SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Nov 24, 2008

Iman Asas Yang Kukuh

Kepada Ibubapa dan Murabbi

Iman adalah perkara asas dalam pendidikan anak-anak.Ia perlu disemai sejak kecil,iman tak boleh diwarisi,ia tiada di tepian pantai,ia tiada di pusat-pusat karaoke.Seorang bapa menjadi imam anak belum pasti beriman.Benih-benih iman perlu ditanam,disiram,dijaga,dibajai untuk melahirkan sebatang pokok yang kukuh,segar,menghijau,mengeluarkan bunga dan buah yang segar untuk dimakan.

Anak-anak perlu diikat dengan usul iman dan rukun islam sejak kecil.

Usul iman:perkara-perkara ghaib
*Beriman kepada Allah s.w.t
*Beriman kepada Malaikah
*Beriman kepada kitab
*Beriman kepada Rasul
*Beriman adanya Munkar dan Nakir
*Beriman adanya azab kubur
*Beriman adanya hari kebangkitan
*Beriman adanya hisab
*Beriman adanya syurga dan neraka dan lain-lain.

Rukun islam:semua ibadah badan dan harta
*Solat
*Zakat
*Puasa
*Haji dan Umrah

Berikut antara panduan nabi s.a.w untuk mendidik anak-anak dengan usul iman.rukun islam dan hukum-hukum syarak;

1)Apabila seorang bayi lahir ke dunia nabi mengarahkan supaya diazan dan diiqamatkan,dengan harapan supaya kalimah tauhid menjadi perkara yang pertama didengar oleh seorang bayi,bukannya mendengar lagu-lagu melayu,hindustan dan sebagainya.

2)Memperkenalkan kepada anak-anak perkara-perkara yang halal dan haram.
contohnya seorang lelaki tidak boleh berpakaian menyerupai wanita dan wanita tidak boleh menyerupai lelaki,seorang lelaki tidak boleh memakai perhiasan wanita walaupun bukan emas seperti rantai leher,subang dan sebagainya.Hari ini kita melihat wanita dan lelaki sudah tidak ada bezanya dari segi cara mereka berpakaian dan berhias.

3)Mengarahkan anak-anak solat sewaktu umur mereka tujuh tahun dan boleh memukulnya untuk tujuan mendidik ketika umur mereka 10 tahun jika belum lagi menunaikan solat dan pisahkan tempat tidur mereka.
Hari ini remaja umur 17 tahun pun belum tentu solat,bahkan retua umur 70 tahun pun masih ada yang tak solat.Anak-anak lelaki dan perempuan tidur satu bilik akhirnya terjadi sumbang mahram.

4)Mendidik anak-anak supaya cinta kepada nabi s.a.w ,ahli keluarganya dan mengajar kemahiran membaca al-Quran.
hari ini remaja tidak kenal siapa nama nabi s.a.w,tidak tahu apa makanan kegemaran nabi,tidak tahu pakaian kegemaran nabi s.a.w sebagaimana mereka mengenali seorang artis dan pelakon bukan hanya kenal nama bahkan lebih daripada itu.
Remaja hari ini tidak pandai baca al-Quran bahkan huruf jawi pun mereka tak kenal.Baca bahasa inggeris laju macam jet tapi baca al-Quran lambat macam semut.

Kata Imam al-Ghazali:
"Anak amanah kepada ibubapa,hatinya bersih seperti permata,jika dibiasakan dan diajar dengan kebaikan dia akan bahagia dunia akhirat.sebaliknya jika dibiasakan dengan kejahatan dan dilepaskan seperti melepas binatang dia akan derita dan binasa".

Manusia yang mempunyai iman yang mantap tidak akan sanggup melakukan maksiat walaupun di tempat yang tiada sesiapapun,kerana imannya selalu menyatakan bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan walaupun sebesar atom atau molekul.

Luqman al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya melalui firman Allah s.w.t dalam surah Luqman yang bermaksud;

"(Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.(Luqman:16)


Kesimpulanya,iman adalah asas yang kukuh untuk membina generasi rabbani,ia sebagai benteng untuk mengekang segala bentuk kejahatan yang ada.Jika ibubapa dan para murabbi memainkan peranan masing-masing,insyaAllah kita dapat sekurang-kurangnya mengurangkan keruntuhan akhlak dan moral yang hebat melanda negara kita kini.Kita ingin melihat remaja kita mengunjungi rumah Allah,kita rindu mendengar alunan suara mereka membaca dan melagukan al-Quran,kita mahu mendengar mereka bertasbih,bertahmid dan bertakbir.
Ya Allah!berikan kepada kami kekuatan untuk mendidik anak-anak kami dan anak-anak didik kami menjadi insan yang taat dan patuh kepadaMu Ya allah!.Amin.

0 comments:

Post a Comment