SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Nov 23, 2008

Wahai Ibubapa sedarlah

Wahai Ibubapa!Sedarlah

Bahawa anak-anak adalah amanah Allah s.w.t.Ia merupakan tanggungjawab yang sangat berat untuk dipikul.Berkahwin mungkin mudah,melahirkan anak juga mungkin mudah tapi mendidik,mengasuh,mentarbiah anak-anak untuk menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa bukanlah sesuatu yang mudah.

Pendidikan anak-anak tidak bermula selepas saat kelahirannya,atau waktu mengandungkanya,tapi ia bermula sebelum seorang suami memilih calon isterinya.Sebab itu nabi s.a.w memberi panduan kepada kita melalui sabdanya yang bermaksud:-

"Seorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara;kerana hartanya,pangkat atau keturunannya,kecantikannya dan agamanya,maka pilihlah yang beragama engkau akan selamat".(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini,nabi s.a.w menyatakan cara memilih pasangan hidup itu ada empat pilihan,tetapi nabi menganjurkan kepada kita supaya memilih yang beragama tanpa menoleh kepada yang selain daripada itu.Dalam masa yang sama jika yang beragama itu berharta,keturunan yang baik-baik dan cantik pula itu adalah bonus buat sang suami.

Oleh itu untuk mendapatkan anak-anak yang soleh,terlebih dahulu perlu memilih ibu yang soleh untuk mereka.Saidina Umar al-Khattab pernah disoal oleh seorang remaja tentang tanggungjawab seorang bapa kepada anaknya,maka jawab Umar;seorang bapa perlu memilih ibu yang baik untuk anaknya,menamakan anak dengan nama yang baik dan mengajarkan kemahiran al-quran kepada anak-anaknya.

Wahai ibubapa!sedarlah

Bahawa mendidik anak-anak adalah arahan Allah s.w.t dan arahan nabi Muhammad s.a.w. yang perlu dilaksanakan,jika kita gagal melaksanakannya kita diberi amaran keras oleh Allah s.a.w balasan buruk di hari pembalasan nanti.

Antara ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak ialah;

" dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah Engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadaMu, (bahkan) Kamilah Yang memberi rezeki kepadamu. dan (ingatlah) kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa".(Toha:132)

" Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah Dalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan Segala Yang diperintahkan".(at-Tahrim:6)

" dan Sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa Yang kamu telah kerjakan".
(an-Nahlu:93)

"Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana Sesungguhnya mereka akan disoal".
(soffat:24)

Antara Hadis yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak ialah;

" الرجل راع في أهله ومسؤول عن رعيته, والمرأة راعية في بيت زوجها مسؤولة عن رعيتها"

Maksudnya :

" Seorang lelaki/suami bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya,oleh itu dia akan disoal oleh Allah s.w.t tentang tanggungjawabnya.Manakala seorang isteri pula bertanggungjawab terhadap rumah suaminya,oleh itu dia akan disoal tentang tanggungjawab tersebut".

(Hadis riwayat:Bukhari dan Muslim)

"ما نحل والد ولدا أفضل من أدب حسن"

Maksudnya:

"Tidak ada pemberian yang lebih istimewa oleh seorang bapa kepada anaknya daripada didikan yang baik". (Hadis riwayat:Tirmizi)

"أدبوا أولادكم على ثلاث خصال: حب نبيكم وحب ال بيته وتلاوة القران"

Maksudnya:
"Didiklah anak kamu tiga perkara:cinta kepada nabi,cinta kepada ahli keluarga nabi dan didik kemahiran membaca al-Quran"(Hadis riwayat:at-tobrani)


Berpandukan kepada Ayat-ayat al-Quran dan Hadis-hadis nabi di atas maka para ibubapa perlu memberi perhatian serius terhadap pendidikan anak-anak,bahkan perlu mencari guru-guru dan sekolah-sekolah yang sesuai dengan pendidikan mereka untuk melahirkan generasi yang beraqidah dan berakhlak mulia.


0 comments:

Post a Comment