SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Jan 9, 2009

Kenapa Allah s.w.t tidak selamatkan Gaza?

Mungkin ramai juga di kalangan kita yang mengeluh dengan apa yang berlaku di Gaza ketika ini. Rejim Zionis meneruskan serangan demi serangan ke atas penduduk Gaza, kemusnahan di Gaza semakin dasyat, kematian, kecederaan, tangisan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa sangat memilukan hati, lebih-lebih lagi apabila kita membayangkan anak-anak itu adalah anak-anak kita. Maka keluarlah dari mulut kita, di mana Allah? kenapa Allah tidak membantu mereka? kenapa Allah membiarkan mereka sengsara? kenapa Allah tidak menurunkan tentera malaikatNya, ataupun burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi yang memang dilaknat oleh Allah sebagaimana Allah menghancurkan tentera Abrahah, kenapa Allah tidak menghancurkan Yahudi sebagaimana Allah menghancurkan Ad dan Thamud?

Sesungguhnya Allah s.w.t tidak membiarkan persoalan ini tanpa jawapan, apa jawapan Allah?
Firman Allah : Muhammad :4
"فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ].

maksudnya;
"Dengan Yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka Dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana Yang hidup) dan ikatlah mereka Dengan kukuhnya. setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu Dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka Dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir Yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab Yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya). dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi ia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). dan orang-orang Yang telah berjuang serta gugur Syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka".

Allah s.w.t mengarahkan orang islam berperang di medan peperangan,dan menyatakan kalau Allah mahu, Allah boleh menghancurkan kuffar tanpa perlu orang-orang islam berperang(dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya)
tapi ini tidak berlaku, kerana Allah tidak menghendakinya, kenapa Allah tidak menghendakinya, kerana Allah akan menguji orang-orang beriman ( kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan Yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu). Allah mahu menguji setakat mana kesanggupan orang-orang islam menghadapi segala mehnah dan tribulasi, Allah mahu menguji orang-orang islam dengan ketakutan,kelaparan, kekurangan harta dan kehilangan nyawa.Dengan ujian ini maka akan terserlahlah kebenaran, terbongkarlah rahsia orang-orang islam adakah mereka sanggup mengorbankan nyawa dan harta mereka untuk islam dan terserlah juga setakat mana pertalian persaudaraan islam sedunia adakah mereka akan membantu saudara seislam yang sedang dalam kesusahan. Benarlah Fudail Bin Iyadh yang berdoa kepada Allah "Ya Allah janganlah menguji kami, sesungguhnya jika engkau menguji kami, maka akan terbongkarlah rahsia-rahsia kami"

Alangkah mudahnya seorang muslim untuk mendakwa beriman dan bersedia untuk berkorban mempertahankan kesucian agama dengan harta dan nyawa, tapi adakah Allah s.w.t boleh menerima dakwaan itu tanpa dibuktikan terlebih dahulu, atau Allah perlu menguji mereka untuk membongkar rahsia mereka adakah benar-benar beriman atau munafik yang berpura-pura beriman. Tidakkah Allah telah mencerikan bahawa manusia akan menjadi saksi ke atas dirinya sendiri di hari pembalasan nanti.
 firman Allah s.w.t :an-Nur :24
يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
maksudnya;
"pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang Segala Yang mereka lakukan".


Oleh itu, peperangan yang berlaku di Gaza atau yang telah berlaku dan akan berlaku, tidak berlaku kecuali dengan kehendak Allah s.w.t untuk menguji umat islam sedunia adakah mereka akan membuat pengorbanan harta dan nyawa untuk islam, penduduk Gaza telah berkorban harta dan nyawa, manakala masyarakat luar Gaza perlulah mengorbankan harta untuk membantu mereka, kerana syurga bukan percuma, kalau syurga percuma maka semua orang boleh memasukinya, untuk masuk ke syurga Allah perlu mengorbankan harta dan nyawa.
Firman Allah s.w.t: at-Taubah :111
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ]

maksudnya;
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga"
Tidak dinafikan setiap peperangan yang berlaku maka akan ada yang terkorban, maka jawapan Allah kepada kita semua ialah;
firman Allah s.w.t :muhammad :4
"dan orang-orang Yang telah berjuang serta gugur Syahid pada jalan Allah (mempertahankan ugamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka".

Mudah-mudahan dapat menjawab persoalan dan hikmah yang berlaku, mudah-mudahan dengan ujian ini kita dapat membuktikan kepada Allah s.w.t kecintaan kita kepada islam dan saudara sesama islam, ayuh wahai saudara-saudaraku kita buktikan yang kita amat perihatin terhadap apa yang berlaku di Gaza, ayuh buktikan dengan kita menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka dan marilah kita memboikot barangan Yahudi dan sekutunya Amerika untuk membuktikan bahawa kita amat membenci musuh-musuh kita dan musuh Allah yang menceroboh kedaulatan negara islam.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

1 comments:

udinb said...

Assalamualaikum Ustaz,

Tahniah ... Satu usaha yang murni. Saya mohon keizinan untuk meletak link blog Ustaz pada blog saya agar kawan-kawan saya berpeluang mengetahui dan membacanya.

Post a Comment