Selemah-lemah jihad adalah memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Zionis
Musilimin dan Muslimat ! kita mampu melakukan banyak perkara, jika kita tidak mampu untuk berjihad secara ketenteraan yang menjadi fardu ain ke atas yang mampu, maka di sana ada jihad dalam bentuk yang lain yang mampu kita lakukan. Antaranya ialah jihad politik dan sekurang-kurang jihad ini ialah kita memboikot apa sahaja yang ada kaitan dengan Zionis samaada ekonomi,perniagaan,politik,kebudayaan,pelancongan dan sebagainya. Menjalinkan hubungan ini dengan mereka adalah dosa dan aib; dosa dari segi agama dan aib dari segi bangsa. Tidak perlu wujud hubungan samaada Negara Arab atau Negara muslim lain dengan Yahudi Zionis dalam apa bentuk sekalipun, walaupun hubungan diplomasi. Kita tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan mereka dan wajib memutuskan hubungan dengan mereka, mesti menghalau duta mereka dan mesti menutup pejabat kedutaan mereka dan menarik balik kedutaan kita dari Negara mereka. Ini merupakan permulaan jihad dan selemah-lemah iman yang boleh dilakukan oleh umat islam sedunia. Ini dinamakan jihad politik.
Membeli barangan Yahudi dan Amerika termasuk dosa besar
Di sana ada lagi jihad iaitu jihad ekonomi. Berpandukan fatwa yang dikeluarkan oleh kebanyakan ulama atas pengharaman berurusniaga dengan barang-barang Yahudi dan Amerika. Oleh itu memboikot barangan Yahudi dan Amerika adalah wajib ke atas umat islam seluruh dunia. Maka wajib kita memboikot apa sahaja barangan yang ada kaitan dengan mereka bermula dari perkara yang sekecil-kecilnya seperti rokok dan Cola hingga yang sebesar-besarnya seperti kapal terbang. Kita minta kerajaan, rakyat dan media elektronik dan cetak supaya memboikot barangan mereka mengikut keutamaan, setiap barangan yang boleh diganti dengan barang lain wajib diboikot seperti kereta, belilah kereta tempatan atau Jepun dan Korea begitu juga barangan lain dan kita tidak akan rugi apa-apa. Boikot adalah wajib, pastikan tidak ada barangan Yahudi dan Amerika di dalam rumah kita, sesiapa yang mengetahui barangan mereka hendaklah memboikotnya. Haram bahkan dosa besar saat dan waktu ini kita membeli dan menggunakan barangan mereka kerana ini adalah sebahagian daripada jihad yang perlu dilaksanakan.
Petikan Khutbah
Prof. Dr yusuf al-Qaradhawi
Rujukan asal SINI
Kesan boikot ke atas Starbuck
Inilah kuasa boikot yang boleh dilakukan oleh kita umat Islam di seluruh dunia bagi menyatakan kemarahan kita dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah dan sikap Amerika yang membisu dengan serangan Yahudi kepada umat islam Gaza. Boikot perlu dilakukan secara berterusan bukan bermusim sahaja kerana permusuhan kita dengan Yahudi adalah permusuhan atas nama agama dan ia akan berlangsung hingga hari qiamat. Kalau Yahudi dan Nasrani boleh berterusan bermusuh dengan orang islam dan mereka sekali-kali tidak reda kepada kita melalui firman Allah s.w.t : al-Baqarah :120
"orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu".
Kita juga boleh berkata kepada mereka melalui firman Allah s.w.t : al-Kafiruun :6
. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".
Marilah sama-sama kita mengistiharkan perang dengan Yahudi Laknatullah hingga hari qiamat, sehingga Allah s.w.t mewariskan bumi ini kepada hamba-hambanya yang soleh.
Firman Allah s.w.t : al-Anbiaa':105
"dan Demi sesungguhnya, Kami telah tulis di Dalam Kitab-kitab Yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu Yang soleh".
Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
Jan 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment