SELAMAT DATANG KE BLOG USTAZ HASSAN BASRI

PERINGATAN BAGI YANG LALAI


فذكر إنما أنت مذكر

فذكر  إنما  أنت  مذكر

Feb 3, 2009

Solat malam yang ditinggalkan

Antara cara untuk menyuburkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t ialah ibadah qiyamullail(bangun beribadah diwaktu malam). Ibadah qiyamullail yang terdiri daripada solat sunat Tahajjud dan Witir dan solat-solat yang lain adalah ibadah sunat terbaik selepas solat fardu. Ia menjadi amalan nabi s.a.w, para sahabat dan ulama salafus soleh.
Sekurang-kurangnya dilakukan sekali seumur hidup, tetapi melakukannya lebih kerap adalah digalakkan, setahun sekali, setahun tiga kali, sebulan sekali atau seminggu sekali. Solat bersendirian di rumah adalah lebih
afdal kerana ia adalah amalan sunat tetapi berjamaah sekali sekala adalah diharuskan.

Qiyamullail merupakan sunnah yang diajarkan oleh rasulullah s.a.w sebagai lambang kejayaan Islam. Kalau kita sudah kehilangannya, maka kita akan kehilangan nilai-nilai keimanan, kita akan kehilangan muhasabah diri dan kita juga akan kehilangan nikmatnya beribadah dan ketaatan kepada Allah s,w,t.

Allah s.w.t menyifatkan hambanya yang suka melakukan qiyamullail sebagai orang yang bertaqwa kepadanya.

Firman Allah s.w.t :az-Zariyaat ;17-18
17. mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
18. dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Firman Allah s.w.t :as-Sajdah ;16
"mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka Dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami beri kepada mereka".

Firman Allah s.w.t :al-Muzzammil ;1-6
1. Wahai orang Yang berselimut!.
2. bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
3. Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
4. ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing Dengan Ibadat Yang berat kepada hawa nafsu, kerana) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran Yang mengandungi perintah-perintah) Yang berat (kepada orang-orang Yang tidak bersedia menyempurnakannya).
6. sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

Sabda nabi s.a.w;
“Allah s.w.t turun ke langit dunia, di sepertiga malam sambil menyeru; “Adakah di antara hambaku yang meminta kepadaku, supaya aku mengabulkan permintaannya?Adakah di antara hambaku yang minta ampun kepadaku, supaya aku mengampuninya?Adakah di antara hambaku yang berdoa kepadaku, supaya aku memenuhinya”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah turun ke langit dunia adalah turun yang sesuai dengan keagungannya, kita tidak dapat menggambarkannya dan juga tidak dapat membantahnya, ada juga yang mengatakan yang turun ialah rahmat Allah. Sayangnya waktu berkat begini banyak diabaikan oleh manusia. Sehingga hampir tidak ada manusia yang bangun untuk menghidupkannya lebih-lebih lagi di zaman ini, kita dapat memahami daripada maksud hadis, Allah bertanya Adakah? Adakah? Adakah?seolah-olah tidak ada yang bangun untuk berdoa kepada Allah s.w.t.

Apakah faktor-faktor yang dapat membantu qiyamullail?

Antara faktor-faktor yang disebut oleh ulama ialah;

1) Tidak melakukan kemaksiatan dan dosa di siang hari.
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Hassan Al-Basri; “Wahai Abu Said! Mengapa saya susah sekali untuk melakukan qiyamullail? Jawab Hassan Al-Basri; “Demi Allah, sesungguhnya kesalahan-kesalahanmu telah menghalangmu”.

2) Tidak tidur lewat malam
Sebagai persediaan untuk qiyamullail kita digalakkan tidur awal kecuali tidur lewat itu dalam hal-hal yang diredai oleh Allah s.w.t. Yang peliknya ada di kalangan kita yang tidur awal semata-mata untuk bangun malam, tapi bukan untuk qiyamullail, hanya untuk menonton bola sepak, alangkah ruginya.

3) Tidur siang hari
Untuk memudahkan bangun malam kita boleh juga tidur di siang hari kerana itu dapat membantu qiyamullail

4) Berniat untuk qiyamullail
Seseorang yang sudah berniat dan bertekad untuk bangun qiyamullail insyaAllah dapat melakukannya dengan izin dari Allah s.wt, itulah hebatnya kuasa niat, berpandukan sabda nabi s.a.w, semua amalan berasaskan niat seseorang.

Mukjizat Qiyamullail

Dalam kitab al-Wasot al-Manziliyyah al-Mujarrabah wa Asrar as-Syifa’ at-Tibbiyyah sebuah kitab terjemahan dalam bahasa Inggeris yang dikarang oleh beberapa orang penulis Amerika terbitan tahun 1993 menyatakan bahawa;

“ Bangun dari tidur pada waktu malam dan melakukan sedikit gerakan di dalam rumah, sedikit latihan senaman ringan, merenjis-renjis anggota badan dengan air dan menarik nafas dalam-dalam memiliki manfaat yang besar bagi kesihatan badan”.

Orang yang melaksanakan nasihat ini akan menyedari semua itu dapat diperaktikkan dengan cara;

Berwudu’ dan melaksanakan solat qiyamullail. Nabi s.a.w telah lebih dahulu menemui mukjizat dari qiyamullail ini.

Sabda nabi s.a.w ;
“ Hendaklah kamu melakukan qiyamullail, kerana sesungguhnya itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu”.

Bagaimana solat qiyamullail dapat menyembuhkan penyakit?

Solat qiyamullail dapat mengurangkan pengeluaran hormon “cortizon” yang bersifat alami bagi badan, terutama beberapa jam sebelum tidur atau waktunya sama dengan waktu sahur (sepertiga akhir malam) sehingga dapat mengatasi penambahan kadar gula secara tiba-tiba dan tentu sangat merbahaya bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis.

Di samping itu ia mengatasi naiknya tekanan darah yang terjadi secara tiba-tiba, mencegah mati mendadak dan mencegah serangan jantung bagi penderitanya. Solat malam mengurangkan risiko terjadinya pembekuan darah pada bahagian pembuluh darah mata yang terjadi akibat lambat perjalanan darah ketika tidur dan bertambahnya darah sejenis yang disebabkan kurangnya memakan makanan yang mengandungi cairan atau disebabkan kegemukkan yang berlebihan dan menyebabkan sukar bernafas sehingga menghambat lancarnya peredaran darah seperti di bahagian kepala.

Solat malam dapat memperbaiki keadaan ini dan melenturkan pembuluh darah tersebut pada penderita penyakit radang di berbagai sendi tulangnya, baik berupa rematik atau lain yang di akibatkan gerakan ringan dan merenjis-renjis dengan air ketika berwudu’.

Selain itu, melaksanakan solat malam merupakan ubat mujarrab bagi penyakit yang disebut dengan nama ‘penyakit pembunuh kronik’, kerana ia mengatur gerakan tubuh secara teratur antara gerakan yang berat, sederhana dan ringan, sehingga ia benar-benar efektif mengubati penyakit ini. Solat qiyamullail dapat membersihkan badan dan apa yang disebut segi tiga gleser (sejenis lemak) yang berkumpul di sel darah, terutama setelah makan malam, di mana persensi lemak menjadi bertambah dan besar kemungkinan diserang penyakit pada pembuluh darah di jantung.

Solat qiyamullail mengurangkan kematian secara tiba-tiba yang disebabkan pelbagai punca, terutama faktor yang tidak lagi berfungsi, gangguan pada fungsi otak dan sebahagian penyakit kanser. Ia mengurangkan kemungkinan mati secara mendadak yang diakibatkan oleh serangan jantung.

Selain itu solat qiyamullail membangkitkan daya ingat dan memperingatkan tugas-tugas otak yang bermacam-macam, seperti dengan cara membaca al-Quran, merenungi maknanya, memanjatkan doa dan mengulangi zikir di waktu pagi dan petang, sehingga dapat mengatasi penyakit nyanyuk, ketuaan, gangguan pada jantung dan lain-lain. Solat malam juga dapat mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit dengung pada telinga kerana sebab-sebab yang tidak jelas.

Hebatnya kelebihan qiyamullail, tetapi ia hanya boleh dihayati oleh orang-orang yang hebat. Mulakan dalam diari kehidupan kita untuk membiasakan bangun malam bermunajat kepada Allah s.w.t, ajarkan kepada isteri dan anak-anak kita untuk berqiyamullail supaya kita dapat keberkatan hidup di samping kelebihan kesihatan yang sangat menakjubkan.

Mudah-mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Bin Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai

1 comments:

Malika Hanania said...

Assalamualaikum Ustaz, sy salah Sorang pelajar ustaz dUlu..(smt Sejingkat) amat berbanga kerana jumpa blog ini.. dan semoga saya boleh memperbaiki dr yang yaa sy akui amat lalai sekarang... semoga dr cni saya boleh mendapat ilmu yang lebih

Post a Comment