SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Feb 5, 2009

Antara taat dan nusyuz

Sebagai peringatan bagi isteri-isteri yang solehah, supaya sentiasa ingat dan tidak lalai dari mentaati suami yang soleh. Ingatlah bahawa syurga seorang wanita di bawah telapak kaki ibu sewaktu berada di bawah jagaan ibu bapa, tapi selepas bergelar isteri syurga bertukar ke bawah tapak kaki suami.

Firman Allah s.w.t : an-Nisa’ :34
“Perempuan-perempuan Yang soleh itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya”.

Ia bermaksud, isteri yang memberi ketaatan sepenuhnya kepada suaminya serta menjaga kehormatan dirinya dan diri suaminya semasa suami berada di rumah dan semasa dia tidak ada di rumah. Semua ini dilakukan dengan penuh ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah dan ketaatan kepada suaminya.

Ayat di atas juga mengingatkan kaum wanita dan isteri khususnya mestilah menjaga kehormatan mereka dan jangan sekali-kali berlaku curang atau mendedahkan keburukan suami atau menceritakan kelemahan rumahtangganya kepada orang luar yang tidak berkaitan kecuali kepada orang yang boleh menyelesaikan masalah rumahtangganya.

Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain masuk ke rumahnya sewaktu ketiadaan suami atau tanpa kebenaran suami. Isteri yang bertindak demikian bukan sahaja dikira curang bahkan juga menyebabkan keretakan dan kemarahan suami yang boleh membawa kehancuran sebuah rumahtangga.

Tanggungjawab isteri

Suami mempunyai tanggungjawab yang besar dalam sebuah keluarga sebab dia adakah ketua keluarga, tetapi dalam masa yang sama isteri juga mempunyai tanggungjawab untuk membantu suami dalam menguruskan rumahtangga.

Sabda nabi s.a.w
" Seorang suami adalah pemelihara ahli keluarganya dan akan disoal apa yang dijaganya, seorang isteri adalah pemelihara rumah suaminya dan akan disoal apa yang dijaganya". (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara tanggungjawab isteri ialah;

1) Memberikan ketaatan yang penuh dalam hal yang tidak bertentangan dengan agama.
Sebagai mana Aisyah pernah bertanya kepada nabi s.a.w;
“Saya bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang paling besar haknya terhadap perempuan (isteri)? Jawab nabi s.a.w; Suaminya. (riwayat al-Hakim)

Antara bukti ketaatan isteri terhadap suami sangat dititik beratkan dapat difahami daripada hadis nabi s.a.w;

“Andainya aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain, nescaya aku akan perintahkan perempuan(isteri) supaya sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak seorang suami terhadap isterinya.

Sujud adalah lambang ketaatan, oleh itu kita hanya disuruh sujud kepada Allah sahaja. Sebab itu nabi mengatakan, andainya boleh manusia sujud kepada manusia nescaya baginda akan menyuruh isteri sujud kepada suami.

2) Melayani kemahuan suami untuk menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja yang diharuskan.

Firman Allah s.w.t :al-Baqarah:223
“isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal Yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah Sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira Wahai Muhammad) kepada orang-orang Yang beriman”.

Isteri yang menolak kemahuan suami untuk bersamanya tanpa alasan yang munasabah, dia akan dilaknat oleh Malaikat.

Sabda nabi s.a.w;
“Apabila seorang suami mengajak isterinya bersetubuh, tapi isterinya menolak(tanpa alas an yang munasabah) kemudian suaminya tidur dalam keadaan marah maka isteri itu akan dilaknat oleh Malaikat hingga subuh”.(riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

3) Isteri juga mestilah membelanjakan harta suaminya dengan tujuan yang baik, berhemat dan untuk perkara yang diizinkan oleh suaminya sahaja.

Sabda nabi s.a.w;
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah wanita yang apabila kamu (suami) memandang kepadanya hati kamu rasa senang dan apabila kamu menyuruh dia berbuat sesuatu dia taat dan melakukannya. Apabila kamu tiada di rumah dia menjaga nama baik kamu dan harta kamu serta menjaga dirinya”.

Sebagai rumusan dalam ayat di atas ialah, sebagai isteri dan suri rumah seharusnya ada dua sifat;

i) kepatuhan atau taat

ii) menjaga kehormatan

oleh itu, isteri yang bersikap demikian tidak ada sebab dan alasan untuk suami mengkhianati mereka, mana-mana suami yang menzalimi isteri yang demikian amatlah buruk dan tercela, namun jika isteri bersikap sebaliknya maka ia digelar isteri yang nusyuz (derhaka)

Bagaimana nusyuz boleh terjadi?

Isteri yang tidak taat kepada suami, curang dan tidak menjaga kehormatan diri dan suami adalah isteri yang derhaka.Namun apakah ukuran nusyuz? adakah perlu seorang isteri membelasah suami terlebih dahulu maka dikira nusyuz, atau bagaimana?

Antara contoh isteri yang nusyuz ialah;

1) Isteri benci kepada suami

2) Tidak melakukan apa yang disuruh oleh suami dalam urusan yang tidak bertentangan dengan syara’walaupun hanya untuk menyediakan secawan kopi atau teh.

3) Isteri sombong dengan suami

4) Isteri menengking suami dengan suara yang tinggi

5) Isteri melawan cakap suami

6) Isteri memberikan kepada seseorang sesuatu benda di rumahnya tanpa izin suaminya.

7) Isteri keluar rumah tanpa izin suaminya

Senario hari ini kita melihat masyaAllah, kadang-kadang isteri memperlakukan suaminya seperti anak-anaknya sahaja, dimarahi, ditengking, diherdik kadang-kadang dibelasahnya suaminya(kalau isteri badan besar dan suami kurus kering). Buat isteri-isteri yang solehah, cuba fikirkan sejenak pernahkan kita menengking ibu dan bapa kita? Pernahkan kita melawan ibu dan bapa kita?pernahkah kita mengherdik ibu dan bapa kita? Dan pernahkah kita membelasah ibu dan bapa kita? Kalau pernah…memang layaklah suami diperlakukan begitu…tapi kalau tidak pernah maka ketahuilah bahawa pangkat dan kedudukan suami lebih tinggi dan hebat dari ibu bapa kita, kerana syurga di bawah tapak kakinya.

Ingatlah pesan nabi s.a.w

“ Apabila seorang isteri mengerjakan solat lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya dan taat dan patuh kepada suaminya akan dimasukkan ke dalam syurga. (riwayat Ibnu Hibban)

“ Mana-mana isteri yang mati dan suaminya redha kepadanya,dia akan masuk syurga”.(riwayat at-Tirmizi)

Menghadapi isteri nusyuz

Firman Allah s.w.t : an-Nisa’ :34
“dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar”.

Ayat ini menegaskan, jika suami merasa atau takuti isterinya nusyuz atan ada tanda-tanda yang menunjukkan isterinya akan melakukan nusyuz atau penderhakaan terhadapnya maka hendaklah melakukan perkara berikut;

1) Menasihatinya dan memberi tunjuk ajar kepadanya dengan mengingatkan isterinya tentang tanggungjawab isteri terhadap suami dan kemurkaan Allah s.w.t jika tidak taat dan patuh kepada suami.

2) Seandainya nasihat tidak berkesan maka langkah kedua ialah tinggalkan tempat tidurnya, iaitu janganlah tidur dengannya, atau membelakanginya ketika tidur atau tidak tidur dalam satu selimut atau dengan erti kata lain tidak bertegur sapa dengannya dengan tujuan supaya isteri insaf dan sedar kesalahannya, tapi ingat pemulauan ini hanya dalam rumah sahaja.

3) Seandainya cara kedua tidak berkesan juga, dan penderhakaannya sampai ke puncaknya maka di waktu itu suami diharuskan memukul isterinya untuk tujuan mendidiknya bukan menderanya.

Syarat pukul isteri

1) tidak luka dan patah

2) tidak berterusan dan bertalu-talu

3) tidak pukul pada satu tempat sahaja

4) tidak pukul bahagian mukanya

5) tidak menggunakan rotan gunalah perca kain dan sebagainya

6) tidak melebihi 20 kali atau 40 kali

Tujuan pukul ialah hanya untuk pengajaran dan dilakukan dalam keadaan terpaksa sahaja supaya isteri tidak berterusan derhaka kepada suami.apabila isteri kembali taat dan patuh kepada suami maka suami tidak boleh lagi mencari jalan untuk menyakiti isterinya.

Sabda nabi s.a.w;
“ Adakah patut seseorang kamu memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, kemudian dia meniduri isterinya di waktu malamnya? (riwayat Bukhari dan Muslim)

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lali

8 comments:

izzafey said...

KALAO SUAMI NUSYUZ PLAK MACAM MANE?

Anonymous said...

to nba
klu suami nusyuz, isteri kena nasihat atau minta tlg pihak yg berautoriti nasihatkan suami. Tidak boleh meninggalkan tempat tidur suami, lebih-lebih lagi memukul suami, sbb termasuk dalam nusyuz.

lesha_khairul said...

Assalamualaikum...
Saya faham dengan penerangan Ustaz. Syukran atas perkongsian ini...
Bagaimana harus saya dapatkan khidmat kaunseling / nasihat secara langsung dengan ustaz bagi membantu saya menyelesaikan permasalahan rumahtangga saya tanpa mengakibatkan saya nusyuz...?

Anonymous said...

Klu isteri tak nusyuz takkan suami lupakan tamggungjawab dia.klu dia lupa itu perhitungan di akhirat kelak. Zaman skrg mmg manusia sudah mudah lupa sampai abaikan ajaran islam dalam berumah tangga

Unknown said...

ASSALAMMUALAIKUM USTAZ. SAYA SEORANG SUAMI DAN MEMPUNYAI 3 CAHAYA MATA. PERSOALAN SAYA MACAM MANA HENDAK MENGURUSKAN SEORANG ISTERI YANG NUSYUZ?SETIAP APA PENERANGAN USTAZ MENGENAI ISTERI NUSYUZ SEGALANYA BERADA DISITU. PERNAH JUGA SAYA DI TENGKING DAN DIHINA SEKELUARGA SAYA OLEH ISTERI SAYA. SAYA PERNAH MENGASINGKAN DIRI KERANA SAYA SUDAH TIDAK TAHAN DENGAN PERANGAI NYA. TAPI DALAM SATU TEMPOH YANG SINGKAT SAHAJA UNTUKI MENGAJAR DIA. AKHIRNYA DIE AKUR DAN BERJANJI HENDAK BERUBAH. APA YANG DI KATAKAN HANYA BERTAHAN 2 MINGGU SAHAJA SELEPAS ITU SEHINGGA KINI MASIH BERSIKAP YANG SAMA. SUKA TIDUR, SUKA MENINGKING SAYA WALAUPUN KESALAHAN ORANG LAIN. MASLAAH ANAK-ANAK JUGA SAYA YANG DITENGKING. DARI KERJA RUMAH SEHINGGA LAH MASAK SEMUA ATAS SAYA. SAYA BEKERJA TAPI SELALU BERGADUH. SAYA MOHON KHIDMAT NASIHAT DARI USTAZ TENTANG PERMASALAHAN SAYA INI. MOHON SANGAT USTAZ DAPAT MEMBALAS SEMULA PERSOALAN SAYA INI DI ALAMAT EMAIL SAYA asmadiazizi9909@gmail.com
TERIMA KASIH

Unknown said...

Assallamualaikum ustaz.
saya punyai masaallah terhadap isteri saya.kita dah bernikah 20 tahun punyi cahya mata 3 dan anak tiri 1.
masaallahnya sekarang dia dah ada kedudukan yg lumayan dan apa yg saya cakap atau pendapat semuanya salah.ustaz apa yg saya harus buat.
terimakasi

Anonymous said...

Assalam ustaz,mcm mana nk lembutkn hati isteri yg kurang mendengar nasihat suami...adakah dengan cara lembut ataupun ada kaedah yg lebih efektif.wallahualam..

Anonymous said...

Saya ada masaalah dgn isteri saya yang kurang ajar dgn saya dan melawan cakap saya. Bila saya tegur.. dia melawan... kkdg sampai anak pun jadi mangsa bila saya tegur dia.. apa saya boleh buat cuma berdiam diri.. apa perlu saya buat? Amat rumit jadinya

Post a Comment