SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Feb 2, 2009

Jadual waktu solat dan kesihatan

Solat merupakan rukun islam yang kedua.Solat juga merupakan tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat sesungguhnya dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meruntuhkan solat sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama. Solat telah difardukan mempunyai waktunya tersendiri.

Firman Allah s.w.t :al-Isra' :103
"kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada Dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya".

Allah s.w.t maha bijaksana, di sebalik kefarduan solat lima waktu sehari semalam ada hikmahnya pada kesihatan manusia. Antara hikmah-hikmah itu ialah;

Solat subuh

Untuk melaksanakan solat subuh, seorang muslim perlu bangun pada waktu pagi, di mana pada waktu ini tiga perubahan penting, iaitu;

1) Persiapan menyambut datangnya cahaya matahari tepat pada waktunya yang mana hal ini dapat berfungsi menurunkan "melatonin" dan mengaktifkan pelbagai aktiviti lain yang berhubung dengan cahaya.

2) Waktu berakhirnya dominasi urat saraf (selain al-wadi)yang tenang pada malam hari dan mulanya kegiatan al-Hijaz al-wadi yang aktif pada siang hari.

3) Persiapan menggunakan tenaga yang keluar akibat semakin naiknya hormon 'cortizon' pada pagi hari yang terjadi dengan sendirinya dan bukan disebabkan gerakan atau bangun dari tidur setelah berbaring, sebagaimana juga hormon 'sirtonin' semakin naik dalam darah dan demikian juga dengan hormon 'androven'.

Solat zohor

Ketika seorang muslim melaksanakan solat zohor, dia telah melakukan pekerjaan yang sangat penting, iaitu;

1) Menenangkan dirinya dengan solat, setelah terjadinya kenaikan pertama pada hormon 'andrenalin' di akhir waktu pagi.

2) Menenangkan dirinya dari gejolak nafsu seksual, kerana hormon 'toestiron' memuncak pada kemuncak waktu zohor.

3) Secata biologi, pada waktu zohor badan memerlukan tenaga tambahan, terutama apabila tidak makan tengahari. Solat dalam hal ini berfungsi sebagai penenang keadaan yang diakibatkan perut yang lapar.

Solat asar

Pelaksanaan solat di waktu Asar berhubung rapat dengan puncak kenaikan kedua 'adrenalin'. Biasanya diiringi dengan gerakan halus dalam pelbagai kegiatan badan, terutama kegiatan jantung. Kebanyakan dari kenaikan degup jantung bagi penderita jantung terjadi pada waktu ini. Anehnya, kebanyakan degup jantung pada bayi yang baru dilahirkan juga terjadi pada waktu-waktu ini dan kebanyakan kematian pada anak-anak yang baru dilahirkan banyak terjadi pada waktu kedua naiknya 'andrenalin' iaitu setelah zohor.

Ini merupakan bukti lain bahawa setelah solat zohor badan lebih banyak mengalami keletihan, terutama jantung. Kebanyakan masalah yang dihadapi bayi yang baru dilahirkan adalah masalah jantung dan pernafasan, bahkan pada anak-anak  memasuki usia baligh, di mana pertumbuhan badan mereka pada masa ini mengalami kesulitan dengan semakin tingginya kadar hormon tertentu yang menyebabkan kurangnya tumpuan dan kecenderungan tidur, sehingga dapat menyebabkan peristiwa cemas yang tidak diingini.

Solat asar menghentikan seseorang dari pelbagai kegiatan dan mencegahnya dari kesibukan lain sehingga ia dapat mengatasi kenaikan degup jantungnya.

Solat maghrib

Solat maghrib berada pada waktu berubahnya terang menjadi gelap atau berbeza dengan waktu subuh. Pada waktu ini, hormon 'milatonin' bertambah disebabkan oleh masuknya waktu gelap, sehingga setiap orang merasakan mengantuk dan malas. Sebaliknya hormon 'siratonin', ' cortizon' dan 'androven' semakin menurun.

Solat isya'

Waktu isya' adalah waktu perpindahan dari melakukan aktiviti menuju waktu rehat atau berbeza dengan waktu subuh, sehingga badan berubah keadaannya dari didominasi urat saraf kepada dominasi selain urat saraf. Inilah rahsia disunatkan mengakhirkan solat isya' sebelum tidur. Pada waktu ini, panas badan semakin menurun, degup jantung juga menurun dan hormon darah naik.

Yang perlu diperhatikan adalah waktu solat ini sesuai dengan perubahan biologi penting badan badan, sehingga solat sangat besar pengaruhnya sepanjang zaman. Oleh kerana itu, kita dapat mengatakan bahawa solat merupakan tanda permulaan pelbagai aktiviti dan kegiatan apa sahaja, solat mengandungi nilai kesempurnaan dalam menjalankan disiplin hidup setiap hari, di mana ia mempunyai waktu berhenti yang tetap.

Solat yang didahului dengan laungan azan menjadikan badan memiliki keterikatan dengan linkungan luar dan ini sangat besar pengaruhnya kepada badan, terutama kerana  badan merasakan pengaruh linkungan seperti peranan terang yang berasal dari sinar matahari dengan suasana gelap di tempat kerja.

Begitulah beberapa hikmah yang dapat digali oleh manusia yang diberi ilmu oleh Allah s.w.t untuk mengkaji keajaiban-keajaiban disebalik suruhan dan larangan Allah s.w.t. Samada kita tahu ataupun tidak hikmah di sebalik kewajipan solat, kita wajib menunaikannya kerana ia adalah fardu ke atas setiap muslim dan muslimah. Tetapi melaksanakan kewajipan solat dan mengetahui hikmahnya adalah lebih utama, untuk menambahkan khusyuk, tawaddu', keikhlasan dan keseronokan dalam menunaikan ibadah kepada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t : az-Zumar :9
""Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

1 comments:

nba said...

kalu smaye kuat dalam masa yg sama suka kutuk org cam ner plak?

Post a Comment