SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Jan 13, 2009

Cerita batu,pokok dan Yahudi

Sabda nabi s.a.w
"لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود، حتى يقول الحجر وراءه اليهودي: يا مسلم هذا يهودي ورائي فاقتله"
Maksudnya;
"Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah kamu memerangi Yahudi sehingga batu berkata; dibelakangku Yahudi, “wahai muslim ini Yahudi di belakangku bunuhlah dia”.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)

"لا تقوم الساعة حتى يقاتل المسلمون اليهود، فيقتلهم المسلمون حتى يختبئ اليهودي من وراء الحجر والشجر، فيقول الحجر أو الشجر: يا مسلم، يا عبد الله، هذا يهودي خلفي، فتعال فاقتله. . إلا الغرقد، فإنه من شجر اليهود"
Maksudnya;
“Tidak akan berlaku qiamat sehingga orang-orang islam memerangi Yahudi dan membunuh mereka sehingga Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pokok, maka batu dan pokok berkata; “wahai muslim, wahai hamba Allah, Yahudi ada di belakangku, marilah dan bunuh dia kecuali pokok Gharqad kerana ia adalah pokok Yahudi.
(Hadis riwayat Muslim)

"تقاتلون اليهود، فتسلطون عليهم، حتى يختبئ أحدهم وراء الحجر، فيقول الحجر: يا عبد الله، هذا يهودي ورائي فاقتله"
Maksudnya;
"Kamu memerangi Yahudi dan menguasai mereka, sehingga Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan batu berkata; “wahai hamba Allah ini Yahudi di belakangku bunuhlah dia".
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar)

Hadis-hadis yang disebutkan ini adalah hadis yang sohih, tetapi kita tidak disuruh untuk bertawakkal untuk menunggu pokok-pokok dan batu-batu bercakap “Yahudi di belakangku bunuhlah dia” tapi kita mesti berusaha dan memenuhi syarat-syarat untuk mendapat kemenangan itu.

Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata;

Hadis-hadis ini sohih tanpa khilaf dan ia merupakan pengumuman nabi s.a.w, ia sudah berlalu 13 kurun lamanya.
Sesungguhnya Yahudi zionis berada di bawah peliharaan muslimin , mereka hidup merempat di serata alam, tidak ada bumi yang menerima mereka kecuali bumi islam, tidak ada yang menjaga kebebasan agama mereka kecuali islam,kerana islam telah mengiktiraf mereka sebagai ahlul kitab. Bagaimana boleh tercetus peperangan antara Yahudi dan muslimin, bagaimana pula seorang manusia boleh memusuhi orang yang menjaganya dan bagaimana mereka boleh membina kekuatan sehingga boleh memerangi muslimin.

Sesungguhnya bermula peperangan antara Yahudi dan Islam selepas mereka menceroboh bumi Palestin, menghalau penduduk palestin keluar dari dari tanah air mereka dan mereka menceroboh segala larangan dan menawan masjid Aqsa, mereka merancang untuk memusnahkan Aqsa dan mendirikan Haikal di atas keruntuhanya, tetapi orang-orang islam berada di dalam lena yang panjang.

Tetapi kita tetap percaya bahawa apa yang dijanjikan oleh hadis nabi s.a.w akan berlaku tidak syak lagi, orang islam pasti akan membunuh dan menghalau mereka, tapi bila ia akan berlaku? Semua itu di dalam ilmu Allah s.w.t, mungkin esok atau lusa atau setelah dikehendaki oleh Allah s.w.t untuk jangka masa yang tertentu.

Yang penting peperangan yang disebutkan di dalam hadis bukan peperangan Negara atau bangsa, tetapi peperangan agama. Ia bukan peperangan antara Arab dan Zionis sebagaimana hari ini, ia juga bukan peperangan antara Yahudi dan Palestin, tetapi peperangan antara Yahudi dan muslimin seluruhnya, sebagaimana disebut dalam hadis bahawa peperangan ini bukan antara satu kumpulan muslimin dan satu kumpulan yahudi tapi seluruh muslimin akan berperang dengan Yahudi seluruhnya.

Hakikatnya pada hari ini Yahudi telah memerangi orang islam dengan seluruh kekuatan yang ada padanya, mereka membelanjakan harta mereka sedangkan mereka merupakan manusia paling kedekut, mereka mempertaruhkan nyawa mereka sedangkan mereka adalah manusia paling haloba untuk hidup, semua ini menunjukkan kesungguhan mereka dan mereka bukan main-main. Mereka merancang dan melaksanakan segala perancangan berpandukan ilmu yang ada dalam kitab Taurat dan hukum yang ada dalam kitab Talmud.

Tetapi kita jauh dari perjuangan yang sebenar, kita berperang di atas dasar bangsa dan tidak ada kaitan dengan agama, mereka berada di bawah panji Yahudi tapi kita tidak berada di bawah panji islam, mereka menghormati hari Sabtu kita tidak menghormati hari Jumaat, mereka menyeru dengan nama Musa kita tidak menyeru dengan nama Muhammad s.a.w.

Oleh itu kita mesti melihat kepada diri sendiri, apabila kita inginkan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t dan nabi s.a.w, maka kita perlu mengubah nasib kita sehingga Allah s.w .t mengubah nasib kita, kita mesti memerangi mereka sebagaimana mereka memerangi kita, kita mesti bersatu di atas nama agama untuk membebaskan Palestin.

Apabila kita melihat kepada hadis di atas, batu dan pokok berkata “wahai hamba Allah! “wahai muslim!” ia memanggil hamba Allah, adapun hamba nafsu, hamba syahwat, hamba dinar, hamba dirham, hamba dollar dan hamba ringgit tidak akan dipanggil oleh pokok dan batu bahkan ia akan memanggil Yahudi untuk membunuh mereka.

Batu dan pokok memanggil “wahai muslim” bukan “wahai Arab, wahai Palestin, wahai melayu, wahai wahai Mesir, wahai Saudi, wahai Jordan” ia memanggil dengan satu nama yang apabila dipanggil akan diketahui semuanya iaitu “wahai muslim!”maka apabila kita memasuki medan peperangan di atas dasar ubudiyyah kepada Allah s.w.t dan di bawah panji-panji islam insyaallah di waktu itu pertolongan Allah s.w.t akan sampai dan semua makhluk Allah s.w.t akan bersama dengan kita termasuk batu dan pokok.

Persoalannya, adakah peperangan kita dengan Yahudi akan berlangsung hingga hari qiamat?

Persoalan ini sukar dimengertikan, yang pasti kemenangan ini akan berlaku sebelum qiamat, perkataan “sebelum qiamat” bermula selepas kewafatan nabi s.a.w sehingga berlaku qiamat.

Kalau melihat kepada hadis-hadis nabi s.a.w ,penggunaan perkataan “ tidak akan berlaku qiamat sehingga berlaku sekian…..sekian perkara (dalam kitab Sohih al-Jami’ as-Soghir) maka kita dapati ada 15 hadis yang menggunakan perkataan tersebut. Ada di antaranya yang telah berlaku dan ada yang belum berlaku dan pasti akan berlaku.

contoh apa yang telah berlaku;
sabda nabi s.a.w;

لا تقوم الساعة حتى يتباهى الناس في المساجد"
Maksudnya;
“ Tidak akan berlaku qiamat sehingga manusia bermegah dengan masjid”.
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Bermegah dengan masjid ertinya bermegah dengan binaannya dan perhiasannya, membina masjid untuk satu kemegahan bukan tujuan beribadat kepada Allah s.w.t, ini telah berlaku dan sedang berlaku.

sabda nabi s.a.w;
: "لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا الترك.
Maksudnya;
“ Tidak akan berlaku qiamat sehingga kamu memerangi Turki”.
Ini sudah berlaku berkurun-kurun yang lalu.

Contoh apa yang belum berlaku
sabda nabi s.a.w;
: "لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها".
Maksudnya;
“ Tidak akan berlaku qiamat sehingga matahari terbit di sebelah barat”

Oleh itu kemenangan umat islam ke atas Yahudi akan berlaku sebelum qiamat, bila wallahu a’lam, yang pasti pertolongan Allah itu hampir. Apa yang penting kita perlu menyiapkan diri dan merapatkan saf menjadi satu umat yang berjuang di bawah panji-panji islam.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai.

0 comments:

Post a Comment