal makan menggunakan tangan kanan, dan membiarkan saja mereka menggunakan tangan kiri, maka ia susah diubah apabila mereka sudah dwasa nanti. Inilah di antara amanah yang perlu dilaksanakan oleh ibubapa para pendidik.

Walaubagaimanapun menjatuhkan hukum HARAM makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri adalah terlalu berat. Kerana kebanyakkan hadis yang menyuruh makan dan minum menggunakan tangan kanan menjadi dalil sunat sahaja bukannya wajib. Oleh itu makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri adalah MAKRUH, inilah hukum yang sederhana.

Hukum Makan Dengan Tangan Kiri

Ringkasnya, makan dengan tangan kiri ada dua hukum :

'''Pertama''' diharuskan jika seseorang tidak ada tangan kanan kerana yang dia ada hanya tangan kiri sahaja. Hujahnya : kalau dia tidak makan dengan tangan kiri kemudian dia nak makan dengan tangan mana kerana dia hanya ada satu tangan sahaja.

'''Hukum kedua''' : makruh, kerana tangan kanan dijadikan untuk sesuatu yang dimuliakan manakala tangan kiri untuk sesuatu yang tidak dimuliakan tetapi kedua-kedua tangan mulia di sisi Allah kalau seseorang memuliakannya dan hina disisi Allah kalau orang itu menghinakannya.

Dalil Makruh Makan Dengan Tangan Kiri

Terdapat beberapa hadith yang melarang seseorang dari makan dengan menggunakan tangan kiri.

'''Pertama''' : Hadith yang diriwayatkan oleh At Termizi, dalam Kitab Makanan, dalam Bab Larangan Makan Dan Minum Dengan Tangan Kiri, no hadith 1721

‏ ‏أن النبي ‏ ‏صلى الله

عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏لا يأكل أحدكم بشماله ولا يشرب بشماله فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

Maksud : bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalalam bersabda : jangan kamu makan dengan tangan kiri dan jangan kamu minum dengan tangan kiri maka sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

'''Kedua''' : oleh At Termizi juga, no hadith 1722

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ‏

Maksud : bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasalalam bersabda : apabila seseorang makan maka hendaklah dia makan dengan tangan kanan dan hendaklah dia minum dengan tangan kanan maka sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.

'''Ketiga''' : Ibnu Majah, dalam Kitab Makanan, bab Makan Dengan Tangan Kanan, no hadith 3257
‏أبي هريرة ‏

‏أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏ليأكل أحدكم بيمينه وليشرب بيمينه وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله

Maksud : dari Abu Hurairah; bahawa nabi s.a.w bersabda;
"Hendaklah kamu makan, minum, mengambil dan memberi dengan tangan kanan. Sesungguhnya Syaitan makan, minum, mengambil dan memberi dengan tangan kiri.


Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri HJ Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 17, 2008

Thierry Henry Masuk Islam

Selepas Michael Jackson Islam,Pemain bola sepak liga perdana inggeris dari perancis ini ini pula masuk Ke dalam agama yang haq ini, apakah ini tanda Islam sudah mula mendekati era kebangkitannya? sama2 kita ambil iktibar dan mengambil peluang yang ada untuk berkhidmat di jalan Allah swt di saat akhir zaman ini.

News dari Al-Jazeera
sila klik http://www.youtube.com/watch?v=DidKBEYCQ1Q

Komen saya
Islam adalah hak semua manusia, ia milik semua bangsa yang ada di atas dunia ini.Beruntunglah orang yang mendapat hidayah daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah memberi manusia dua jalan, samaada jalan syukur(islam) atau jalan kufur(kafir)manusialah memilih antara dua jalan ini.
firman Allah s.w.t dalam surah al-Insan:3
"kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)".

Firman Allah dalm surah al-Kahfi:29
"dan Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah Yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa Yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa Yang mahu kufur ingkar, biarlah Dia mengingkarinya". kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang Yang berlaku zalim itu api neraka, Yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan Dengan air Yang seperti tembaga cair Yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang".

Kalau kita melihat trend hari ini, ramai penduduk eropah memeluk Islam kenapa? jawapannya mereka berilmu, mereka memilih islam berdasarkan ilmu dan kebenaran islam. Tapi kenapa di nusantara ramai orang islam keluar atau murtad daripada islam? jawapanya jahil, sesungguhnya mereka jahil dan tidak mengenal islam.
Pengajarannya, sama-samalah kita meningkatkan ilmu pengetahuan, lebih-lebih lagi dalam bidang agama, supaya kita tidak tertipu dan mencari agama lain selain daripada Islam.

firman Allah s.w.t dalam surah ali-Imran:85
"dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi".

POPULASI PENDUDUK DUNIA
TAHUN 1900 Muslim 12.4 % Kristian 26.9%
TAHUN 1980 Muslim 16.5 % Kristian 30.0 %
TAHUN 2000 Muslim 19.2 % Kristian 29.9 %

Kajian menunjukkan jangkaan berikut:
TAHUN 2025 Muslim 30.0 % Kristian 25.0 %

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 15, 2008

Bush, kasut dan anjing


Muntadar al-Zaidi dari stesyen TV al-Baghdadiya melempar kasut ke arah Bush sambil mengucapkan: "Ini ucapan selamat tinggal dari rakyat Iraq, wahai anjing!" Walaubagaimanapun Bush sempat mengelak dua kasut yang dilempar al-Zaidi.

Komen saya

teringat kisah seorang lelaki musafir dengan seekor anjing;

Kisah seorang lelaki dengan seekor Anjing.....
Haiwan juga adalah mahluk Tuhan yang mempunyai perasaan seperti kita manusia.....Yang membezakannya ialah kita mempunyai akal dan fikiran tetapi haiwan tidak...Haiwan tidak dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah, tetapi mereka mempunyai naluri yang Tuhan berikan untuk meneruskan perjalanan hidupnya.....
Oleh karna ia sama mahluk Tuhan seperti kita, wajarlah kita bersikap belas dan kasihan terhadapnya. Dalam satu riwayat diceritakan tentang seorang lelaki yang berasa sangat dahaga setelah jauh berjalan dipadang pasir. Ditengah perjalanan beliau berjumpa sebuah perigi. Airnya amat cetek dan jauh kebawah....
Beliau terpaksa turun kedalam perigi itu untuk mendapatkan sedikit air buat menghilangkan dahaga. Lelaki itu naik keatas semula selepas minum beberapa teguk air....tiba-tiba ditebing perigi itu, beliau ternampak seekor anjing yang kelihatan tidak bermaya kerana kehausan.
Lelaki itu dapat merasakan betapa hebatnya penderitaan anjing itu lantaran terlalu haus....Hmmmmm kasihan amat!!!! beliau amat bersimpati kepada anjing itu. Walaupun masih keletihan , Lelaki itu berikhtiar untuk memberikan minuman pada anjing yang sedang kehausan itu.
Beliau pun turun kembali kedalam perigi itu, lalu memenuhkan sepatunya (kasutnya)dengan air. Selepas itu, dia pun naik kembali seatas sambil menggigit sepatunya yang berisi air. Sampai diatas, beliau menghulurkan air itu untuk diminum oleh anjing tersebut.
Diatas layanan yang baik dan sifat belas kasihannya terhadap anjing itu, Allah swt memberikan keampunan diatas dosa-dosanya yang lalu...
IKTIBAR...
Berbuat baik terhadap haiwan, walaupun seekor anjing yang dipandang jijik, adalah satu kebajikan dan mendapat pahala kelak...
Sifat belas kasihan adalah amalan hati. Amalan hati diberikan ganjaran yang lebih disisi Allah swt....

Persoalannya di sini ialah;

Apakah perbuatan Muntadar al-Zaidi membaling kasut kepada Bush itu wajar? tidakkah boleh mencari jalan lain untuk menyatakan kemarahan kepada Bush?tidakkah boleh dia berbuat baik kepada Bush? seperti lelaki dalam kisah di atas.

Atau Bush lebih jahat dan hina daripada seekor anjing yang tak perlu diberi layanan baik , tapi hanya layak dilemparkan kasut kepadanya sebagai satu penghinaan.

Saya tinggalkan persoalan ini kepada saudara-saudari sekalian.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 14, 2008

Awas Arak

Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?

Assalamualaikum,Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.
Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.
Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

sumber


"Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!!
PERHATIAN SEMUA!!! Carlsberg baru sahaja mengeluarkan dua produk minuman tin terbarunya bernama JOLLY SHANDY berperisa LEMON dan ORANGE.Malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah2 sama seperti tin minuman biasa F&N, PEPSI, Coca Cola, Drinho, Yeos, etc.Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.





sumber
Komen saya:
Sebagai seorang islam yang beriman kepada Allah s.w.t, kita mesti perihatin persoalan Halal dan Haram dalam islam. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan arak yang telah diharamkan dalam al-Quran melalui firman Allah s.w.t dalam surah al-Maidah:90-91
Maksudnya:
"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu Dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara Yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)"?
Tidak harus bagi seorang muslim meminumnya walaupun sedikit, tidak harus menjual atau membeli, tidak harus dijadikan hadiah, tidak harus mengilangkannya, tidak harus memasukkan ke dalam perniagaannya atau rumahnya, tidak harus menjamunya kepada non muslim dalam jamuan di rumahnya atau pejabatnya dan haram memasukkan ke dalam minuman atau makanan walaupun sedikit (al-Qaradhawi :Halal Haram dalam Islam)
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Dec 13, 2008

Pelik tapi benar

Pertama

Kalimah Allah jelas kelihatan atas perut lembu yang dibuat korban di Pusat Asuhan Tunas Islam Cawangan Tanjung Piandang 12 Dis 2008

sumber
http://idhamlim.blogspot.com/"


Kedua

Peristiwa ini berlaku pada Subuh 6 Ramadhan -18 sept 2007 . Kejadian berlaku di sebuah surau di taman Tiram,Lunas,Kulim. Mengikut kata beberapa jemaah yg melihat kejadian ..pada subuh 6 Ramadhan itu beberapa keping mozek meletup dan lekang dari lantai.Tapi anehnya mozek2 itu tak pulak pecah.Apabila mereka mengangkat dan mengalih kepingan2 mozek ini..alangkah terperanjat mereka...melihat kalimah2 ynag tertera diatas lantai simen. Surau ini ,penduduk2nya begitu mengimarahkannya .Hampir setiap . malam ,tak kira le bulan apa pun.. tazkirah.ceramah dan majlis2 ilmu kerap di buat di situ.

sumber

emel dari seorang sahabat






Terpulang kepada kita samaada percaya atau tidak, adakah ia berlaku secara kebetulan atau bagaimana? tepuk dada tanya iman, yang pasti walaupun tanda-tanda ini tidak ada sekalipun kita tetap yakin dengan Allah s.w.t.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

Jalan-jalan cari makan

Apa yang anda makan pagi ini? Mungkin sebiji roti canai kosong dengan teh tarik ? atau capati dengan kopi O atau lebih berat lagi mee goreng, nasi goreng, mee lakna? Atau apa-apa saja la, macam-macam ada, macam-macam jenis kueh mueh, macam-macam jenis mee, macam-macan jenis nasi dan macam-macam jenis lauk.

Untuk apa anda makan? Untuk hidup atau hidup untuk makan, ada orang cakap selagi engkau boleh makan, makanlah, nanti bila dah sakit dah tak boleh makan lagi, kena berpantang pula, kadang kala kita bukan berpantang, tapi pantang jumpa, hentam saja.

Muslimin dan Muslimat sekalian, sebagai seorang muslim kita ada cara makan yang tersendiri, sebagaimana yang diajar oleh nabi s.a.w. Islam mengharuskan kita makan, tapi jangan melampaui batas

Banyak ayat-ayat al-Quran menyuruh kita makan makanan yang halal lagi baik disamping bertakwa , bersyukur dan jangan melampaui batas.

Antara firman Allah s.w.t;

dan makanlah dari rezeki Yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu Yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman.
(al- Maidah ayat 88)

dan Kami telah menaungi kamu Dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan Yang baik Yang Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. ( Baqarah ayat 57)

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas. (al- A’raf ayat 31)

oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang Yang beriman) dari apa Yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda Yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. (an-Nahlu ayat 114)

begitu juga sunnah nabi s.a.w amat menitik berat masalah kesihatan dan makanan.

Sabda nabi s.a.w;

ما ملأ ادمي وعاء شرّا من بطنه, بحسب ابن ادم لقيمات يقمن صلبه, فإن كان لا بدّ فاعلا , فثلث لطعامه وثلث لشرابه وثلث لنفثه
(رواه الإمام أحمد والترمذي وغيرهما)

Maksudnya;
“tidak boleh seorang anak Adam memenuhi perutnya dengan cara yang melampaui batas, memadailah dia hanya makan beberapa suap untuk membetulkan tulang belakangnya (untuk kuat beribadah) jika sekiranya tidak mampu dan terpaksa makan lebih daripada itu, maka jadikan 1/3 perut untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk pernafasan.

Jika kita makan banyak melebihi kouta makan dan minum sehingga masuk ke dalam kouta pernafasan ia boleh membawa mudarat pada tubuh dan nyawa.

Ada satu kisah yang berlaku di sebuah negeri , dalam pertandingan makan roti canai siapa paling banyak.Pemenang dalam pertandingan itu berjaya makan 18 biji roti canai, selepas sahaja selesai makan dia minum air yang agak banyak, sejurus selepas itu dia meninggal dunia, kenapa? al-maklum sajalah roti canai yang kita makan akan mengembang di dalam perut, lebih-lebih lagi bila diminum air pula, maka ia memenuhi kouta pernafasan dan menyebabkan tak boleh bernafas, lalu…Inna Lillah

Dalam Hadis yang lain nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya;

“orang mukmin makan dengan satu perut, orang kafir makan dengan tujuh perut”.

Maksudnya orang mukmin ada batas-batasnya dalam mencari makanan ada yang boleh makan ada yang haram dimakan, tapi orang kafir tidak ada halal haram dalam makanan mereka.

Firman Allah s.w.t

Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah :168)

Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.
(al-Baqarah:172)

Konsep makanan Halal yang pertama ialah makanan itu sendiri terdiri daripada makanan yang halal dimakan, bukan makanan yang haram , contoh makanan haram haiwan darat seperti Khinzir dan lain-lain, manakala haiwan laut semuanya halal kecuali yang beracun kalau tumbuh-tumbuhan pastikan tidak beracun dan memabukkan.

Kedua cara penyediaan makanan , pastikan haiwan disembelih dengan cara yang betul mengikut syarak, cara memasak mengikut sunnah dan tidak bercampur dengan benda-benda haram, cara dihidangkan tidak bercampur dengan hidangan haram di atas meja dan sebagainya.

Kadangkala kita hari ini, hanya perihatin dengan makanan haram sahaja, semua orang islam cukup sensitive dengan khinzir, tapi kebanyakan kita tidak peduli dengan cara penyediaan makanan halal.

Kita tak peduli ayam yang kita beli itu disembelih oleh siapa? dijual oleh siapa? Dimasak oleh siapa? Yang penting ialah ayam, sebab bagi kita ayam itu halal, itu sahaja. Tak hairan ramai orang islam yang makan dan minum di kedai non muslim, sebab katanya dia makan ayam bukan khinzir, dia minum kopi bukan arak.

Ketiga ialah cara masak, kalau kita lihat di kedai makan, cara basuhan pun tidak betul mengikut sunnah, macamana tukang masak membasuh ayam dan daging, selalunya telur tidak dibasuh terlebih dahulu, main ketuk masuk je dalam kuali bersama najis yang ada dikulitnya, sedap rasanya kan?

Keempat ialah tukang masak. Adakah tukang masak tadi menutup aurat samaada lelaki atau perempuan, walaupun tidak haram makanan yang kita makan daripada tukang masak yang tidak menutup aurat, tapi berkatkah makanan itu? Kadang kala kita ke Bazar ramadhan di bulan Ramadhan, sekali lihat kueh cukup berselera, tapi bila lihat tukang masak atau penjualnya hilang selera. Oleh itu kepada yang suka jalan-jalan cari makan carilah kedai-kedai yang halal, cara penyediaan yang mengikut sunnah, tukang masak yang berpakaian menutup aurat , bukan hanya mencari yang mana paling sedap dan lazat sahaja, tanpa memikirkan ibadah dan berkah.

Jadi kesimpulannya masak di rumah adalah lebih baik, bagi yang ada masa, yang tak sempat masak carilah kedai-kedai yang kita yakin cara penyediaannya mengikut sunnah, supaya makanan yang kita makan bersih, berkhasiat dan berkat, kerana makanan yang kita makan amat rapat perkaitannya dengan ibadah kita, samaada diterima oleh Allah s.w.t ataupu tidak.Mencari yang Halal adalah fardu ke atas setiap orang Islam. Selamat menjamu selera.

Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
14 Dis 2008

Dec 12, 2008

Sembelihan,Adab dan Hikmah

Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?
Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas. Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).Babi satu-satunya binatang yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan olehBarat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitanketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Diterbitkan oleh :Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganuhttp://www.tranungkite.net/Email : tranungkite@hotmail.com atau : tranung2006@yahoo.comPandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)
This article comes from Tranungkite Online V8http://www.tranungkite.net/v8The URL for this story is:http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=264

Komen

Ada setengah golongan, misalnya Golongan Brahmana (Hindu) dan ahli Falsafah yang mengharamkan dirinya menyembelih dan memakan binatang. Mereka hanya hidup dengan makanan-makanan dari tumbuh-tumbuhan. Golongan ini berpendapat, bahwa menyembelih binatang adalah satu keganasan manusia terhadap binatang hidup. Manusia tidak berhak untuk menghalang kehidupan binatang-binatang ini.

Tetapi kita juga tahu hasil dari pengamatan kita terhadap alam ini, bahwa diciptanya binatang-binatang itu tidak mempunyai suatu tujuan. Sebab binatang tidak mempunyai akal dan kehendak. Bahkan secara nalurinya binatang-binatang itu dicipta untuk memenuhi (khidmat) keperluan manusia. Oleh karena itu tidak pelik kalau manusia dapat memanfaatkan dagingnya dengan cara menyembelih.
Kita juga mengetahui dari sunnatullah (ketentuan Allah) terhadap makhluknya ini, yaitu: golongan rendah, biasa berkorban untuk golongan atas. Misalnya daun-daunan yang masih hijau boleh dipotong/dipetik buat makanan binatang, dan binatang disembelih untuk makanan manusia dan, bahkan, seseorang berperang dan terbunuh untuk kepentingan orang ramai. Begitulah seterusnya.
Haruslah diingat, bahwa kalau manusia dilarang untuk menyembelih binatang, juga tidak dapat melindungi binatang tersebut dari bahaya maut dan binasa. Samaada binatang ini bergaduh sesama sendiri atau menjadi mangsa binatang yang lebih besar , ataupun dia juga akan mati dengan sendirinya; dan kadang-kadang mati dalam keadaan demikian itu lebih sakit daripada ketajaman pisau.


Islam mensyariatkan sembelihan ada syarat-syaratnya, bukan menyembelih dengan mengkhinzir buta sahaja, antara adab dan syarat sembelihan syarak ialah;

- mesti menggunakan alat yang tajam untuk memudahkan sembelihan dan tidak menyakitkan haiwan yang disembelih.

- sembelihan berlaku pada leher binatang dan memutuskan urat halqum dan juga urat merih untuk memudahkan binatang mati sejurus disembelih, bukan disembelih di batang tengkok atau anggota lain yang akan melambat dan menyeksa binatang tersebut untuk mati

- dengan menyebut nama Allah s.w.t yang telah mencipta binatang tersebut untuk manusia

Umat islam menyembelih binatang di atas nama Allah tuhan yang mencipta bukan kerana hawa nafsu.

Hikmah sembelihan dan rahsianya;

untuk memudahkan keluar roh binatang dengan cara yang paling singkat dan cepat dengan tidak menyiksa binatang, berbanding dengan haiwan yang mati dengan cara yang lain, seperti terkena penyakit, mati tercekik, mati jatuh dari tempat tinggi, mati kemalangan dilanggar lori, mati bergaduh sesama sendiri, semua cara kematian ini menyakitkan binatang tersebut, untunglah binatang yang disembelih kerana matinya tidak sakit berbanding mati dengan cara yang lain.

selain itu islam mensyaratkan alat sembelihan yang tajam dan menegah menggunakan gigi, kuku dan tulang binatang kerana ia menyakitkan.

sabda nabi s.a.w :(hadis riwayat imam Muslim)

إنّ الله كتب الإحسان على كل شيء, فإذا قتلتم فأحسنوا القتلة, وإذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah s.w.t mewajibkan berlaku ihsan pada semua perkara; apabila kamu membunuh maka bunuhlah dengan ihsan (bunuh yang dibolehkan dalam islam hanya tiga sahaja, iaitu pembunuh maka dibunuh balas (Qisas), orang muhsan yakni sudah berkahwin berzina maka rejam sampai mati, orang yang murtad) dan apabila kamu menyembelih maka sembelihlah dengan ihsan, tajamkan pisau-pisau kamu dan berilah kerehatan kepada binatang sembelihan beberapa ketika sehingga tidak bergerak sebelum dilapah.

Bagi yang terlibat dengan penyembelihan mestilah menjaga adab-adab ini;

-janganlah menyembelih dengan menggunakan pisau yang tumpul

-janganlah mengikat binatang terlalu kuat sehingga menyakitkannya

-janganlah terus melapah binatang sedangkan badannya masih bergerak

inilah antara adab-adab yang perlu diberi perhatian semoga dapat membuka mata non muslim, betapa indahnya islam, sehingga menyembelih pun ada adab-adabnya, dan kita buktikan kepada mereka bahawa menyembelih binatang bukan satu kezaliman kepada binatang bahkan satu rahmat buat binatang.

Hassan Basri Hj Abdullah

Peringatan bagi yang lalai.

13 Dis 2008




Dec 11, 2008

Tazkirah Jumaat

Antara as-Sajdah dan al-Insan

Jika kita melihat kepada sunnah nabi s.a.w, dalam kebanyakan solat subuh pada hari jumaat baginda membaca Surah as-Sajdah pada rakaat yang pertama dan Surah al-Insan pada rakaat yang kedua. Mungkin inilah yang menyebabkan imam as-Syafie menggalakkan membaca dua surah ini dalam solat subuh hari Jumaat dan mengatakan ia adalah sunat , walaupun golongan Hanafi dan Maliki mengatakan Makruh dengan membaca surah-surah tertentu secara berterusan kerana bimbang orang-orang awam megatakan ia adalah wajib dan tidak sah solat tanpa membaca surah ini.

Mengapa nabi s.a.w solat subuh hari jumaat dengan membaca kedua-dua surah ini?
Ulama cuba memberi sebab, antaranya;

-kerana kedua-dua surah ini menceritakan asal-usul kejadian manusia, amalan-amalan manusia ,kedudukan manusia di akhirat, maka seolah-olah nabi s.a.w membaca kedua surah ini supaya manusia mengetahui kenyataan ini supaya mereka dapat membentuk perangai, membetulkan niat mereka dan halatuju kehidupan mereka .

Cuba kita lihat kedua-dua surah menceritakan tentang asal usul kejadian manusia.

Surah as-Sajdah

Selepas Allah s.w.t menyatakan bahawa dialah yang mencipta langit dan bumi, maka Allah s.w.t berfirman ayat 7-9 yang bermaksud;

7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
8. kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;
9. kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Kemudian Allah menyatakan bahawa manusia mesti akan lenyap dari muka bumi dan pasti mati tidak ada yang akan kekal abadi. Walaubagaimanapun tinggal di alam Barzah hanyalah dalam tempuh tertentu sahaja, kemudian manusia akan keluar dari kubur dan tidak akan kembali lagi ke kubur selamanya, tetapi orang-orang Musyrikin tidak percaya dan mereka berkata; (as-Sajdah ayat 10)

10. dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.


Allah s.w.t menjawab melalui firmanNya: (as-Sajdah ayat 27)

27. dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi Yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu tanaman-tanaman, Yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?

Jika kamu rasa pelik untuk hidup semula selepas mati, maka kenapa kamu tidak melihat kepada bumi yang kamu hidup di atasnya, bumi yang mati kemudian allah s.w.t menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan dari bumi. Jwapannya begitulah Allah s.w.t akan membangunkan dan membangkitkan kamu semula dari kubur.


Jika kamu ingkar dan tak mahu percaya maka dengarlah firman Allah s.w.t dalam surah as-Sajdah ayat 26;

26. dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum Yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

Surah as-Sajdah bertanya dalam ayat 18

18. (jika demikian halnya) maka Adakah orang Yang beriman sama seperti orang Yang fasik? mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).


Mari kita melihat pula kepada surah al-Insan, surah ini menceritakan kisah yang sama mengenai kejadian manusia tetapi dalam cara yang berbeza, inilah kita dapat melihat mukjizat al-Quran yang maha hebat.

Surah al-Insan menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada air mani yang bercampur.

Firman Allah s.w.t;(al-Insan ayat 2)

2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.

Dalam surah al-Insan Allah s.w.t menyatakan manusia Mendengar dan Melihat manakala dalam surah as-Sajdah ayat 9 Allah s.w.t menyatakan manusia dikurniakan Pendengaran dan Penglihatan, sebagaimana firman Allah s.w.t;

9. kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

Dalam surah al-Insan disebut kisah ahli neraka tapi hanya dalam satu ayat sahaja, iaitu ayat 4;

4. (dalam pada itu), Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa Yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka Yang menjulang-julang.

Dalam surah as-Sajdah kisah ahli neraka diceritakan lebih panjang lebar, antaranya ialah ayat 12;

12. dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".

Dalam surah al-Insan diceritakan dengan panjang lebar kisah ahli syurga, firman Allah s.w.t ayat 20-22;

20. dan apabila Engkau melihat di sana (dalam syurga itu), Engkau melihat nikmat Yang melimpah-limpah dan kerajaan Yang besar (yang tidak ada bandingannya).
21. mereka di Dalam syurga memakai pakaian hijau Yang diperbuat dari sutera Halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi Dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka Dengan sejenis minuman (yang lain) Yang bersih suci.
22. (serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)".

Dalam surah as-Sajdah orang kafir tidak percaya dengan hari kebangkitan semula, dan kita dapati dalam surah al-Insan Allah menggambarkan keadaan orang-orang kafir dan ayat 27-28;

27. Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) Yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat Yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang Yang tidak bertaqwa).
28. Kamilah Yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (Mereka dengan) orang-orang Yang serupa Dengan mereka, Dengan penggantian Yang sebaik-baiknya.


Kedua-dua surah menceritakan ujian Allah s.w.t kepada manusia.

Surah as-Sajdah ayat 13;

13. dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang Dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".

Ayat ini memberi makna bahawa Allah s.w.t taala mampu mencipta manusia seperti Malaikat yang taat dan patuh kepadaNya atau menjadikan manusia seperti tumbuhan yang tak berakal atau binatang yang tak perlu melakukan ibadah tetapi Dia mencipta manusia sebagai manusia untuk diuji samada manusia hendak bersyukur atau kufur.

Firman Allah dalam surah al-Insan ayat 2-3;

2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.
3. kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

Begitulah serba sedikit kaitan antara surah as-Sajdah dan Surah al-Insan yang boleh membentuk manusia untuk menjadi seorang Muslim, Mukmin dan Muttaqin. Begitulah masjid dibina di zaman awal islam, imam membaca surah dan makmun menghayati makna surah. Tapi hari ini imam membaca surah tapi makmum tak pernah tahu makna surah walaupun surah-surah ini diulang-ulang beribu kali pun ia tak akan dapat mengubah manusia selagi manusia tidak memahami bahasa al-Quran, lebih dasyat lagi kalau imam juga tak faham apa yang dibacanya sekadar menghafaz surah as-Sajdah dan Surah al-Insan untuk lulus dalam temuduga menjadi imam masjid. Kefahaman kepada ayat yang dibaca perlu dipertingkatkan, bagi yang mampu untuk belajar bahasa Arab dan umur masih muda maka belajarlah bahasa al-Quran ini, bagi yang tidak mampu kerana umur sudah lanjut maka sekadar membeli al-Quran tafsir dan cubalah memahami ayat-ayat Allah s.w.t, kalau tak mampu semua surah dan semua ayat sekadar surah-surah tertentu dan ayat-ayat tertentu, sekurang-kurangnya kita dapat memahami apa yang dibaca oleh imam demi meningkatkan khusyuk ketika solat bersama imam atau bersendirian.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
12/12/08